Pages

Tuesday, June 22, 2010

RuAnG rInDu 3

“ I penat lah malam ni…lain kali ya kita keluar?”. Kedengaran satu keluhan kecil di hujung panggilan.
“ Ala…kenapa pulak? Jom lah…I lapar”. Suara itu seakan memujuk.
“ U masaklah…tak pun minta tolong je kawan-kawan U yang keluar tolong bungkuskan untuk U ok…I betul-betul penat malam ni, I nak tidur awal…sorry ya”.
“ U ni…tak kesian langsung kat I…tak apalah”. Panggilan terus dimatikan. Farhan meletakkan telefonnya di sisi meja. Nizam memandang hairan.
“ Kau kenapa?”. Akhirnya Nizam bertanya.
“ Kenapa pulak?”. Farhan melunjurkan kakinya ke sofa. Matanya tertumpu ke
arah televisyen.
“ Ya lah…aku tak nampak kau macam penat pun…kenapa kau tolak pelawaan dia?”.
“ Saja…malas”. Nizam mengangkat keningnya.
“ Aik…apasal kau ni, kau gaduh dengan dia ke?”. Nizam meletakkan cawan yang dipegangnya tadi di atas meja.
“ Tak adelah…kitorang ok je”. Farhan menjawab malas.
“ Habis tu?”. Nizam masih enggan mengalah.
“ Entah…malaslah, saja nak rehat malam ni”. Nada Farhan masih malas seperti tadi.
“ Lain macam je kau ni…tak kan dah bosan kot…”.
“ Wei…kita cakap pasal lain boleh tak?”. Farhan seakan hilang sabar.
“ Wo…wo…rileks la…”. Waktu itu telefon Nizam berdering. Sebelum sempat Nizam menjawab Farhan lebih dahulu berkata.
“ Kalau dia telefon, cakap aku dah tidur”. Nizam memandang skrin, kemudian tersengih nakal.
“ Hello, assalamualaikum…ya ada apa Tasha?”. Nizam tersenyum sambil memandang Farhan. Farhan mengangkat keningnya.
“ Farhan? Oh dia dah tidur…tadi dia cakap penat sangat”. Nizam berbohong bagi pihak Farhan.
“ Betul…tak kan saya nak tipu pulak…”. Farhan merenung tajam temannya.
“ Ok…ya lah…bye..”. Nizam mematikan panggilan. Farhan tersenyum puas.
“ Tak pasal-pasal aku jadi pembohong malam ni…”. Nizam bangkit dari sofa menuju ke dapur.
“ Terima kasih…”. Farhan menjerit dari dapur. Nizam muncul dari dapur dan duduk kembali di sofa tadi.
“ No hal lah…tapi lain kali aku tak nak dah…”. Nizam tersengih. Farhan juga membalas dengan senyuman.
“ Kau kenapa sebenarnya…tak pernah-pernah pun tolak pelawaan dia sebelum ni?”. Nizam masih mahu mengetahuinya. Farhan memandang sekilas.
“ Penting ke kau nak tahu?”.
“ Sebab penting lah, aku tanya…kata kawan, nak berahsia apa lagi…”. Nizam memancing kata.
“ Entah lah…selama ni aku terlalu ikut cakap dia…bukan aku tak bosan, bukan aku tak penat…tapi entahlah…”. Farhan mengeluh sendirian.
“ Sekarang?”. Nizam memandang tepat kea rah mata temannya.
“ Aku memang sayangkan dia…tapi dia buat aku rimas…kadang-kadang aku rasa lebih baik single…macam kau…tenang je hidup kan?”. Nizam tergelak perlahan.
“ Apalah kau ni…tak baik cakap macam tu…dia sayang gila kat kau…mesti kecil hati dia dengar”. Nizam bersandar di sofa.
“ Entahlah…kadang-kadang aku rasa dia bukan sayangkan aku…dia Cuma perlukan seseorang untuk dia menuruti segala kehendak dia…yang boleh di ajak ke sana, ke mari…nak cakap tak de duit, ayah dia berlambak harta…anak tunggal pulak tu…tapi duit aku pun dia nak kebas jugak…tak faham aku…”. Farhan membetulkan duduknya.
“ Biasalah perempuan…tapi tak semua”. Balas Nizam pendek.
“ Aku tahu, entahlah aku sendiri pun tak faham macam mana boleh terjebak dengan perempuan macam ni…mungkin sebab aku sunyi…sebab tu aku layan je dia”.
“ Kau kata kau sayangkan dia?”.
“ Sayang…bukan cinta, sayang pun banyak kategorinya…”. Farhan menyandarkan tubuhnya.
“ Dia dalam kategori mana?”. Tanya Nizam sambil tersenyum.
“ Entah…aku pun tak tahu”. Nizam tergelak.
“ Apalah kau ni…tak kan kau sendiri tak faham perasaan kau?”.
“ Memang aku tak faham…?”. Nizam merenung temannya.
“ Kau ni biar betul?”.
“ Entahlah…aku dapat rasa hubungan kitorang tak kan ke mana…dia pun aku tengok keluar jugak dengan orang lain…ada baiknya kami ikut haluan masing-masing”.
“ Huh…susah juga nak cakap…perempuan ni lain sikit wei, sebab tu aku tak nak terikat dengan mana-mana perempuan…aku belum bersedia nak bagi seluruh komitmen…”. Farhan tergelak kecil.
“ Betul jugak cakap kau tu…tapi entahlah…dah lah kita tutup cerita pasal ni…selagi aku boleh sabar, aku sabar…”.
“ Sabar tu sabar jugak, tapi nasihat aku jangan mainkan perasaan orang…tak baik tau”. Nizam sempat berpesan sambil tersenyum.
“ Huh…tu lah”. Farhan mengeluh lagi.
“ Kau fikirlah masak-masak dulu, baru ambil keputusan”. Farhan mengangguk perlahan.
“ Eh…siang tadi masa kat shopping complex…kau jumpa siapa? Perempuan tu aku tak pernah tengok pun…”. Nizam membuka cerita baru.
“ Perempuan? Perempuan mana pulak ni?”. Farhan menggaru kepalanya.
“ Alah siang tadi…aku nampak kau hulur beg plastik pada dia”.
“ Oh…entah aku pun tak kenal jugak…dia tertinggal barang kat kaunter pembayaran, aku bagi lah kat dia”.
“ Oh…aku ingat awek baru tadi…”. Nizam tersenyum nakal.
“ Banyaklah kau punya awek…tapi perempuan tu aku tengok macam tak betul je”.
“ Kenapa pulak kau cakap macam tu?”.
“ Yalah…masa dia tertinggal barang kat kaunter pembayaran, dia lari…duduk kat kerusi luar, tempat tersorok pulak tu…menangis, bila aku datang bagi beg plastic tu dia tersenyum pulak…macam berangan pun ada…macam sewel je”. Farhan tergelak kecil.
“ Kau ni…suka hati kau je kata perempuan tu sewel…entah-entah dia ada masalah agaknya…”. Nizam meneka sendirian.
“ Mungkin lah…”. Farhan tersenyum lagi.
“ Kau senyum-senyum kenapa?”. Nizam memandang hairan.
“ Tak de apa…saja”. Farhan masih tersenyum.
“ Kalau macam tu, kau lah yang sewel…”. Nizam tergelak besar. Farhan turut sama tergelak. Mereka menghabiskan masa menonton televisyen sehingga lewat pagi. Sudahnya masing-masing terlena di ruang tamu.

1 comment: