Pages

Monday, June 21, 2010

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 4

Ariff pulang lewat malam itu. Sengaja dia berbuat demikian tanpa memberitahu Sara. Sara pula tidak menelefon untuk bertanya. Baginya suaminya berhak melakukan apa sahaja. Walau hatinya agak membantah keras tindakan suaminya itu yang tidak seperti selalu, namun dia tidak mahu mengambil kisah. Apa yang dia mahu, suaminya tidak mendesak yang bertentangan dengan kehendaknya, dia sudah bersyukur.
“ Awak dah makan?”. Ariff tidak mengendahkan pertanyaan Sara. Dia terus naik ke atas dan masuk ke bilik untuk mandi. Sara hanya memandang sepi. ‘Dia marahkan aku ke’. Terdetik di hati Sara. Namun dia masih kaku di meja makan. Tidak berganjak sikit pun. Dan di situ dia termenung. Mengenangkan kenangannya bersama Zammil.
“ Am marah kat Sara ke?”. Zammil masih berdiam diri.
“ Am….please say something, I’m sorry ok?”. Zammil masih seperti tadi, tiada tanda-tanda untuk menjawab. Sara sudah mencebik. Zammil mengerling ke arah Sara tanpa disedari kekasih hatinya itu. Dia tersenyum dalam diam.
“ Ok lah…Sara salah, Am boleh hukum Sara”. Ujar Sara tanpa memandang Zammil.
“ Aik dia pulak yang merajuk…”. Zammil memandang Sara. Sara hanya diam dan menunduk.
“ Sara…Am tak marah…tapi Am tak nak Sara ulangi kesilapan yang sama setiap kali, Sara tahu kan Amir tu abang Am…Sara kena hormat dia sebagai abang Am…Am tahu Sara tak suka dia, tapi Am juga nak Sara tahu Am tak suka apa yang Sara lakukan tadi. Amir akan jadi sebahagian daripada keluarga dan hidup Sara suatu hari nanti, Am tak nak timbul perkara yang tidak sedap didengar nanti.”.
“ Tapi Am tahu kan, dia yang buli kawan Sara dulu, Sara geram..geram tahu tak?”.
“ Sara…dia dah insaf. Sara pun boleh Nampak kan…jangan simpan dendam Sara, Am bukan nak bela sebab dia abang Am, tapi Am nak Sara fikir apa yang patut dan tak patut Sara lakukan, apa yang Sara buat tadi memalukan dia…tak baik buat macam tu”. Sara hanya menunduk. Kemudian dia mengangkat muka dan keluar dari kereta. Zammil memandang perlakuan Sara. Dari jauh dia melihat Sara melangkah masuk ke dalam restoran, namun dia berpatah balik dan menuju ke arahnya.
“ Temankan Sara boleh?” Ujar Sara sambil mencemikkan mukanya tanda memohon simpati. Zammil tersenyum dan mengikut Sara. Dengan jelas Zammil dapat melihat dan mendengar Sara meminta maaf kepada Amir. Amir hanya mengangguk dan tersenyum lalu memandang Zammil. Sara juga berbuat demikian. Akhirnya mereka sama-sama tergelak. Saat itu paling bahagia dirasakan apabila dia dapat berganding sama dengan kedua-dua beradik itu dengan mesra.
“ Abang doakan Sara dan Am bahagia hingga ke akhir hayat”. Amir menepuk-nepuk bahu Zammil dan memandang ke arah Sara. Sara tersenyum bahagia. Zammil mengenggam erat tangannya. Saat itu dia merelakan. Dia benar-benar bahagia.
“ Sara…”.
“ Sara…”. Kali ini Ariff menyentuh bahunya. Sara terkejut lalu bangkit dari kerusinya. Ariff memandang pelik, namun dia mengambil tempat disebelah kerusi yang Sara duduk tadi.
“ Mmm…awak…awak nak makan?”.
“ Duduklah”. Sara hanya menurut. Lantas dia menyenduk nasi ke dalam pinggan suaminya.
“ Saya minta maaf tak telefon tadi…ada kerja kena siapkan sampai malam, sebab esok ada meeting”. Sara hanya mengangguk. Ariff memandang sekilas ke wajah Sara.
“ And saya minta maaf tak jawab soalan awak tadi…”. Kali ini Sara memandang tepat ke mata Ariff, namun apabila pandangan mata Ariff lama menikam matanya, dia tertunduk kembali.
“ Kenapa awak tak makan?”. Ariff pelik kerana Sara tidak menyentuh nasinya dalam pinggan, hanya dikuis-kuis dengan tangan. Sara terkejut, lalu menyuap nasi ke mulutnya.
“ Awak ada masalah ke? Saya sedia mendengar kalau awak perlukan saya, lagi pun kita kan suami isteri…masalah awak masalah saya juga”. Sewaktu Ariff mengucapkannya dia memandang tepat ke arah Sara. Sara hanya menggeleng. Waktu itu ada genangan air mata di tubir matanya.
“ Kita makan dulu…tak baik menangis depan rezeki sayang”. Hanya perkataan ‘sayang’ yang terlekat di pendengaran Sara. Waktu itu air mata Sara sudah merembes keluar. Tersedu-sedu Sara, Ariff kaget. Lantas Ariff bangun dan membasuh tangannya. Setelah itu dia berdiri di belakang Sara dan mengusap perlahan-lahan belakang Sara.
“ Sara..jangan macam ni…saya tak nak tengok awak selalu bersedih macam ni..”. Sara hanya menggeleng.
“ Maafkan saya”. Sara mengelap air matanya dengan hujung bajunya dan bangkit membasuh tangan. Lalu dia duduk kembali dan memandang ke arah suaminya.
“ Awak da siap makan? Maafkan saya…”.
“ Takpe..saya dah siap…”. Setelah itu dia hanya memandang Sara mengemaskan meja. Dia ingin membantu, namun dihalang oleh Sara.
“ Awak pergilah duduk depan, mesti awak penat kan…nanti saya bawakan air untuk awak”. Ariff memandang sepi wajah isterinya itu. Sungguh dia tersentuh melihat Sara menangis di hadapannya tadi. Akhirnya dia melangkah juga apabila didesak isterinya.

No comments:

Post a Comment