Pages

Wednesday, June 30, 2010

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 8

Pagi itu selepas solat subuh Sara seperti biasa menyediakan sarapan. Hari ini hari minggu. Selalunya dia dan Ariff menghabiskan masa di rumah, namun masing-masing dengan kerja tersendiri. Tadi sebelum turun untuk menyiapkan sarapan, Ariff dilihat sedang khusyuk membaca al-Quran. Selalunya pagi minggu begini, Ariff akan membaca al-Quran. Ariff bukanlah seorang yang nampak alim dan warak, namun dia istiqamah dalam melaksanakan rukun solatnya walaupun kadangkala terlewat.
“ Sara…kita keluar nak hari ni?”. Tiba-tiba Ariff muncul di dapur lalu duduk di kerusi berhadapan Sara. Sara memandang Ariff lalu tersenyum.
“ Kita nak pergi mana?”.
“ Mmm…kita pergi pantai nak?”.
“ Pantai?” Sara meneruskan kerjanya. Ariff hanya melihat Sara ligat di dapur. Apabila Sara bangun dan membawa sarapan mereka ke ruang luar, Ariff membantunya. Lalu mereka duduk bersarapan. Pagi ini Sara menyediakan nasi goreng dan air nescaffe untuk sarapan mereka. Ariff memuji masakan Sara walaupun tidak diucapkannya secara berdepan. Sara memang pandai memasak.
“ Tadi awak kata nak pergi pantai kan”. Ariff hanya mengangguk. Sara memandang Ariff lama.
“ Kenapa?awak tak suka ke pergi pantai?”. Ariff pelik melihat Sara memandangnya sedemikian.
“ Eh takla…suka, suka sangat…”. Sara hanya tersenyum.
“ Habis tu?awak tak sudi pergi dengan saya ke?”. Dilihatnya Ariff agak serius berbanding tadi. Sara tergelak melihat aksi Ariff. Ariff memandang Sara dengan pandangan tajam. Lama pandangan mereka bertemu. Tawa Sara terhenti.
“ Kenapa gelak?”. Tanya Ariff.
“ Marah ke?tak lah rasa kelakar pulak tengok awak buat reaksi macam tu…lepas tu apa awak kata tadi tak sudi pergi dengan awak?”. Sara menyambung tawanya. Sampai merah muka Sara ketawa. Akhirnya Ariff pun tergelak sama.
“ Kan bagus kalau awak selalu ketawa macam ni…cantik, saya suka”. Terus Sara menghentikan tawanya dan menunduk. Ariff tersenyum melihat reaksi Sara.’ Tahu pulak malu’. Ujar Ariff dalam hati. Dia masih tersenyum apabila Sara bangun menuju ke dapur.
“ Eh sikitnya makan?diet ke sayang?”. Ariff menjerit dari luar. Sengaja dia mengusik Sara dengan panggilan sayang. Sara pula menggumam sendirian di dapur. Tidak sedar Ariff tiba-tiba berada di belakangnya.
“ Apa yang awak membebel sorang-sorang tu?”. Ariff berbisik di telinga Sara. Terkejut Sara sehingga hampir-hampir pinggan yang dipegangnya terjatuh, nasib baik sempat disambut oleh Ariff. Sara memasamkan muka.
“ Sorry”.Ariff terus menuju ke sinki untuk membasuh pinggan dan cawan yang dibawanya tadi. Sara terus menolak Ariff ke tepi. Dia membasuh pinggan dan cawan tadi. Ariff pula hanya memandang. Kemudian timbul idea untuk mengusik isterinya lagi.
“ Uish…garangnya isteri saya ni ek? Agak-agak nanti bila dah jadi mak orang lagi garang ke ye?”. Sara memandang Ariff dengan wajah yang masam mencuka.
“ Awak pergi duduk depan boleh tak?tak pun pergi bersiap ke…tadi kata nak pergi pantai”.
“ Eh sudi rupanya keluar dengan kita…ingat tadi tak sudi”. Ariff masih lagi mahu mengusik isterinya. Sara hanya menjeling.
“ Ok lah..tak usik dah…gurau-gurau pun tak boleh”. Ariff terus melangkah keluar dari dapur menuju ke depan. Sara memanggil Ariff apabila dilihatnya Ariff meninggalkannya tanpa sepatah kata.
“ Awak…”. Ariff berpaling.
“ Awak pergi bersiap dulu ye…lepas habis semua ni saya naik atas”. Ariff tersenyum dan mengangguk. Sewaktu Ariff sudah naik ke bilik. Sara berbicara sendirian. ‘ Kenapa aku risau pulak dia terasa? Dia bukan merajuk pun…tapi kenapa aku rasa tak sedap hati bila dia diam? Kenapa aku rasa gembira bila dia usik aku macam tu? Kenapa…ahh sudah lah’. Lantas Sara naik ke bilik yang berada di tingkat dua rumah mereka untuk bersiap. Ini kali pertama mereka mahu keluar bersama. Selalu kalau keluar pun ke rumah mama dan ibu iaitu emak kepada Sara.
…………………………………………………………………………………………………………………………………….
“ Hello…wa’alaikumsalam…ye Ariff sihat bu…Sara pun sihat”. Pagi itu di tempat kerja Ibu mertua Ariff, Puan Salmah menelefonnya menyuruh datang ke rumah.
“ Malam ni?”
“ A’a malam ni. tadi ibu telefon Sara tapi tak diangkatnya…mungkin dia sibuk…datang ye malam ni”.
“ Baiklah bu..nanti saya bagi tahu Sara.”
“ Ye lah..ibu letak telefon ni dulu…anak kakak Fira kau dah menangis tu..assalamualaikum”.
“ Wa’alaikumsalam bu”. Setelah mematikan talian tadi, lantas Ariff menghubungi Sara.
“ Hello…awak, kenapa?”. Terdengar suara Sara dihujung talian.
“ Assalamualaikum…”. Ariff memberi salam, Sara tersenyum sendirian.
“ Wa’alaikumsalam…sorry”.
“ Tulah main terjah je sayang ni”. Sara membisu. Dia tahu Ariff sekadar bergurau. Sejak dua menjak ni selalu Ariff memanggilnya sayang, tapi dia tak ambil peduli sangat. Ariff membuka bicara.
“ Tadi ibu telefon…awak tak jawab ye?”.
“ Eh yeke…saya tak perasan tadi, masuk bilik bos tadi”.
“ Saya telefon awak perasan pulak”. Galak Ariff menyakatnya.
“ Takla…bila saya keluar dari bilik bos tadi…tiba-tiba awak telefon, mestilah saya perasan, kenapa wak? Ibu ada telefon awak ke? Tak pe lah kejap lagi saya telefon ibu semula”.
“ Tak payah…tadi ibu dah cakap suruh pesan kat awak sekali”.
“ Pesan apa?”.
“ Dia suruh datang malam ni, nak buat kenduri kesyukuran untuk anak kak Fira”.
“ Owh…ibu ni tak nak cakap awal-awal…kalau tak boleh saya tolong dia hari ni..awak?”.
“ Saya? Kenapa pulak dengan saya…saya mana ada anak lagi”. Sara menggetap bibirnya.
“ Awak ni sengaja kan…awak faham kan sebenarnya soalan saya, saya Tanya awak pergi ke tak?”. Sara dapat mendengar Ariff tergelak dihujung talian.
“ Mestilah pergi…tak kan tak pergi pulak. Apa lah awak ni”.
“ Apalah apa?”.
“ Tak de apa-apa…awak ni kan tak boleh dibawa bergurau sikit”.
“ Awak tengah bergurau ke?”. Sara sengaja menyoal begitu.
“ Takla…tengah serius ni”. Sara pula tergelak sendirian, namun hanya sebentar apabila Ariff hanya membisu.
“ Ok lah wak…kalau layan awak memang tak jadi kerja kita tau tak…nanti kalau bos nampak saya tengah bergayut ni…silap hari bulan kena berhenti kerja tau tak”. Ariff pula tergelak.
“ Alah kalau kena pecat pun wak, tak pe…awak duduk rumah je…saya mampulah nak tanggung awak”.
“ Ye lah tu…ok lah wak assalamualaikum”. Sara menunggu Ariff memjawabnya.
“ Nak letak dah? Ye lah…nak berborak dengan isteri sendiri pun tak boleh”. Ariff sengaja membuat suara merajuk.
“ Awak…janganlah macam ni…saya…”. Kata-kata Sara terhenti di situ apabila Ariff memotong.
“ Ye lah…ok, wa’alaikumsalam”. Ariff terus mematikan talian. Sara termangu sendirian. Ariff pula hanya tersenyum, sengaja dia melakukan sedemikian. Tidak lama kemudian Ariff menerima satu mesej daripada Sara.
‘ Awak sorry ye…nanti tengahari saya belanja awak lunch..ok?”. Ariff tersenyum lagi. Shakir yang berada di pintu bilik Ariff pelik melihat temannya yang tersenyum sorang-sorang sambil melihat telefonnya. Ariff pula tidak perasan dengan kehadiran temannya itu.
“ Wei…kau ni kenapa?tersenyum-senyum dari tadi…ada apa kat skrin telefon kau tu sampai senyum macam tu sekali.meh sini aku tengok”. Terkejut Ariff apabila Shakir tiba-tiba muncul. Lantas dia menyorokkan telefonnya ke belakang. Shakir sudah tersenyum lagi. Ariff pura-pura sibuk.
“ Ek eleh…nak menyorok konon…”. Shakir galak menyakatnya.
“ Mana ada, merepek je lah kau ni..kau tak ada kerja ke ni?”.
“ Ada…aku nak pergi bilik bos ni..aku lalu depan bilik kau tadi nampak kau tersenyum-senyum…apa ke hal”. Shakir mengangkat keningnya.
“ Tak de apa lah…pergilah bilik bos tu cepat, nanti ada yang bising pulak”.
“ Ek eleh kau ni…tu pun nak kecoh ke…bos tak kan marah punya lah…yang kau ni nak halau aku ni apa hal”. Ariff hanya tersenyum simpul. Shakir sudah berjalan ke pintu, namun berpaling semula.
“ Wei..kau senyum-senyum tadi ada nak pasang baru ke? Kau jangan Riff…”.
“ Merepeklah kau ni Kir…ke situ pulak”.
“ Ye lah mana tau kan…lelaki”. Shakir tergelak sendirian. Ariff hanya memandangnya.
“ Gurau je lah…”. Ujar Shakir apabila melihat wajah Ariff yang serius. Ariff tersenyum semula.
“ Wei…nanti kau nak lunch tak?”. Tanya Shakir.
“ Nak…tapi nanti kau lunch dengan Arshad ek…aku ada temujanji lain”.
“ Temujanji?lain macam je bunyi…kan aku dah kata…kau ni memang ada lah yang tak kena…tu yang tersenyum-senyum tadi.Kau ada hati nak duakan Sara ke Riff?”.
“ Kau ni kalau merepek nombor satu…tulah siasat dulu sebelum tuduh apa-apa…aku nak lunch dengan Sara lah”. Ariff terus menyambung kerjanya semula. Shakir pula terangguk-angguk sambil tersenyum. Ariff menadang Shakir apabila temannya itu masih berdiri di pintunya sambil tersenyum-senyum.
“ Apa yang kau senyum-senyum pulak?”.Tanya Ariff.
“ Cinta dah berputik…alah sayang”. Sengaja Shakir melagukannya. Ariff pula menagmbil kertas yang digumpalnya dan membaling kea rah Shakir. Shakir sempat mengelak, lantas terus berlalu dengan senyuman. Sempat lagi dia berpatah balik.
“ Riff..jangan tunggu lama-lama…ucapkanlah cinta”. Terus Shakir bergegas meninggalkan biliknya. Ariff yang mahu membaling kertas lagi lalu tersenyum dan bangkit mengutip kertas yang dibalingnya tadi. Setelah itu dia membalas mesej Sara. Sara pula dari tadi gelisah menunggu balasan dari suaminya. Fikirnya Ariff benar-benar merajuk.
‘ Ok…nanti, tunggu saya kat lobi pejabat awak…saya datang ambil”. Mesej itu dihantar Ariff sambil tersenyum.

