Pages

Monday, June 28, 2010

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 6

“ Hi Ariff…”. Shila menegurnya apabila terlihat Ariff keluar dari keretanya.
“ Owh..hi..”. Sekadar berbasa-basi. Namun Shila terus menghampirinya. ‘Ahh sudah’..ucap Ariff dalam hati. Dia hanya tersenyum.
“ You ni kan selalu I tengok sombong je”.
“ Really?”. Ariff membalas. Shila hanya menganggukkan kepalanya dengan manja. Waktu itu ada satu mesej masuk di telefon Ariff. Ariff membukanya, dia sedar Shila memandangnya dengan pandangan yang tajam.
“ Sibuk nampak?girlfriend ke?”. Ariff tersenyum.
“ Takla… lebih dari tu”. Shila hanya menjeling. Hatinya bertambah sakit apabila melihat Ariff menekap telefonnya ke telinga pula.
“ Hello…sayang…ok nanti kita jumpa kat sana ye, saya pun rindu kat awak jugak” Ariff terus mematikan taliannya. Sara pula terpaku mendengarnya. Tadi dia Cuma menghantar mesej mengatakan yang petang ini selepas waktu kerja ibu mertuanya mahu mereka berdua ke rumah dan makan malam di sana. Tiba-tiba Ariff menelefonnya dan berkata sedemikian, tanpa sempat dia berkata apa-apa talian sudah dimatikan. Sara tersenyum sendirian. Macam-macam betul Ariff ni sekarang, kadang-kadang tindakannya di luar dugaan. Sejak daripada peristiwa malam dia menangis itu, mereka sudah semakin mesra, walaupun Sara masih lagi tidak bersedia menjalankan kewajipan sebagai seorang isteri dengan benar-benar sempurna. Malam esoknya selepas peristiwa itu, Sara cuba mengambil hati Ariff dan belajar menerima kehadiran suaminya itu. Walau hati masih tidak merelakan sepenuhnya pemergian Zammil, tapi dia cuba untuk belajar menyayangi suami yang sah dikahwininya itu. Tiba-tiba ada mesej masuk di telefonnya. “ Sorry…tadi ada orang nak mengorat suami awak ni…saya terpaksa berlakon macam tu..hehe”. Sara tergelak membacanya. Namun tangannya membalas pantas mesej itu.” Jadi tadi tu Cuma lakonan je lah ye”. Sara menghantarnya dan menunggu balasan. Dalam waktu tidak sampai seminit..dia menerima satu mesej.” Bila saya kata sayang dan rindu tu memang betul…tak pernah berlakon…luv u so much honey..miss u..hhmuahh”. Sara malu sendiri dengan mesej itu dan dia tidak membalasnya.
Di pejabat Ariff pula Shakir sudah tergelak-gelak melihat Shila menjeling tajam kea rah Ariff yang tidak mengendahkannya. Sewaktu dia keluar dari keretanya tadi, Shakir memang ada terlihat Shila menghampiri Ariff, dan dengan jelas juga dia nampak apa yang berlaku.
“ Kau buat apa kat anak bos tadi Riff?”.
“ Buat apa pulak?tak buat apa-apa lah”.
“ Tu aku tengok muncung je”. Ariff hanya tersenyum.
“ Alah..biarlah dia..malas aku nak layan…kau bukan tak tau…sekali dia tergedik-gedik, kalau aku layan fuh…sampai malam pun tak habis tau tak?”. Shakir hanya tergelak mendengarnya. Akhirnya mereka tergelak sama-sama.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………
“ Mana Ariff? Tak datang sekali?”.
“ Mmm…dia sampai lewat sikit ma, tadi katanya ada meeting”. Puan Jamilah hanya tersenyum. Ligat Sara membantu ibu mertuanya di dapur. Pukul 11 malam barulah Ariff sampai.
“ Abang…lambatnya, kesian kak Sara tau”. Aisha adik Ariff yang bongsu menghampiri Ariff apabila terlihat abangnya.
“ Yeke? Kenapa dengan dia?”.
“ Apalah abang ni…dia sampai terlena tau kat sofa tu tunggu abang”.
“ Dah makan? Mama dengan papa mana?”.
“ Mama dengan papa ada kat atas, kak Sara tak makan lagi tau. Tadi bila mama suruh makan dulu, dia kata nak tunggu abang”.
“ Mmm..abang ada kerja kena siapkan tadi lepas meeting, tak sedar masa berlalu”.
“ Amboi tak kan isteri pun sampai lupa”. Ariff mencubit pipi adiknya.
“ Nakalnya dia”. Aisya mengaduh kesakitan, walaupun sebenarnya dia hanya bergurau. Apabila masuk sahaja ke dalam rumah Ariff melihat mama dan papanya berada di tangga. Mamanya hanya menggeleng. Lantas dia mendekati mereka dan menyalami keduanya.
“ Kamu ni kalau kerja pun janganla sampai lupa pada isteri”. Ariff hanya tersenyum. Papanya malas masuk campur.
“ Maaf ma”. Waktu itu mamanya menjuih bibir ke arah sofa. Dia juga berpaling.
“ Tadi mama suruh dia masuk bilik, dia tak nak…katanya nak tunggu kamu…selalu ke kamu buat dia macam tu?”.
“ Buat apa?”. Ariff pura-pura Tanya.
“ Eh-eh budak ni…sudahla dah malam ni…kamu dah makan ke belum?”.
“ Belum ma”. Ariff hanya tersenyum sumbing.
“ Hei budak bertuah ni…Dah pergi kejut Sara tu, tadi mama tengok dia macam tak sihat…degil tak nak makan, nak tunggu kamu juga, tengok sekarang dah pukul berapa”. Lantas Ariff menghampiri isterinya.
“ Sara…”. Ariff mengejutkan Sara. Sara bangkit dari baringannya. Namun dia memegang kepalanya.
“ Awak tak sihat ke? Kenapa tak makan dulu tadi?”. Sara hanya menggeleng.
“ Jom kita makan dulu, saya teman awak makan”. Ariff membantu Sara bangun. Puan Jamilah, Encik Hamdan dan juga Aisya hanya memandang.
“ Awak dah makan?”. Sara bertanya dengan suara yang perlahan. Ariff hanya mengangguk, walau sebenarnya dia juga belum makan. Mana nak sempat lepas meeting kena sambung kerja pula.
“ Kalau macam tu kita balik wak…kepala saya sakit”. Ariff merangkul erat pinggang Sara. Sara hanya membiarkan, memang dia malu pada mertua dan adik iparnya, tapi dia memang tak larat waktu ini.
“ Ma, Pa…kami balik dulu ye”. Kedua-duanya hanya mengangguk. Sara memandang ibu dan bapa mertuanya memohon pengertian. Kedua-duanya hanya mengangguk.
“ Romantiknya”. Ujar Aisya sambil tersenyum.
“ Hah sudah..pergi naik…jangan nak berangan pulak”. Puan Jamilah menggiat anaknya. Aisya tersenyum simpul memandang mama dan papanya. Ariff dan Sara pula sudah menuju ke kereta. Ariff terus memandu pulang. Sampai sahaja di rumah, dia membantu Sara baring di atas katil.

1 comment: