Pages

Tuesday, June 29, 2010

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 7

“ Kenapa awak tak makan tadi?”. Sara hanya mampu memandang. Akhirnya mereka berdua tidak makan malam. Sara tidak selera. Ariff pula kerana terlalu penat tidak mampu melayan nafsu makannya.
“ Awak tahu tak, kalau awak sakit saya yang susah”. Sara masih lagi diam dan memejamkan matanya. Lantas Ariff memangku kepala Sara untuk memicitnya. Pada mulanya Sara menolak, namun Ariff berkeras.
“ Baringlah…saya tolong picit kepala je”. Sara membiarkan dan masih lagi diam membisu. Setelah agak lama mereka mendiamkan diri, Sara mula bersuara.
“ Maafkan saya”. Ada genangan air mata di tubir matanya apabila mata itu dibuka.
“Sshh..tidurla…awak dah solat isyak?”. Tanya Ariff sambil tangannya tidak lepas memicit kepala Sara. Sara bangkit dari pembaringan.
“ Dah…kat rumah mama tadi, awak pergilah mandi…saya nak salin baju”. Ariff hanya memandang, tidak lama kemudian dia mengangguk. Sewaktu Ariff masuk ke bilik air, Sara lantas menyalin pakaiannya. Setelah siap mandi, Ariff menunaikan solat. Sara sudah baring di atas katil. Ariff tahu Sara tidak tidur lagi.
“ Dah ok kepala awak?”. Sara memusingkan kepalanya ke arah Ariff yang duduk disisinya. Lantas dia mengangguk. Dia lihat Ariff tersenyum kemudian baring disebelahnya. Sememangnya mereka tidur atas katil yang sama, namun mereka masih belum bersama sebagai seorang suami isteri dalam erti kata yang sebenar. Sara memandang Ariff. Ariff perasan, lalu dia mengambil selimut dan menyelimutkan isterinya. Sara hanya membiarkan.
“ Tidurlah, saya pun penat..”. Ujar Ariff. Lantas Sara memejamkan matanya, walaupun sebenarnya dia tidak mahu tidur lagi. Ariff pula terus diam tanpa berkata apa-apa. Dia juga masih belum mengantuk, dia berbaring sambil memandang siling. ‘ Kenapa awak begitu mudah mengalirkan air mata Sara? Saya tidak betah melihatnya, bukan saya tidak sanggup bersama suka dan duka awak…tapi saya nak awak menjadi wanita yang tabah’. Ujar Ariff dalam hati. Ariff memandang sekilas kea rah Sara. Di lihat Sara seperti sudah terlena. Akhirnya dia juga terlena dalam keletihan.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………
“ Riff…jom lunch”. Shakir tiba-tiba masuk ke bilik Ariff dan duduk di hadapan Ariff. Ariff masih lagi leka membuat kerjanya. Dia memandang Shakir sekilas.
“ Kau pergilah dulu Kir…aku nak siapkan kerja ni dulu”. Ariff masih tekun dengan kerjanya.
“ Dah, jangan nak mengada-ngada pulak kau…jom lunch dulu”. Shakir bangun dan menarik tangan Ariff. Ariff hanya tersenyum dan mengikut. Sewaktu mereka mahu keluar dari bilik, tiba-tiba Shila muncul dengan papanya, Dato’ Muzzakir selaku bos mereka.
“ Eh you all nak keluar lunch ke?”. Shakir dan Ariff berpandangan. Dilihat Shila memeluk lengan papanya. Dato’ Muzzakir hanya tersenyum memandang mereka berdua.
“ A’a…bos nak keluar lunch juga ke?”. Dato’ Muzzakir sekadar mengangguk.
“ Pa, apa kata kita lunch sama-sama dengan diorang sekali?”. Shila memandang papanya dengan manja.
“ A’a…marilah…saya belanja”. Dato’ Muzzakir mempelawa.
“ Mmm…tak pelah bos…”. Ariff cuba menolak dengan baik. Sungguh dia tidak senang dengan aksi Shila. Dilihatnya Shila mencebikkan bibir.
“ Alah sombongnya you ni Ariff, bukan you yang belanja pun…tak luak pun duit you tu”. Dato’ Muzzakir memandang anaknya dan mengisyaratkan supaya diam. Shakir hanya diam. Ariff kelihatan marah namun disembunyikannya. Akhirnya Shakir bersuara untuk menyelamatkan kedaan.
“ Sebenarnya bos, kami dah janji nak lunch dengan isteri Ariff ni, so tu yang tak dapat pergi sama bos”. Ariff hanya memandang Shakir. Shila pula kelihatan terkejut.
“ You dah kahwin ke Ariff? I tak tahu pun”. Mereka berempat saling berpandangan. Akhirnya Dato’ Muzzakir mengajak Shila pergi apabila tiada tanda-tanda masing-masing ingin meleraikan perbualan. Soalan Shila tadi hanya dipandang sepi. Sejurus Dato’ Muzzakir dan Shila pergi, Shakir dan Ariff juga melangkah.
“ Wei semacam je aku tengok si Shila tu…entah-entah dia syok kat kau tak, mesti kecewa dengar kau dah kahwin”. Shakir tergelak. Ariff pula mempercepatkan langkahnya ke kereta meninggalkan temannya. Shakir masih dengan sisa-sisa gelaknya. Apabila masuk sahaja ke dalam kereta, Ariff memandang Shakir.
“ Kenapa kau tengok aku macam tu?”.