Tuesday, June 29, 2010

RuAnG rInDu 4

“ I rasa hubungan kita tak ke mana? Betul tak?”. Farhan membuang pandang. Tasha merenung wajah itu mencari kepastian.
“ Apa maksud U?”. Tanya Farhan tenang. Tasha membetulkan duduknya.
“ I tahu U faham maksud I…”. Farhan membalas dengan senyuman.
“ U serius?”. Farhan merenung tajam. Tasha menganggukkan kepalanya.
“ I tahu U bukannya serius pun kan dengan I…”. Farhan memintas kata.
“ Jangan tuduh I sedangkan U juga macam tu…U ada segala-galanya Tasha…I bukan siapa-siapa pada U…mungkin ada baiknya kita berpisah…U cari hidup U, I cari hidup I…”. Tasha tertunduk.
“ U memang dah lama nak semua ni terjadi kan?”.
“ I rasa tak perlu lah I jelaskan semua tu…U yang minta semua ni…I bebaskan U…”. Ujar Farhan tegas.
“ I….”. Tasha kehilangan kata.
“ Kenapa? U menyesal dengan keputusan yang U buat sendiri?”. Tasha hanya menggeleng.
“ Habis?”.
“ Entahlah…I mesti rindukan U nanti”.
“ Come on la Tasha…kita sama-sama dah setuju untuk berpisah…jangan ralat dengan sesuatu yang dah terjadi”. Farhan meyakinkan Tasha.
“ U nampak tenang…”. Tasha merenung wajah dihadapannya.
“ Kenapa U nak I nampak sedih ke? Tasha…Tasha”. Tasha cuba tersenyum.
“ U memang baik Han…I tak mungkin jumpa orang macam U lagi…tapi I tak nak U buang masa dengan I…orang macam U layak dapat orang lebih baik…”. Farhan merenung mata gadis di hadapannya.
“ I tak sangka U cakap macam tu…”. Tasha tergelak kecil.
“ Selama ni I bukan tak tahu U penat nak layan karenah I…anak manja macam I ni susah di atur”. Farhan tergelak sendirian.
“ Tasha, Tasha…”. Farhan menyambung gelaknya.
“ Itu realitinya…betul tak Han?”. Farhan menghentikan tawanya.
“ Sekarang ni, I tak nak fikir apa-apa lagi…Cuma I doakan kebahagiaan U…”. Ujar Farhan tegas.
“ I pun doakan kebahagiaan U Han…”. Balas Tasha sebak.
“ I tak nak tengok U bersedih atas semua ni Tasha…U berhak pilih hidup U…pandanglah ke depan…I pasti U akan jumpa kebahagiaan yang U cari, percayalah...”. Waktu itu kelihatan seorang lelaki menghampiri mereka.
“ Sayang…”. Ujar lelaki itu perlahan. Farhan dan Tasha berpandangan.
“ I minta maaf Han…”. Farhan melemparkan senyuman kepada lelaki itu. Walau dalam hatinya ada persoalan yang jawapannya di depan mata. Sekelumit benci timbul kerana pembohongan tadi.
“ Pergilah Tasha…I bebaskan U…”. Tasha bangkit dari kerusinya. Lelaki itu berundur sedikit seperti memberi ruang kepada mereka berdua.
“ I tahu, I melukakan hati U, kalau tak banyak pun, pasti ada sedikit…tapi I pun tak sanggup nak terus hidup macam ni…I akan kahwin tak lama lagi…terima kasih untuk segala-galanya…maafkan I …selamat tinggal”. Tasha berlalu pergi. Farhan hanya memandang dengan senyuman. Dia tahu senyuman itu kelat, namun hatinya sedikit lega dengan perpisahan itu. Dia sendiri juga tidak tahu dari mana datangnya ketenangan dan kekuatan itu berhadapan dengan gadis yang pernah singgah dalam hidupnya. Mungkin inilah keputusan terbaik. Walau ada tercalit sedikit rasa kecewa dalam hatinya, dia juga tidak menolak untuk menerimanya. Pasrah pada ketentuan takdir. Hanya itu yang harus dilakukannya.
……………………………………………………………………………………….
“ Hai…”. Dania terkejut apabila denga tiba-tiba seorang lelaki menyapanya. Lelaki itu melemparkan senyuman.
“ Sorry…”. Dania pantas mengelap air mata di pipi. Malu di renung sebegitu.
“ Boleh saya duduk?”.
“ Duduklah”. Balasnya pendek kemudian bangkit dari kerusi itu.
“ Nak pergi mana? Duduklah…saya bukan nak kacau awak pun…”. Dania merenung tajam wajah lelaki di hadapannya.
“ Saya nak balik…awak nak duduk, duduklah…”. Dania berlalu pergi. Farhan hanya mengangkat bahunya. Kemudian dia melabuhkan punggungnya sambil memandang ke arah laut. Dia tidak lagi mengendahkan keadaan sekeliling. Dania melangkah perlahan, namun di benaknya seperti mengingatkan sesuatu. Tiba-tiba kakinya berhenti melangkah. Dia berpaling memandang lelaki tadi. ‘ Dia ’. Tanpa dia sedari kakinya melangkah ke arah lelaki itu.
“ Ya…nak duduk ke? Duduklah…”. Farhan hanya tersenyum.
“ Awak kenal saya?”. Dania memandang wajahnya. Lelaki itu menganggukkan kepalanya.
“ Tapi, tak lah kenal pun…Cuma kita pernah jumpa hari tu, duduklah…jangan risau, saya bukan nak mengorat awak pun”. Ujar Farhan tegas. Dania malu dengan sindiran lelaki itu
“ Eh…saya bergurau je tadi…duduklah dulu, jangan takut-takut…abang bukan orang jahatlah adik…”. Dania tergelak kecil. Dia tahu lelaki itu sengaja mengusiknya. Farhan tersenyum lagi.
“ Kan cantik macam tu…asyik bersedih je, nanti cepat tua tau…”. Dania melabuhkan punggung di sebelahnya.
“ Hari tu, awak bayarkan buku untuk saya, saya nak pulangkan balik duit awak”. Ujarnya sambil mengeluarkan duit dari dompet.
“ Tak payah…kan hari tu saya kata tak payah…saya ikhlas”.
“ Tapi saya…”. Kata-kata Dania dipintas oleh lelaki itu
“ Awak ni degil…tak payah”. Ujar Farhan tegas.
“ Mm…”. Dania kematian kata.
“ Mmm…apa…”. Farhan merenungnya.
“ Hah? Tak ada apa…ok, kalau macam tu, saya balik dulu…terima kasih”. Dania segera bangkit.
“ Eh, duduklah dulu…temankan saya”.
“ Tak pelah, saya kena balik sekarang…assalamualaikum”. Dania segera beredar.
“ Kelam-kabut pulak…tak sempat nak tanya…”. Farhan menggelengkan kepalanya. Namun dia kembali memandang ke arah laut. Sengaja dia ingin mencari semangatnya semula di sini. Sekarang fikirannya perlu rasional. Hidup tetap perlu diteruskan. Hakikatnya sudah lama dia mahu perkara ini terjadi, namun apabila Tasha yang memulakannya dia seakan terkedu. Dalam diam, dia sebenarnya sedikit terasa dengan perpisahan itu. Walau Tasha tidak dicintainya, namun setahun bersama gadis itu tetap pernah membuat hari-harinya gembira.

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 7

“ Kenapa awak tak makan tadi?”. Sara hanya mampu memandang. Akhirnya mereka berdua tidak makan malam. Sara tidak selera. Ariff pula kerana terlalu penat tidak mampu melayan nafsu makannya.
“ Awak tahu tak, kalau awak sakit saya yang susah”. Sara masih lagi diam dan memejamkan matanya. Lantas Ariff memangku kepala Sara untuk memicitnya. Pada mulanya Sara menolak, namun Ariff berkeras.
“ Baringlah…saya tolong picit kepala je”. Sara membiarkan dan masih lagi diam membisu. Setelah agak lama mereka mendiamkan diri, Sara mula bersuara.
“ Maafkan saya”. Ada genangan air mata di tubir matanya apabila mata itu dibuka.
“Sshh..tidurla…awak dah solat isyak?”. Tanya Ariff sambil tangannya tidak lepas memicit kepala Sara. Sara bangkit dari pembaringan.
“ Dah…kat rumah mama tadi, awak pergilah mandi…saya nak salin baju”. Ariff hanya memandang, tidak lama kemudian dia mengangguk. Sewaktu Ariff masuk ke bilik air, Sara lantas menyalin pakaiannya. Setelah siap mandi, Ariff menunaikan solat. Sara sudah baring di atas katil. Ariff tahu Sara tidak tidur lagi.
“ Dah ok kepala awak?”. Sara memusingkan kepalanya ke arah Ariff yang duduk disisinya. Lantas dia mengangguk. Dia lihat Ariff tersenyum kemudian baring disebelahnya. Sememangnya mereka tidur atas katil yang sama, namun mereka masih belum bersama sebagai seorang suami isteri dalam erti kata yang sebenar. Sara memandang Ariff. Ariff perasan, lalu dia mengambil selimut dan menyelimutkan isterinya. Sara hanya membiarkan.
“ Tidurlah, saya pun penat..”. Ujar Ariff. Lantas Sara memejamkan matanya, walaupun sebenarnya dia tidak mahu tidur lagi. Ariff pula terus diam tanpa berkata apa-apa. Dia juga masih belum mengantuk, dia berbaring sambil memandang siling. ‘ Kenapa awak begitu mudah mengalirkan air mata Sara? Saya tidak betah melihatnya, bukan saya tidak sanggup bersama suka dan duka awak…tapi saya nak awak menjadi wanita yang tabah’. Ujar Ariff dalam hati. Ariff memandang sekilas kea rah Sara. Di lihat Sara seperti sudah terlena. Akhirnya dia juga terlena dalam keletihan.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………
“ Riff…jom lunch”. Shakir tiba-tiba masuk ke bilik Ariff dan duduk di hadapan Ariff. Ariff masih lagi leka membuat kerjanya. Dia memandang Shakir sekilas.
“ Kau pergilah dulu Kir…aku nak siapkan kerja ni dulu”. Ariff masih tekun dengan kerjanya.
“ Dah, jangan nak mengada-ngada pulak kau…jom lunch dulu”. Shakir bangun dan menarik tangan Ariff. Ariff hanya tersenyum dan mengikut. Sewaktu mereka mahu keluar dari bilik, tiba-tiba Shila muncul dengan papanya, Dato’ Muzzakir selaku bos mereka.
“ Eh you all nak keluar lunch ke?”. Shakir dan Ariff berpandangan. Dilihat Shila memeluk lengan papanya. Dato’ Muzzakir hanya tersenyum memandang mereka berdua.
“ A’a…bos nak keluar lunch juga ke?”. Dato’ Muzzakir sekadar mengangguk.
“ Pa, apa kata kita lunch sama-sama dengan diorang sekali?”. Shila memandang papanya dengan manja.
“ A’a…marilah…saya belanja”. Dato’ Muzzakir mempelawa.
“ Mmm…tak pelah bos…”. Ariff cuba menolak dengan baik. Sungguh dia tidak senang dengan aksi Shila. Dilihatnya Shila mencebikkan bibir.
“ Alah sombongnya you ni Ariff, bukan you yang belanja pun…tak luak pun duit you tu”. Dato’ Muzzakir memandang anaknya dan mengisyaratkan supaya diam. Shakir hanya diam. Ariff kelihatan marah namun disembunyikannya. Akhirnya Shakir bersuara untuk menyelamatkan kedaan.
“ Sebenarnya bos, kami dah janji nak lunch dengan isteri Ariff ni, so tu yang tak dapat pergi sama bos”. Ariff hanya memandang Shakir. Shila pula kelihatan terkejut.
“ You dah kahwin ke Ariff? I tak tahu pun”. Mereka berempat saling berpandangan. Akhirnya Dato’ Muzzakir mengajak Shila pergi apabila tiada tanda-tanda masing-masing ingin meleraikan perbualan. Soalan Shila tadi hanya dipandang sepi. Sejurus Dato’ Muzzakir dan Shila pergi, Shakir dan Ariff juga melangkah.
“ Wei semacam je aku tengok si Shila tu…entah-entah dia syok kat kau tak, mesti kecewa dengar kau dah kahwin”. Shakir tergelak. Ariff pula mempercepatkan langkahnya ke kereta meninggalkan temannya. Shakir masih dengan sisa-sisa gelaknya. Apabila masuk sahaja ke dalam kereta, Ariff memandang Shakir.
“ Kenapa kau tengok aku macam tu?”.
“ Macam mana kau boleh dapat idea tadi?”. Ariff tersenyum.
“ Entah…aku main sebut je”. Shakir juga tersenyum.
“ Wei si Shila tu rupanya tak tahu kau dah kahwin ek…agaknya bos pun tak bagi tahu”.
“ Buat apa bos nak bagi tahu pulak?”.
“ Yelah tak kan dia tak nampak anak dia tu berkenan kat kau”. Shakir terus menghidupkan enjin kereta dan menuju ke restoran yang selalu mereka pergi waktu makan tengah hari begini.
“ Eh-eh kau ni…jangan nak pandai-pandai pulak…kau pun tahu kan si Shila tu memang jenis macam tu, penggoda alam”.
“ Ye lah tu aku tahu..Tapi…aku boleh nampak lah cara dia pandang kau lain, aku ni tak de pulak dipandangnya macam kau…”.Ariff tersenyum mendengarnya.
“ Habis tu, kau nak ke dia tergedik-gedik goda kau?”.
“ Uish..tak naklah aku…daripada pilih dia sanggup aku membujang tau tak?aku Cuma nak bezakan je…baik kau hati-hati sikit Riff, ada pulak yang cemburu nanti”. Ariff memandang lama ke arah Shakir. Shakir pula hanya tersenyum.
“ Sendiri mahu ingatlah kawan”. Mereka sama-sama tergelak.
“ Eh aku tak pernah nampak pun kau keluar lunch dengan isteri kau waktu kerja macam ni?bukan jauh pun kan pejabat dia dari pejabat kita?”.
“ Saja”. Shakir hanya menggeleng.
“ Kenapa kau Tanya?”.
“ Sajalah…selalu orang kalau suami isteri kerja tempat yang berdekatan, akan lunch sama-sama”.
“ Aku Cuma malas nak ganggu waktu dia…lagi pun dia mesti lunch dengan kawan-kawan dia kan”. Shakir memandang pelik.
“ Kau ni peliklah”.
“ Tak de apa yang peliknya Kir…aku Cuma bagi kebebasan pada dia”.
“ Kalau aku Tanya kau marah tak?”. Waktu itu mereka sudah berada di restoran untuk makan.
“ Tanyalah”.
“ Kau dengan si Sara tu bahagia tak?”. Ariff memandang sepi pertanyaan itu. Dia terus menyudahkan nasinya. Shakir juga tidak memaksa. Setelah selesai mereka terus pulang ke pejabat. Dalam perjalanan pulang barulah Ariff menjawab persoalan tadi.
“ Secara jujurnya, dia pilihan mama dan papa aku…kau pun tahu kan sejak aku putus tunang dengan Amira dulu, aku tak de jalinkan hubungan dengan sesiapa. Bila mama dan papa suruh aku kahwin, aku diam…akhirnya mereka buat keputusan nak kahwinkan Sara dengan aku. Aku pun tak tahu aku cintakan dia atau tak. Cuma yang aku tahu sejak aku nikah dengan dia masa mula-mula dulu aku dah janji dengan diri aku yang aku akan menyayangi dia dan tak kan menduakan dia.”. Shakir tekun mendengar. Ariff memang seorang yang susah untuk membuka mulut untuk menceritakan hal peribadinya, Shakir sememangnya teman sejak di university lagi. Dua tahun lepas Shakir telah berpindah dari cawangan lamanya ke tempat kerja yang sama dengan Ariff. Sejak itu mereka sering bersama dan rapat.
“ Sara pulak?”. Shakir cuba bertanya.
“ Entahlah…tapi apa yang aku tahu dulu sebelum kami kahwin dia memang ada bercinta dengan seseorang, tapi lelaki tu dah tunang dengan orang lain sebelum kami nikah. Aku tahu dia masih cintakan lelaki tu”. Ariff hanya menunduk. Shakir menepuk-nepuk bahu temannya itu. Waktu itu mereka sudah sampai ke pejabat.
“ Aku dapat rasa Sara memang jodoh kau Riff…Cuma kau kena bagi masa pada Sara”.
“ Aku tahu…sebab tu aku tak paksa dia, tapi sekarang dia dah layan aku semakin baik dan mesra daripada dulu…jujur aku cakap aku sayangkan dia”. Shakir tersenyum mendengarnya.
“ Kau tahu tak…Sara wanita paling bertuah sebab dapat miliki kau”. Ariff memandang sepi, namun kemudian dia bersuara.
“ Kenapa pulak?”.
“ Kau ni jenis susah nak jatuh cinta tahu tak, sejak kau putus tunang dengan Amira dulu…aku tengok kau memang tak de layan sesiapa, walaupun sebenarnya bukan tak ada yang nak kat kau kan…kiranya Sara tu bertuah sebab kau sayangkan dia”.
“ Dia layak Kir…Sara isteri aku”.
“ Kau terpaksa?”. Ariff menggeleng.
“ Entahlah susah aku nak cakap…tapi aku memang cemburu tengok dia menangis sebab lelaki lain…aku rasa sempurna bila berada di sisi dia…aku tak dapat bohong perasaan aku sendiri Kir…”. Shakir hanya mengangguk.
“ Itu tandanya kau cintakan dia”. Ariff hanya tergelak.
“ Merepeklah kau ni”.
“ Apa yang merepek pulak?tak nak mengaku konon…bukannya orang lain kan..tadi kau juga cakap dia layak sebab dia isteri kau”.
“ Dahlah…jom naik…belum solat lagi ni”. Ariff terus melangkah meninggalkan Shakir. Shakir hanya tersenyum dari jauh. ‘ Kau memang dah jatuh cinta lah Riff ‘.Ujar Shakir perlahan.

Monday, June 28, 2010

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 6

“ Hi Ariff…”. Shila menegurnya apabila terlihat Ariff keluar dari keretanya.
“ Owh..hi..”. Sekadar berbasa-basi. Namun Shila terus menghampirinya. ‘Ahh sudah’..ucap Ariff dalam hati. Dia hanya tersenyum.
“ You ni kan selalu I tengok sombong je”.
“ Really?”. Ariff membalas. Shila hanya menganggukkan kepalanya dengan manja. Waktu itu ada satu mesej masuk di telefon Ariff. Ariff membukanya, dia sedar Shila memandangnya dengan pandangan yang tajam.
“ Sibuk nampak?girlfriend ke?”. Ariff tersenyum.
“ Takla… lebih dari tu”. Shila hanya menjeling. Hatinya bertambah sakit apabila melihat Ariff menekap telefonnya ke telinga pula.
“ Hello…sayang…ok nanti kita jumpa kat sana ye, saya pun rindu kat awak jugak” Ariff terus mematikan taliannya. Sara pula terpaku mendengarnya. Tadi dia Cuma menghantar mesej mengatakan yang petang ini selepas waktu kerja ibu mertuanya mahu mereka berdua ke rumah dan makan malam di sana. Tiba-tiba Ariff menelefonnya dan berkata sedemikian, tanpa sempat dia berkata apa-apa talian sudah dimatikan. Sara tersenyum sendirian. Macam-macam betul Ariff ni sekarang, kadang-kadang tindakannya di luar dugaan. Sejak daripada peristiwa malam dia menangis itu, mereka sudah semakin mesra, walaupun Sara masih lagi tidak bersedia menjalankan kewajipan sebagai seorang isteri dengan benar-benar sempurna. Malam esoknya selepas peristiwa itu, Sara cuba mengambil hati Ariff dan belajar menerima kehadiran suaminya itu. Walau hati masih tidak merelakan sepenuhnya pemergian Zammil, tapi dia cuba untuk belajar menyayangi suami yang sah dikahwininya itu. Tiba-tiba ada mesej masuk di telefonnya. “ Sorry…tadi ada orang nak mengorat suami awak ni…saya terpaksa berlakon macam tu..hehe”. Sara tergelak membacanya. Namun tangannya membalas pantas mesej itu.” Jadi tadi tu Cuma lakonan je lah ye”. Sara menghantarnya dan menunggu balasan. Dalam waktu tidak sampai seminit..dia menerima satu mesej.” Bila saya kata sayang dan rindu tu memang betul…tak pernah berlakon…luv u so much honey..miss u..hhmuahh”. Sara malu sendiri dengan mesej itu dan dia tidak membalasnya.
Di pejabat Ariff pula Shakir sudah tergelak-gelak melihat Shila menjeling tajam kea rah Ariff yang tidak mengendahkannya. Sewaktu dia keluar dari keretanya tadi, Shakir memang ada terlihat Shila menghampiri Ariff, dan dengan jelas juga dia nampak apa yang berlaku.
“ Kau buat apa kat anak bos tadi Riff?”.
“ Buat apa pulak?tak buat apa-apa lah”.
“ Tu aku tengok muncung je”. Ariff hanya tersenyum.
“ Alah..biarlah dia..malas aku nak layan…kau bukan tak tau…sekali dia tergedik-gedik, kalau aku layan fuh…sampai malam pun tak habis tau tak?”. Shakir hanya tergelak mendengarnya. Akhirnya mereka tergelak sama-sama.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………
“ Mana Ariff? Tak datang sekali?”.
“ Mmm…dia sampai lewat sikit ma, tadi katanya ada meeting”. Puan Jamilah hanya tersenyum. Ligat Sara membantu ibu mertuanya di dapur. Pukul 11 malam barulah Ariff sampai.
“ Abang…lambatnya, kesian kak Sara tau”. Aisha adik Ariff yang bongsu menghampiri Ariff apabila terlihat abangnya.
“ Yeke? Kenapa dengan dia?”.
“ Apalah abang ni…dia sampai terlena tau kat sofa tu tunggu abang”.
“ Dah makan? Mama dengan papa mana?”.
“ Mama dengan papa ada kat atas, kak Sara tak makan lagi tau. Tadi bila mama suruh makan dulu, dia kata nak tunggu abang”.
“ Mmm..abang ada kerja kena siapkan tadi lepas meeting, tak sedar masa berlalu”.
“ Amboi tak kan isteri pun sampai lupa”. Ariff mencubit pipi adiknya.
“ Nakalnya dia”. Aisya mengaduh kesakitan, walaupun sebenarnya dia hanya bergurau. Apabila masuk sahaja ke dalam rumah Ariff melihat mama dan papanya berada di tangga. Mamanya hanya menggeleng. Lantas dia mendekati mereka dan menyalami keduanya.
“ Kamu ni kalau kerja pun janganla sampai lupa pada isteri”. Ariff hanya tersenyum. Papanya malas masuk campur.
“ Maaf ma”. Waktu itu mamanya menjuih bibir ke arah sofa. Dia juga berpaling.
“ Tadi mama suruh dia masuk bilik, dia tak nak…katanya nak tunggu kamu…selalu ke kamu buat dia macam tu?”.
“ Buat apa?”. Ariff pura-pura Tanya.
“ Eh-eh budak ni…sudahla dah malam ni…kamu dah makan ke belum?”.
“ Belum ma”. Ariff hanya tersenyum sumbing.
“ Hei budak bertuah ni…Dah pergi kejut Sara tu, tadi mama tengok dia macam tak sihat…degil tak nak makan, nak tunggu kamu juga, tengok sekarang dah pukul berapa”. Lantas Ariff menghampiri isterinya.
“ Sara…”. Ariff mengejutkan Sara. Sara bangkit dari baringannya. Namun dia memegang kepalanya.
“ Awak tak sihat ke? Kenapa tak makan dulu tadi?”. Sara hanya menggeleng.
“ Jom kita makan dulu, saya teman awak makan”. Ariff membantu Sara bangun. Puan Jamilah, Encik Hamdan dan juga Aisya hanya memandang.
“ Awak dah makan?”. Sara bertanya dengan suara yang perlahan. Ariff hanya mengangguk, walau sebenarnya dia juga belum makan. Mana nak sempat lepas meeting kena sambung kerja pula.
“ Kalau macam tu kita balik wak…kepala saya sakit”. Ariff merangkul erat pinggang Sara. Sara hanya membiarkan, memang dia malu pada mertua dan adik iparnya, tapi dia memang tak larat waktu ini.
“ Ma, Pa…kami balik dulu ye”. Kedua-duanya hanya mengangguk. Sara memandang ibu dan bapa mertuanya memohon pengertian. Kedua-duanya hanya mengangguk.
“ Romantiknya”. Ujar Aisya sambil tersenyum.
“ Hah sudah..pergi naik…jangan nak berangan pulak”. Puan Jamilah menggiat anaknya. Aisya tersenyum simpul memandang mama dan papanya. Ariff dan Sara pula sudah menuju ke kereta. Ariff terus memandu pulang. Sampai sahaja di rumah, dia membantu Sara baring di atas katil.

Wednesday, June 23, 2010

Cetusan Hati

Bila minda terasa sesak dengan bayangan, hati terasa sempit dengan sebak yang menggamit, jiwa terasa luluh yang menggunung...nafas tersekat menyentak sanubari, mampukah rasional berada pada carta teratas...kepiluan pasti hadir menemani...menolak sebuah mimpi ibarat membiarkan hati seperti kaca pecah berderai...tidak mampu dicantum kembali seperti asal, malah keretakannya melahirkan kedukaan yang mungkin memerlukan kesekian waktu untuk pulih...sepanjang tempoh itu, sebak pasti mencengkam dada walau senyuman berselindung di atas garis-garis luka...

Tuesday, June 22, 2010

RuAnG rInDu 3

“ I penat lah malam ni…lain kali ya kita keluar?”. Kedengaran satu keluhan kecil di hujung panggilan.
“ Ala…kenapa pulak? Jom lah…I lapar”. Suara itu seakan memujuk.
“ U masaklah…tak pun minta tolong je kawan-kawan U yang keluar tolong bungkuskan untuk U ok…I betul-betul penat malam ni, I nak tidur awal…sorry ya”.
“ U ni…tak kesian langsung kat I…tak apalah”. Panggilan terus dimatikan. Farhan meletakkan telefonnya di sisi meja. Nizam memandang hairan.
“ Kau kenapa?”. Akhirnya Nizam bertanya.
“ Kenapa pulak?”. Farhan melunjurkan kakinya ke sofa. Matanya tertumpu ke
arah televisyen.
“ Ya lah…aku tak nampak kau macam penat pun…kenapa kau tolak pelawaan dia?”.
“ Saja…malas”. Nizam mengangkat keningnya.
“ Aik…apasal kau ni, kau gaduh dengan dia ke?”. Nizam meletakkan cawan yang dipegangnya tadi di atas meja.
“ Tak adelah…kitorang ok je”. Farhan menjawab malas.
“ Habis tu?”. Nizam masih enggan mengalah.
“ Entah…malaslah, saja nak rehat malam ni”. Nada Farhan masih malas seperti tadi.
“ Lain macam je kau ni…tak kan dah bosan kot…”.
“ Wei…kita cakap pasal lain boleh tak?”. Farhan seakan hilang sabar.
“ Wo…wo…rileks la…”. Waktu itu telefon Nizam berdering. Sebelum sempat Nizam menjawab Farhan lebih dahulu berkata.
“ Kalau dia telefon, cakap aku dah tidur”. Nizam memandang skrin, kemudian tersengih nakal.
“ Hello, assalamualaikum…ya ada apa Tasha?”. Nizam tersenyum sambil memandang Farhan. Farhan mengangkat keningnya.
“ Farhan? Oh dia dah tidur…tadi dia cakap penat sangat”. Nizam berbohong bagi pihak Farhan.
“ Betul…tak kan saya nak tipu pulak…”. Farhan merenung tajam temannya.
“ Ok…ya lah…bye..”. Nizam mematikan panggilan. Farhan tersenyum puas.
“ Tak pasal-pasal aku jadi pembohong malam ni…”. Nizam bangkit dari sofa menuju ke dapur.
“ Terima kasih…”. Farhan menjerit dari dapur. Nizam muncul dari dapur dan duduk kembali di sofa tadi.
“ No hal lah…tapi lain kali aku tak nak dah…”. Nizam tersengih. Farhan juga membalas dengan senyuman.
“ Kau kenapa sebenarnya…tak pernah-pernah pun tolak pelawaan dia sebelum ni?”. Nizam masih mahu mengetahuinya. Farhan memandang sekilas.
“ Penting ke kau nak tahu?”.
“ Sebab penting lah, aku tanya…kata kawan, nak berahsia apa lagi…”. Nizam memancing kata.
“ Entah lah…selama ni aku terlalu ikut cakap dia…bukan aku tak bosan, bukan aku tak penat…tapi entahlah…”. Farhan mengeluh sendirian.
“ Sekarang?”. Nizam memandang tepat kea rah mata temannya.
“ Aku memang sayangkan dia…tapi dia buat aku rimas…kadang-kadang aku rasa lebih baik single…macam kau…tenang je hidup kan?”. Nizam tergelak perlahan.
“ Apalah kau ni…tak baik cakap macam tu…dia sayang gila kat kau…mesti kecil hati dia dengar”. Nizam bersandar di sofa.
“ Entahlah…kadang-kadang aku rasa dia bukan sayangkan aku…dia Cuma perlukan seseorang untuk dia menuruti segala kehendak dia…yang boleh di ajak ke sana, ke mari…nak cakap tak de duit, ayah dia berlambak harta…anak tunggal pulak tu…tapi duit aku pun dia nak kebas jugak…tak faham aku…”. Farhan membetulkan duduknya.
“ Biasalah perempuan…tapi tak semua”. Balas Nizam pendek.
“ Aku tahu, entahlah aku sendiri pun tak faham macam mana boleh terjebak dengan perempuan macam ni…mungkin sebab aku sunyi…sebab tu aku layan je dia”.
“ Kau kata kau sayangkan dia?”.
“ Sayang…bukan cinta, sayang pun banyak kategorinya…”. Farhan menyandarkan tubuhnya.
“ Dia dalam kategori mana?”. Tanya Nizam sambil tersenyum.
“ Entah…aku pun tak tahu”. Nizam tergelak.
“ Apalah kau ni…tak kan kau sendiri tak faham perasaan kau?”.
“ Memang aku tak faham…?”. Nizam merenung temannya.
“ Kau ni biar betul?”.
“ Entahlah…aku dapat rasa hubungan kitorang tak kan ke mana…dia pun aku tengok keluar jugak dengan orang lain…ada baiknya kami ikut haluan masing-masing”.
“ Huh…susah juga nak cakap…perempuan ni lain sikit wei, sebab tu aku tak nak terikat dengan mana-mana perempuan…aku belum bersedia nak bagi seluruh komitmen…”. Farhan tergelak kecil.
“ Betul jugak cakap kau tu…tapi entahlah…dah lah kita tutup cerita pasal ni…selagi aku boleh sabar, aku sabar…”.
“ Sabar tu sabar jugak, tapi nasihat aku jangan mainkan perasaan orang…tak baik tau”. Nizam sempat berpesan sambil tersenyum.
“ Huh…tu lah”. Farhan mengeluh lagi.
“ Kau fikirlah masak-masak dulu, baru ambil keputusan”. Farhan mengangguk perlahan.
“ Eh…siang tadi masa kat shopping complex…kau jumpa siapa? Perempuan tu aku tak pernah tengok pun…”. Nizam membuka cerita baru.
“ Perempuan? Perempuan mana pulak ni?”. Farhan menggaru kepalanya.
“ Alah siang tadi…aku nampak kau hulur beg plastik pada dia”.
“ Oh…entah aku pun tak kenal jugak…dia tertinggal barang kat kaunter pembayaran, aku bagi lah kat dia”.
“ Oh…aku ingat awek baru tadi…”. Nizam tersenyum nakal.
“ Banyaklah kau punya awek…tapi perempuan tu aku tengok macam tak betul je”.
“ Kenapa pulak kau cakap macam tu?”.
“ Yalah…masa dia tertinggal barang kat kaunter pembayaran, dia lari…duduk kat kerusi luar, tempat tersorok pulak tu…menangis, bila aku datang bagi beg plastic tu dia tersenyum pulak…macam berangan pun ada…macam sewel je”. Farhan tergelak kecil.
“ Kau ni…suka hati kau je kata perempuan tu sewel…entah-entah dia ada masalah agaknya…”. Nizam meneka sendirian.
“ Mungkin lah…”. Farhan tersenyum lagi.
“ Kau senyum-senyum kenapa?”. Nizam memandang hairan.
“ Tak de apa…saja”. Farhan masih tersenyum.
“ Kalau macam tu, kau lah yang sewel…”. Nizam tergelak besar. Farhan turut sama tergelak. Mereka menghabiskan masa menonton televisyen sehingga lewat pagi. Sudahnya masing-masing terlena di ruang tamu.

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 5

“ Nah air”. Sara menghulurkan cawan itu kepada Ariff. Ariff tersenyum dan menyambutnya. Dia juga melihat Sara duduk di hadapannya. Lama mereka diam tanpa sepatah kata.
“ Sara…”. Sara menghalakan pandangannya ke arah Ariff. Tadi dia leka menonton televisyen, walaupun sebenarnya dia sendiri tidak tahu apa yang ditontonnya.
“ Ceritalah masalah awak pada saya…saya sedia mendengarnya”.
“ Saya tak apa-apa wak…saya ok”. Ariff bangkit lalu menarik tangan Sara duduk disebelahnya. Sara hanya patuh tanpa membantah. Saat itu juga Ariff menyentuh rambut Sara. Sara hanya membiarkan.
“ Awak jangan nak bohong saya, saya selalu nampak awak menangis…”. Sara hanya membatukan diri.
“ Saya minta maaf sebab tak dapat bahagiakan awak”. Ariff hanya mendengar tanpa berkata apa-apa. Sara menyambung lagi kata-katanya.
“ Saya rela kalau awak nak lepaskan saya”. Waktu itu air mata yang disimpan tadi mengalir semula. Terkejut Ariff mendengarnya, namun dia menyembunyikannya.
“ Sara, perkahwinan bukan permainan atau percaturan hidup…yang kita boleh on dan off bila-bila masa”. Ariff menyandarkan badannya ke sofa disebelah Sara. Sara pula hanya kaku dan masih lagi menangis.
“ Tapi awak tak bahagia bersama saya kan?awak layak dapat kebahagiaan awak bersama orang yang awak sayang dan mampu buat awak bahagia”. Sara cuba memberanikan diri meluahkan rasa.
“ Dan awak pula ingin terus bahagia bersama dia.macam tu?”. Terkejut Sara dengan pertanyaan suaminya itu. Apakah Ariff sudah mengetahuinya. Dia sedikit kaget, namun dia cuba berselindung dengan menundukkan wajahnya.
“ Sara..awak isteri saya, dia tunang orang”. Sara memandang wajah suaminya.
“ Awak tahu?”.
“ Terlalu sukar kan untuk awak mengaku awak masih menyintai dia walaupun dia dan awak sendiri dah ada haluan masing-masing”.
“ Maafkan saya, saya tahu saya berdosa pada awak..saya juga tahu dia akan berkahwin dengan orang lain, saya…saya”. Kata-kata Sara mati di situ.
“ Sara…saya tak kan paksa awak mencintai saya walaupun saya berhak mendapatnya daripada awak, saya tahu hati tidak boleh dipaksa…ambillah seberapa banyak masa dan ruang yang awak nak, selagi saya mampu menanti saya akn tunggu awak”. Sara terus menggapai tangan Ariff dan menciumnya sambil menangis.
“ Saya minta maaf, saya akui awak adalah anugerah terbaik dari Allah kepada saya…bagi saya masa untuk belajar menerimanya, andainya awak sudah bosan dan penat menanti saya, saya dengan rela hati awak lepaskan saya”. Kata-kata itu disudahi dengan tangisan. Ariff terus merangkul Sara ke dalam pelukannya.
“ Tak Sara…saya tak kan lepaskan awak…awak juga anugerah terbaik untuk saya, saya nak awak tahu sejak saya menikahi awak, hati saya milik awak…saya sayangkan awak dunia akhirat”. Ariff mendakap Sara lebih erat lagi, dan untuk pertama kalinya Sara selesa dan rasa selamat dalam pelukan suaminya. Dia membalas pelukan itu sambil berbisik ‘maafkan saya’.
“ Sshhh…cukuplah Sara..jangan minta maaf lagi dari saya…dan saya tak nak dengar lagi awak minta saya lepaskan awak”. Sara hanya mengangguk. Malam itu dia menangis dan terlena di atas peha Ariff di ruang tamu tanpa disedarinya. Ariff pula tidak sampai hati ingin mengalihkannya. Pukul lima pagi Sara terjaga dari tidurnya. Terkejut dia apabila terjaga kepalanya dia atas peha suaminya. Lantas dia bangkit dan menjauh. Dia cuba mengingati semula apa yang terjadi. Ariff pula seakan lena dalam tidurnya. Sara tidak dapat menahan air matanya. Walau cuba ditahan dengan telapak tangannya agar tidak didengar oleh Ariff, namun masih mampu menyedarkan Ariff dari tidurnya.
“ Sara…kenapa?”. Terpisat-pisat Ariff bangun dan mendekati Sara. Sara pula cuba menjauh.
“ Jangan hampiri saya”. Ariff tidak jadi melangkah. Akhirnya dia duduk di hadapan Sara. Hati Sara masih keras seperti dahulu, tidak seperti malam tadi.
“ Ok..terpulang…saya nak naik dulu”. Sara terasa dengan kata-kata Ariff. Dia hanya melihat Ariff melangkah pergi.
“ Saya minta maaf”. Ariff memandang Sara apabila isterinya itu bersuara dalam suara yang serak-serak basah. Namun Ariff hanya memandang sepi pernyataan itu. ‘ Awak memang masih tak berubah Sara’. Ariff terus menaiki tangga menuju ke biliknya. Sedangkan Sara masih di situ cuba mengingati semula apa yang terjadi malam tadi.

Cetusan Hati

Andainya kita mampu menjejakkan kaki dalam lembah kebahagiaan belum tentu kita mampu mengekalkan sinaran itu.Andainya kita mampu tersenyum di sebalik hikmah perjalanan mungkin kita mampu menghulurkan ketenangan yang singgah di sudut sanubari.Namun sejauh manakah keikhlasan yang hadir, adakah hipokrit itu bisa dikatakan sebagai penyelesaian masalah yang datang. Kegelisahan bukan diundang dengan rela hati, namun ketenangan perlu dicari dengan harga seribu kedamaian abadi.bukan setakat fantasi, malah realiti sepanjang perjalanan.

Monday, June 21, 2010

RuAnG rInDu 2

“ Kau ke mana tadi? Lepas waktu pejabat terus menghilang…aku call banyak kali tak angkat pulak tu…”. Dania merenung wajah suara yang menyapa tadi. Dia Ria, teman serumah dan sepejabatnya.
“ Wei…aku tengah cakap dengan kau ni, bukan dengan tunggul…ada kena minah ni dengan aku kang”. Ria mengangkat senduk ke arahnya. Dania tergelak perlahan.
“ Gelak pulak…aku tanya ni, kau ke mana tadi…malam baru nampak muka”. Ria masih mahu mengetahuinya.
“ Aku?..mmm, tadi aku pergi…”. Kata-katanya mati di situ.
“ Kau ni apasal hah? Dah hilang ingatan ke apa…”. Ria menggaru perlahan kepalanya yang tidak gatal.
“ Tak de ke mana…aku pergi beli buku ni tadi”. Ujar Dania sambil mengunjukkan beg plastik kepada temannya.
“ Tak kan beli buku sampai ke malam…kau ni biar betul”. Ria masih tidak berpuas hati. Dania memang tidak mahu berterus terang. Kalau dia memberitahu perkara sebenar, sudah pasti Ria akan membebel sepanjang malam. Nanti dikatanya itu lah, ini lah, tidak sanggup Dania mahu menadah telinga mendengar leterannya. Sebenarnya selepas kes lelaki tadi menyerahkan buku kepadanya, dia memanjangkan langkahku memandu ke pantai. Di situ dia menangis lagi. Memang dia lemah. Masih menangisi perkara yang sama. Sengaja dia bersolat maghrib dan isyak di masjid. Dania tidak mahu Ria dan teman-teman yang lain tahu dia menangis lagi hari ini.
“ Minah ni…memang aku ketuk jugak dengan senduk ni kang…berangan tak habis-habis…dah lah…pergi mandi…kau dah makan ke belum ni?”. Angannya terhenti, dia menggeleng laju sambil tersenyum manja.
“ Kau masak apa hah Ria? Perut aku ni pun dah berkeroncong”. Dania mengintai-ngintai kea rah dapur namun dihalang oleh Ria.
“ Dah..dah, pergi mandi dulu…aku tunggu kau”. Ria menolak tubuhnya perlahan ke arah tangga.
“ Thanks…ni yang aku sayang sangat kat kau ”. Ujarnya sambil mencubit perlahan pipi temannya itu.
“ Yelah tu…”. Dania melemparkan senyuman sebelum melangkah menaiki tangga. Ria menyambung kerjanya di dapur. Ria memang pandai memasak. Tidak hairanlah Aqif, merangkap tunangannya amat menyayangi dirinya.
“ Ria!!”. Dania menjerit dari tingkat atas.
“ Ya!..kenapa?”. Ria juga meninggikan suara sepertinya tadi.
‘ Apa halnya lagi minah ni…terpekik-pekik dari atas ’. Ria mengomel sendirian sambil menuju ke arah tangga.
“ Maya dengan Naina mana?”. Dania merendahkan volume suaranya apabila ternampak kelibat Ria.
“ Kau ni…aku ingat apa tadi, terjerit-jerit dari atas…”. Ujar Ria sambil menggeleng perlahan. Dania tersenyum sambil menggaru kepala yang tidak gatal seperti Ria sewaktu dia baru pulang tadi.
“ Diorang semua keluar…macamlah tak kenal, bukan nak lekat dekat rumah…ditinggalnya aku sorang-sorang kat rumah”. Ria menyambung kata. Dania hanya membalas dengan senyuman.
“ Pergi mandi cepatlah minah woi…”. Dania terkejut apabila tiba-tiba Ria menjerkahnya.
“ Ok, bos…saya menurut perintah”. Dania mengangkat tangan, lagaknya seperti anggota polis tabik kepada ketuanya. Ria hanya tersengih. Dania segera berlalu ke bilik. Ria menuju ke dapur semula. Setelah selesai mandi, Dania segera turun ke dapur.
“ Wah…sedapnya lauk…rajinnya malam-malam ni kau masak ek…”. Dania mengambil tempat di hadapan Ria.
“ Banyaklah kau bodek…dah makan jelah…”. Ria menghulurkan sepinggan nasi kepada temannya. Dania tersenyum manja.
“ Kau tak keluar ke macam diorang?”. Dania menyuap perlahan nasi ke mulut.
“ Macam lah kau tak kenal si Aqif tu…tak de maknanya nak di ajak aku ni keluar malam-malam buta macam ni…itulah…inilah…macam pak ustaz”. Ria mengeluh perlahan.
“ Eh, baguslah…kau teringin ke keluar macam diorang-diorang tu?”. Dania sengaja memancing kata.
“ Tak lah jugak…Cuma kadang-kadang nak lah jugak merasa keluar waktu malam, bukannya buat apa…dulu masa mula-mula couple ada je keluar malam…sejak dah tunang ni, berat sangat nak ajak aku keluar…kalau aku ajak pun dia tak nak…susah mamat tu”. Ria mengomel lagi. Dania tahu Ria sekadar melepas rasa, sedangkan dia tahu Aqif berbuat demikian kerana bersebab. Sebabnya tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku.
“ Sabarlah ek…nanti dah kahwin mesti dia dah tak macam tu…tapi kan ada baiknya apa yang dia buat tu…betul tak?”. Dania menambah lauk. Ria memandangnya sambil mengangguk perlahan.
“ Aku tahu…tapi tu lah…tak pe lah…tutup cerita pasal aku, kau ke mana sebenarnya petang tadi?”. Dania tidak jadi menyuap nasi. Ria memandangnya hairan.
“ Mesti ada apa-apa yang kau rahsiakan dari aku kan?”. Ria merenungnya tajam. Dania menyudahkan nasi di pinggannya. Ria tidak memaksa.
“ Ok lah, aku tak paksa…”. Akhirnya Ria membuka kata apabila mereka masing-masing terdiam. Dania merenung sayu wajah temannya itu.
“ Tak lah…aku tak ke mana, saja pergi pantai ambil angin…”.
“ Kau…”. Ria tidak menghabiskan kata-katanya.
“ Tak lah…kau tak payah fikir bukan-bukan…aku saja jalan-jalan”. Dania menutup kata. Dia tahu Ria tahu tujuannya ke pantai. Ria juga pasti tahu dia menangis di situ. Namun Dania tidak mahu temannya itu terus menganggapnya sebegitu.
“ Betul?”. Ria mengangkat keningnya tanda menyoal.
“ Betul…kau ni…”. Dania tergelak menutup sendu di hati.
“ Kalau betul tak apa…”. Dia tahu Ria tidak mempercayainya, namun dia sengaja tidak mahu menambah kesedihannya. Ria mengemaskan lauk dan menyimpan dalam peti. Dania mencuci pinggan. Setelah selesai, Dania meminta diri ke atas, waktu itu Aqif menelefon Ria. Dania melabuhkan punggungnya di atas sofa di bilik. Pintu bilik sudah ditutup rapat dan dikuncinya. Suis lampu di matikan, lalu dia menghidupkan lampu tidur di sisi katil. Fikirannya melayang mengenangkan perisiwa siang tadi. Air matanya mengalir lagi. Ahh…dia terlalu beremosi. Sudahnya, dia bangkit dan menyambung tangis di katil sehingga tertidur. Lemahnya dia!

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 4

Ariff pulang lewat malam itu. Sengaja dia berbuat demikian tanpa memberitahu Sara. Sara pula tidak menelefon untuk bertanya. Baginya suaminya berhak melakukan apa sahaja. Walau hatinya agak membantah keras tindakan suaminya itu yang tidak seperti selalu, namun dia tidak mahu mengambil kisah. Apa yang dia mahu, suaminya tidak mendesak yang bertentangan dengan kehendaknya, dia sudah bersyukur.
“ Awak dah makan?”. Ariff tidak mengendahkan pertanyaan Sara. Dia terus naik ke atas dan masuk ke bilik untuk mandi. Sara hanya memandang sepi. ‘Dia marahkan aku ke’. Terdetik di hati Sara. Namun dia masih kaku di meja makan. Tidak berganjak sikit pun. Dan di situ dia termenung. Mengenangkan kenangannya bersama Zammil.
“ Am marah kat Sara ke?”. Zammil masih berdiam diri.
“ Am….please say something, I’m sorry ok?”. Zammil masih seperti tadi, tiada tanda-tanda untuk menjawab. Sara sudah mencebik. Zammil mengerling ke arah Sara tanpa disedari kekasih hatinya itu. Dia tersenyum dalam diam.
“ Ok lah…Sara salah, Am boleh hukum Sara”. Ujar Sara tanpa memandang Zammil.
“ Aik dia pulak yang merajuk…”. Zammil memandang Sara. Sara hanya diam dan menunduk.
“ Sara…Am tak marah…tapi Am tak nak Sara ulangi kesilapan yang sama setiap kali, Sara tahu kan Amir tu abang Am…Sara kena hormat dia sebagai abang Am…Am tahu Sara tak suka dia, tapi Am juga nak Sara tahu Am tak suka apa yang Sara lakukan tadi. Amir akan jadi sebahagian daripada keluarga dan hidup Sara suatu hari nanti, Am tak nak timbul perkara yang tidak sedap didengar nanti.”.
“ Tapi Am tahu kan, dia yang buli kawan Sara dulu, Sara geram..geram tahu tak?”.
“ Sara…dia dah insaf. Sara pun boleh Nampak kan…jangan simpan dendam Sara, Am bukan nak bela sebab dia abang Am, tapi Am nak Sara fikir apa yang patut dan tak patut Sara lakukan, apa yang Sara buat tadi memalukan dia…tak baik buat macam tu”. Sara hanya menunduk. Kemudian dia mengangkat muka dan keluar dari kereta. Zammil memandang perlakuan Sara. Dari jauh dia melihat Sara melangkah masuk ke dalam restoran, namun dia berpatah balik dan menuju ke arahnya.
“ Temankan Sara boleh?” Ujar Sara sambil mencemikkan mukanya tanda memohon simpati. Zammil tersenyum dan mengikut Sara. Dengan jelas Zammil dapat melihat dan mendengar Sara meminta maaf kepada Amir. Amir hanya mengangguk dan tersenyum lalu memandang Zammil. Sara juga berbuat demikian. Akhirnya mereka sama-sama tergelak. Saat itu paling bahagia dirasakan apabila dia dapat berganding sama dengan kedua-dua beradik itu dengan mesra.
“ Abang doakan Sara dan Am bahagia hingga ke akhir hayat”. Amir menepuk-nepuk bahu Zammil dan memandang ke arah Sara. Sara tersenyum bahagia. Zammil mengenggam erat tangannya. Saat itu dia merelakan. Dia benar-benar bahagia.
“ Sara…”.
“ Sara…”. Kali ini Ariff menyentuh bahunya. Sara terkejut lalu bangkit dari kerusinya. Ariff memandang pelik, namun dia mengambil tempat disebelah kerusi yang Sara duduk tadi.
“ Mmm…awak…awak nak makan?”.
“ Duduklah”. Sara hanya menurut. Lantas dia menyenduk nasi ke dalam pinggan suaminya.
“ Saya minta maaf tak telefon tadi…ada kerja kena siapkan sampai malam, sebab esok ada meeting”. Sara hanya mengangguk. Ariff memandang sekilas ke wajah Sara.
“ And saya minta maaf tak jawab soalan awak tadi…”. Kali ini Sara memandang tepat ke mata Ariff, namun apabila pandangan mata Ariff lama menikam matanya, dia tertunduk kembali.
“ Kenapa awak tak makan?”. Ariff pelik kerana Sara tidak menyentuh nasinya dalam pinggan, hanya dikuis-kuis dengan tangan. Sara terkejut, lalu menyuap nasi ke mulutnya.
“ Awak ada masalah ke? Saya sedia mendengar kalau awak perlukan saya, lagi pun kita kan suami isteri…masalah awak masalah saya juga”. Sewaktu Ariff mengucapkannya dia memandang tepat ke arah Sara. Sara hanya menggeleng. Waktu itu ada genangan air mata di tubir matanya.
“ Kita makan dulu…tak baik menangis depan rezeki sayang”. Hanya perkataan ‘sayang’ yang terlekat di pendengaran Sara. Waktu itu air mata Sara sudah merembes keluar. Tersedu-sedu Sara, Ariff kaget. Lantas Ariff bangun dan membasuh tangannya. Setelah itu dia berdiri di belakang Sara dan mengusap perlahan-lahan belakang Sara.
“ Sara..jangan macam ni…saya tak nak tengok awak selalu bersedih macam ni..”. Sara hanya menggeleng.
“ Maafkan saya”. Sara mengelap air matanya dengan hujung bajunya dan bangkit membasuh tangan. Lalu dia duduk kembali dan memandang ke arah suaminya.
“ Awak da siap makan? Maafkan saya…”.
“ Takpe..saya dah siap…”. Setelah itu dia hanya memandang Sara mengemaskan meja. Dia ingin membantu, namun dihalang oleh Sara.
“ Awak pergilah duduk depan, mesti awak penat kan…nanti saya bawakan air untuk awak”. Ariff memandang sepi wajah isterinya itu. Sungguh dia tersentuh melihat Sara menangis di hadapannya tadi. Akhirnya dia melangkah juga apabila didesak isterinya.