“ Macam mana kau boleh dapat idea tadi?”. Ariff tersenyum.
“ Entah…aku main sebut je”. Shakir juga tersenyum.
“ Wei si Shila tu rupanya tak tahu kau dah kahwin ek…agaknya bos pun tak bagi tahu”.
“ Buat apa bos nak bagi tahu pulak?”.
“ Yelah tak kan dia tak nampak anak dia tu berkenan kat kau”. Shakir terus menghidupkan enjin kereta dan menuju ke restoran yang selalu mereka pergi waktu makan tengah hari begini.
“ Eh-eh kau ni…jangan nak pandai-pandai pulak…kau pun tahu kan si Shila tu memang jenis macam tu, penggoda alam”.
“ Ye lah tu aku tahu..Tapi…aku boleh nampak lah cara dia pandang kau lain, aku ni tak de pulak dipandangnya macam kau…”.Ariff tersenyum mendengarnya.
“ Habis tu, kau nak ke dia tergedik-gedik goda kau?”.
“ Uish..tak naklah aku…daripada pilih dia sanggup aku membujang tau tak?aku Cuma nak bezakan je…baik kau hati-hati sikit Riff, ada pulak yang cemburu nanti”. Ariff memandang lama ke arah Shakir. Shakir pula hanya tersenyum.
“ Sendiri mahu ingatlah kawan”. Mereka sama-sama tergelak.
“ Eh aku tak pernah nampak pun kau keluar lunch dengan isteri kau waktu kerja macam ni?bukan jauh pun kan pejabat dia dari pejabat kita?”.
“ Saja”. Shakir hanya menggeleng.
“ Kenapa kau Tanya?”.
“ Sajalah…selalu orang kalau suami isteri kerja tempat yang berdekatan, akan lunch sama-sama”.
“ Aku Cuma malas nak ganggu waktu dia…lagi pun dia mesti lunch dengan kawan-kawan dia kan”. Shakir memandang pelik.
“ Kau ni peliklah”.
“ Tak de apa yang peliknya Kir…aku Cuma bagi kebebasan pada dia”.
“ Kalau aku Tanya kau marah tak?”. Waktu itu mereka sudah berada di restoran untuk makan.
“ Tanyalah”.
“ Kau dengan si Sara tu bahagia tak?”. Ariff memandang sepi pertanyaan itu. Dia terus menyudahkan nasinya. Shakir juga tidak memaksa. Setelah selesai mereka terus pulang ke pejabat. Dalam perjalanan pulang barulah Ariff menjawab persoalan tadi.
“ Secara jujurnya, dia pilihan mama dan papa aku…kau pun tahu kan sejak aku putus tunang dengan Amira dulu, aku tak de jalinkan hubungan dengan sesiapa. Bila mama dan papa suruh aku kahwin, aku diam…akhirnya mereka buat keputusan nak kahwinkan Sara dengan aku. Aku pun tak tahu aku cintakan dia atau tak. Cuma yang aku tahu sejak aku nikah dengan dia masa mula-mula dulu aku dah janji dengan diri aku yang aku akan menyayangi dia dan tak kan menduakan dia.”. Shakir tekun mendengar. Ariff memang seorang yang susah untuk membuka mulut untuk menceritakan hal peribadinya, Shakir sememangnya teman sejak di university lagi. Dua tahun lepas Shakir telah berpindah dari cawangan lamanya ke tempat kerja yang sama dengan Ariff. Sejak itu mereka sering bersama dan rapat.
“ Sara pulak?”. Shakir cuba bertanya.
“ Entahlah…tapi apa yang aku tahu dulu sebelum kami kahwin dia memang ada bercinta dengan seseorang, tapi lelaki tu dah tunang dengan orang lain sebelum kami nikah. Aku tahu dia masih cintakan lelaki tu”. Ariff hanya menunduk. Shakir menepuk-nepuk bahu temannya itu. Waktu itu mereka sudah sampai ke pejabat.
“ Aku dapat rasa Sara memang jodoh kau Riff…Cuma kau kena bagi masa pada Sara”.
“ Aku tahu…sebab tu aku tak paksa dia, tapi sekarang dia dah layan aku semakin baik dan mesra daripada dulu…jujur aku cakap aku sayangkan dia”. Shakir tersenyum mendengarnya.
“ Kau tahu tak…Sara wanita paling bertuah sebab dapat miliki kau”. Ariff memandang sepi, namun kemudian dia bersuara.
“ Kenapa pulak?”.
“ Kau ni jenis susah nak jatuh cinta tahu tak, sejak kau putus tunang dengan Amira dulu…aku tengok kau memang tak de layan sesiapa, walaupun sebenarnya bukan tak ada yang nak kat kau kan…kiranya Sara tu bertuah sebab kau sayangkan dia”.
“ Dia layak Kir…Sara isteri aku”.
“ Kau terpaksa?”. Ariff menggeleng.
“ Entahlah susah aku nak cakap…tapi aku memang cemburu tengok dia menangis sebab lelaki lain…aku rasa sempurna bila berada di sisi dia…aku tak dapat bohong perasaan aku sendiri Kir…”. Shakir hanya mengangguk.
“ Itu tandanya kau cintakan dia”. Ariff hanya tergelak.
“ Merepeklah kau ni”.
“ Apa yang merepek pulak?tak nak mengaku konon…bukannya orang lain kan..tadi kau juga cakap dia layak sebab dia isteri kau”.
“ Dahlah…jom naik…belum solat lagi ni”. Ariff terus melangkah meninggalkan Shakir. Shakir hanya tersenyum dari jauh. ‘ Kau memang dah jatuh cinta lah Riff ‘.Ujar Shakir perlahan.

1 comment: