Pages

Friday, February 4, 2011

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 22

Kini kandungan Sara sudah berusia lima bulan. Namun dia masih bersikap dingin dengan Ariff. Baginya Ariff hanya melayannya dengan baik kerana bayinya sahaja. Ariff pula sudah buntu unutk memikirkan cara terbaik memujuk Sara. Sara langsung tidak memberinya peluang untuk dia memberi sepenuh kasih sayangnya terhadap isterinya itu. Sara tidak berkasar dengan Ariff, namun layanannya dingin. Ariff tidak mahu menambah kusut di hati dan fikiran Sara dengan bertanyakan hal itu. Ariff tahu Sara mungkin marah dengannya. Sara kini bukan lagi wanita yang selalu menangis, dia kini lebih tegas dan tabah.

“ Sara…biar abang buat…”. Ariff menegur apabila melihat Sara memegang pinggangnya sewaktu mencuci pinggan.
“ Tak pe…Sara boleh buat”. Ujar Sara tegas dan menyambung kembali kerjanya. Memang pinggangnya terasa sengal kerana dari tadi dia berdiri. Tetapi dia tidak perlukan simpati Ariff. Dia tidak ingin Ariff memanjakannya demi bayi yang dikandungnya. Ariff membiarkan. Walaupun Sara kini berbadan dua, dia masih ligat seperti dahulu, Cuma pergerakannya sedikit terbatas kerana perutnya sudah sedikit membesar. Hari minggu begini, mereka hanya menghabiskan masa di rumah. Bukan Ariff tidak mengajak Sara keluar bersiar-siar, namun Sara enggan. Alasannya penat. Sedangkan Ariff tahu, Sara sengaja tidak mahu.

“ Kenapa Sara?”. Ariff segera menghampiri isterinya apabila Sara menyeringai kesakitan sambil memegang perutnya. Sara hanya menggelengkan kepalanya. Ariff membantu Sara duduk. Tadi Sara berdegil mahu mengalihkan pasu bunga di laman rumah mereka itu sendiri. Pasu itu tidaklah berat sangat, namun memandangkan keadaan Sara sekarang, kerja mengangkat dan meletakkan pasu bunga itu agak sukar dilakukannya apabila terpaksa bangun dan duduk berulang kali untuk mengalihkan pasu bunga itu. Ariff sudah berulang kali menghalang, tapi Sara tetap berkeras.

“ Abang dah kata tadi kan…Sara degil…”. Ujar Ariff lembut sambil mengelus perut isterinya perlahan. Sara hanya memandang sepi, tidak lama kemudian dia bersuara.
“ Sara tak apa-apa lah…”. Ujar Sara sambil menolak perlahan tangan suaminya. Ariff terasa dengan tindakan Sara, namun dia tidak mahu terlalu mengikut emosinya sekarang. Orang kata, wanita mengandung memang macam ni, agak beremosi. Tidak tentu anginnya. Sara cuba unutk bangun dengan susah payah. Perutnya tadi masih terasa senak.

“ Sara nak pergi mana?”. Ariff bertanya lembut.
“ Nak minum air…Sara dahaga..abang nak ke?”. Tanya Sara sambil merenung suaminya. Dia sebenarnya kesian melihat Ariff. Ariff terlalu baik. Ariff sudah berubah, dia kini lebih mengambil berat dan memberi perhatian terhadapnya. Namun, entah mengapa Sara merasakan Ariff berubah hanya kerana bayi yang dikandungnya sahaja. Selepas ini, pasti Ariff akan kembali seperti dahulu. Sara takut dia akan terbuai merasai kasih sayang Ariff, sedangkan nanti dia juga yang akan terluka. Dia tidak dapat menduga sikap Ariff. Dia juga tidak dapat membaca hati dan fikiran Ariff.

“ Tak pe…biar abang yang ambil….Sara tunggu sini”.
“ Tak…Sara boleh ambil sendiri…”. Sara tetap berkeras. Dia ingin bangkit, tetapi tubuhnya menghalang. Perutnya seperti mencucuk-cucuk.
“ Auhh…”. Sara mengaduh perlahan sambil memegang perutnya. Ariff merapatkan lagi dirinya dengan Sara.
“ Sara ok? Kalau tak kita pergi hospital”. Ujar Ariff cemas. Sara menggeleng lagi, tangannya masih diperut. Ariff menggenggam erat tangan Sara yang sebelah lagi. Sara memejamkan matanya. Dahinya berkerut menahan sakit. Tidak lama kemudian dia membuka matanya semula. Rasa sakit itu hilang sedikit demi sedikit.

“ Sara ok…tak pe”. Ujar Sara kemudian melemparkan senyuman. Ariff masih berwajah cemas seperti tadi.
“ Sara….”. Ariff menegur perlahan sambil merenung mata isterinya. Tangannya tadi masih erat menggenggam tangan Sara.
“ Tak lah…abang jangan risau ok…memang biasa macam ni…mungkin sebab pasu tu berat tadi…”. Ujar Sara sambil tangan yang ditekap diperutnya tadi di letakkan di atas tangan Ariff yang menggengam erat tangannya.
“ Sara pasti?”. Ariff bertanya lagi. Sara menganggukkan kepalanya dan mengalihkan tangan yang di atas tadi.
“ Tu lah, abang dah kata tadi…Sara degil, lain kali dengar cakap abang…”. Ujar Ariff risau. Sara melemparkan senyuman. Sungguh saat ini dia ingin sekali dipeluk suaminya. Namun akalnya menghalang. Sudah lama dia tidak merasa dakapan hangat tubuh suaminya. Bukan Ariff yang tidak pernah mahu melakukannya, tetapi dia yang selalu mengelak apabila Ariff ingin dekat.

“ Apa senyum-senyum? Abang serius tau…kalau apa-apa jadi pada Sara macam mana”. Ujar Ariff perlahan tapi serius. Senyuman Sara sudah tiada. Kini dia terasa dengan kata-kata suaminya. Ariff risau bukan kerana dirinya, tetapi bayi yang dikandungnya. Sara menarik perlahan tangannya yang digenggam Ariff tadi. Ariff memandang wajah isterinya kemudian menarik kembali tangan Sara tadi. Dia menarik kerusi dan mendekatkan dengan kerusi yang Sara duduk. Ariff duduk sambil menggenggam erat tangan isterinya. Sara hanya tunduk memandang lantai.
“ Sara…abang sayangkan Sara…abang tak nak kehilangan Sara dalam hidup abang…abang minta maaf sebab sebelum ni abang dah abaikan perasaan dan tanggungjawab abang pada Sara…maafkan abang ye”. Sara hanya memandang sepi.

“ Tak lah…jangan cakap macam tu, abang tak salah…tadi abang kata nak ambilkan Sara air kan…Sara dahaga sangat ni”. Ujar Sara lembut. Dia sengaja tidak mahu membincangkan perkara itu. Ariff merenung wajah isterinya sebentar, kemudian dia bangkit masuk ke dalam untuk mengambil air. Ada genangan air mata di tubir mata Sara, menitis juga air mata itu, namun cepat disekanya. Dia tidak mahu melayan perasaan saat ini. Dia sudah berjanji pada dirinya sendiri, dia akan kuat dan tabah. Tidak lama kemudian Ariff datang dengan membawa dua gelas air sarsi sejuk di tangan. Mereka masing-masing melayan perasaan sendiri. Ariff tidak lagi membangkitkan hal itu. Namun dalam dirinya sendiri dia berjanji dia akan berusaha membahagiakan Sara.

Thursday, February 3, 2011

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 21

“ Amboi kak…tak masam ke?”. Tegur Aizat kepada Sara apabila melihat Sara menggigit buah mempelam muda. Bukan satu, sudah tiga empat biji dimakan oleh Sara. Sara hanya menjeling adiknya.
“ Aik…jeling pulak, tengok kakak ni bu…” Ujar Aizat mengadu kepada ibunya. Ibu hanya tersenyum. Sara tersenyum gembira, namun dia masih mengunyah mempelam tadi.
“ Kenapa Ariff tak datang sekali Sara?”. Ibu bertanya sambil tangannya masih ligat mengacau kuah lemak cili api ketam. Sara beria menyuruh ibu memasaknya. Ibu pada mulanya pelik, selalu Sara tidak suka makan ketam, kerana dia kurang pandai mengupas kulitnya. Namun bila memikirkan keadaan anaknya sekarang, dia hanya menurut kehendak anaknya itu.

“ Entah…Sara tak cakap pun nak datang sini…lupa”. Ibu menjeling tajam anaknya. Sara hanya tersenyum simpul.
“ Hei budak ni…nanti Ariff tu cari kamu...telefonlah dia…kalau ye pun teringin nak makan ketam, bagi lah tahu suami kamu tu nak datang sini…”. Bebel ibu. Sara memuncungkan mulutnya. Aizat tergelak melihat aksi kakaknya. Waktu itu ayah tiba-tiba muncul. Semua yang ada di dapur memandang ayah.
“ Ariff telefon…dia cari kamu…dia kata telefon kamu tak dapat…kamu tak bagi tahu dia ke kamu ke mari?”. Sara mencari telefon dalam beg tangan di atas meja.
“ Bateri habis…”. Ujar Sara sambil menunjukkan telefonnya. Ayah menggelengkan kepalanya. Sara menundukkan wajahnya.

“ Maaf ayah”. Ujar Sara gugup.
“ Bukan pada ayah…pada Ariff”. Ayah menjawab pendek kemudian berlalu. Ibu mengusap perlahan bahu anaknya.
“ Dahlah…ayah kamu tu bukan marah…dia Cuma tak nak kamu bertindak macam tu lain kali…”.Pujuk ibu perlahan. Sara hanya mengangguk. Tidak lama kemudian Ariff sampai. Waktu itu mereka semua berada di ruang tamu.
“ Abang…”. Tegur Sara perlahan. Ayah dan ibu hanya memerhati. Ariff melemparkan senyuman. Ayah masih merenung tajam kepada Sara. Ariff merasa hairan.
“ Abang, Sara minta maaf…lupa nak bagi tahu abang tadi…lepas waktu pejabat terus datang sini…masa abang telefon, baterinya habis pulak…maaf ye”. Ujar Sara perlahan. Ariff menghampiri isterinya kemudian duduk di sisi Sara.

“ Tak pelah…tapi lain kali bagi tahu abang ..abang Cuma risau”. Ujar Ariff pula sambil memeluk bahu isterinya. Sara menundukkan wajahnya.
“ Sara ni bukan apa Riff…dia teringin nak makan ketam masak lemak cili api, sampai terlupa nak bagi tahu kamu”. Ibu bertindak membela Sara. Ariff mengeratkan pelukannya. Sara tidak selesa, namun dibiarkan. Kemudian dia merenung wajah isterinya. Setahunya Sara tidak suka makan ketam.
“ Jom makan…”.Ujar Sara. Ayah, ibu dan Ariff hanya tersenyum. Sara tidak mempedulikannya. Dia bangkit menuju ke dapur, dan diikuti oleh ibu. Ayah dan Ariff mengikuti tidak lama selepas itu.
“ Awalnya kita makan hari ni…”. Ujar Aizat sambil memandang kakaknya. Sara menjeling adiknya.

“ Tak nak makan lagi sudah…”. Balas Sara. Ibu hanya menggeleng. Sara sudah mula mahu makan. Ariff hanya memerhati. Ayah dan ibu pun mula menyuap nasi ke mulut. Sara terkial-kial ingin mengeluarkan isi ketam. Ariff mengambil ketam dalam pinggan Sara dan mengeluarkan isinya dari kulit kemudian memasukkan dalam pinggan Sara. Pada mulanya Sara menghalang, namun akhirnya dia hanya membiarkan. Kecur air liurnya memandang isi ketam itu. Ayah dan ibu sengaja tidak mahu memandang. Aizat tersenyum, namun disorokkan dari kakaknya. Sara makan dengan selera sekali. Ariff hanya tersenyum melihat isterinya.
“ Sedapnya bu…”. Ujar Sara lalu membasuh tangan di sinki. Ayah dan Ariff tergelak mendengarnya. Sara hairan.
“ Kenapa? Betul lah…”. Ujar Sara kemudian menolong ibunya mengemas meja. Ibu hanya tersenyum. Ayah, Ariff dan AIzat melangkah keluar dari dapur. Setelah siap berkemas Sara dan ibu bersama-sama menuju ke depan.
“ Kita solat maghrib dekat sini dulu lah Sara…lepas tu baru kita balik”. Ujar Ariff apabila melihat Sara dan ibu muncul dari dapur. Sara hanya menganggukkan kepalanya. Setelah selesai solat maghrib baru lah mereka pulang ke rumah dengan kereta masing-masing. Sara berkeras mahu memandu sendiri ke pejabat pagi tadi walaupun Ariff bertegas mahu menghantarnya. Ariff tidak mahu bertekak hanya kerana perkara sekecil ini. Sara kini sudah sedikit keras hatinya. Sukar mahu dihalang kehendaknya. Sudahnya Ariff hanya mengalah. Tidak mahu Sara merajuk hati, lagi-lagi dengan keadaannya waktu ini.

Rela Derita 1

" Kenapa kau sanggup mengetepikan hidup kau sendiri?". Soal Sakinah tidak puas hati.
" Kerana aku dah janji pada diri aku untuk membahagiakan dia". Balas Zara dengan yakin.
" Dengan mempertaruhkan kehidupan kau?".
" Tak…aku tak rasa macam tu…".Zara membelakangkan temannya.
"Kau bukan perempuan bodoh Ra, kau berpelajaran tinggi..tapi cara kau bertindak tak seperti apa yang kau miliki sekarang…". Sakinah bertutur lembut.
" Kau tak kan faham Kin, aku buat semua ni ada sebabnya". Zara mengalihkan pandangan kepada temannya.

" Sebab yang sampai kau terpaksa melepaskan dia demi kebahagiaan wanita lain?dengan membiarkan dia menjadi milik orang lain sebelum kau memiliki dia?kebodohan apa yang sedang kau cipta ni Ra?".
" Dia berhak Kin, aku hanya tunang dia…sedangkan wanita tu dah lama bertakhta dalam hati dia". Balas Zara lemah.
" Kenapa kau tak lepaskan saja diri kau daripada dia?kenapa pula sampai kau perlu menjadi orang ketiga antara mereka?".
" Aku bukan orang ketiga…ini takdir kami…antara aku dan dia perlu ada wanita tu…".
" Apa sebenarnya yang dah merasuk fikiran kau sehingga kau sanggup terima semua ni Ra?".Soal Sakinah tegas.Sungguh dia benar-benar terkejut dan marah dengan keputusan temannya itu yang sanggup membenarkan tunangnya sendiri menikahi wanita lain .

" Cinta…".
" Bodoh…aku betul-betul tak faham…cinta kau membuat kau lupa diri, kau hanya mencipta derita di kemudian hari Ra…bukan kau tak tahu kehidupan bermadu ni…".
" Kebodohan aku kerana aku menyintai dia…kebodohan aku kerana aku ingin mengecapi bahagia…kebodohan aku kerana membiarkan temanku sendiri berpaling daripada melihat temannya gembira". Zara separuh menjerit.
" Ra…aku sayangkan kau macam darah daging aku sendiri…tak mungkin aku tak nak lihat kau bahagia…". Sakinah cuba memujuk lembut.
" Ah, kau sama saja seperti mereka…tak pernah memahami aku…". Zara bingkas bangkit dan berlalu. Sakinah hanya menggeleng perlahan.
……………………………………………………………………………………………………………..

" Abang dah cakap dengan Mina, dia izinkan kita kahwin". Ujar Irfan lembut. Hakikatnya Zara berkecil hati dengan kata-kata itu. Seolah-olah dia benar-benar pendatang dalam hubungannya dengan Irfan.
" Sayang, kenapa ni?". Irfan bertanya lembut.
" Abang pasti dengan keputusan ni? Mina rela?". Soal Zara perlahan tapi sedikit tegas.
" Sayang ragu-ragu dengan abang?". Zara sekadar menggeleng.
" Zara serba salah…Zara…".
" Apa sayang merepek ni…serba salah pada siapa?".
" Entahlah…". Akhirnya Zara mengeluh.
" Pada Mina?". Irfan merenung wajah di hadapannya. Zara membalas renungan Irfan.
" Ok, maaf…sepatutnya abang menikahi Zara dulu sebelum Mina kan, sebab itu hak Zara".
" Hakikatnya Zara tetap perlu bermadu kan?". Irfan terpempan dengan persoalan wanita di hadapannya.

"Zara…". Tegur Irfan.
" Maaf…". Zara mengalihkan pandangan.
" Sayang nak macam mana lagi? Tak kan sayang nak abang ceraikan Mina kemudian kita kahwin dan Mina menjadi kedua selepas itu…". Ujar Irfan lembut. Dia sedar Zara sudah banyak berkorban untuknya. Zara sudah banyak menderita dan terluka kerananya.
" Abang tak akan faham…". Balas Zara.
" Ok…Zara cakap pada abang, apa yang abang perlu lakukan sekarang supaya hati Zara lega…".
" Zara tak nak apa-apa…apa yang Zara rasa sekarang, abang pergilah pada Mina dulu…Zara penat, penat sangat nak fikir semua ni…Zara nak sendirian". Zara seakan lemah dengan dirinya sendiri. Dia buntu dengan jalan yang dipilih dirinya.
" Marilah abang hantar Zara balik". Irfan serba salah melihat keadaan wanita di hadapannya.
" Abang baiklah dulu…Zara tak boleh selalu harapkan abang".
" Sayang…".
" Tak apa…abang baliklah, mesti Mina risau…Zara boleh balik naik teksi nanti". Putus Zara tegas.
" Abang risau Zara macam ni…abang hantar Zara balik ya, Zara boleh rehat di rumah".
" Realitinya tetap sama…abang pergilah…bagi ruang pada Zara untuk sendiri".
" Tapi sayang, abang…".
" Jangan paksa Zara marah abang, tolong…".

" Baiklah…abang balik dulu…apa-apa call abang, jaga diri". Irfan melangkah perlahan meninggalkan Zara. Sungguh hatinya berbelah bahagi antara dua wanita yang hadir dalam hidupnya. Antara Zara dan Mina, Zara lebih banyak terluka. Namun hatinya juga dimiliki Mina. Meninggalkan Zara bukan sesuatu dalam perancangannya. Dia tidak betah mengetepikan Zara begitu sahaja. Simpatinya pada Zara semakin menebal, sedang dia tahu luka di hati wanita itu semakin bernanah dan berdarah. ' Maafkan abang'.

Wednesday, February 2, 2011

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 20

Waktu Ariff sampai ke rumah petang itu, dia tidak melihat kelibat kereta isterinya, namun sewaktu Ariff mahu melangkah masuk ke rumah, tiba-tiba kereta Sara berada di hadapan pagar rumahnya. Namun Ariff dapat melihat bukan Sara yang memandu. Dua orang wanita keluar dari kereta itu. Ariff menghampiri pagar.
“ Mmm…suami Sara kan?”. Tanya Balqis lembut. Shahira hanya memerhati. Ariff menganggukkan kepalanya. Kemudian dia memerhatikan kereta Sara.
“ Kami tolong hantar kereta Sara…tadi Sara pengsan kat pejabat…”. Ujar Balqis lagi. Ariff merenung wajah wanita di hadapannya itu.

“ Sara …”. Hanya itu yang mampu diucapkan oleh Ariff. Namun ketara wajahnya bimbang.
“ A’a…Sara pengsan tadi…tapi kami dah bawa dia pergi hospital…dia ada dalam rumah”. Jawab Balqis sambil mengunjukkan ke arah rumah Ariff.
“ Dia…ok ke?”. ARiff bertanya risau. Waktu itu ada sebuah kereta berhenti berhampiran mereka. Shahira terus menuju ke kereta itu, Balqis pula masih tidak bergerak.
“ Mmm….awak..”.
“ Ariff…”. Ariff menjawab pantas apabila Balqis seperti mahu bertanya namanya.
“ Mm, Ariff…awak jagalah Sara baik-baik…dia tertekan sekarang…tak elok untuk bayi dalam kandungan dia…doctor pesan suruh bagi dia makan makanan berkhasiat, kandungannya lemah…mungkin sebab dia tertekan…saya bukan nak masuk campur, tapi saya selalu tengok muka Sara pucat…dia nampak macam ada masalah, kalau awak nak tahu…dia jarang keluar makan tengah hari sejak akhir-akhir ni…saya tak tahu apa masalah dia, tapi saya tahu dia memang agak tertekan”. Ujar Balqis panjang lebar. Ariff mendengar dengan tekun.

“ Maksud awak Sara mengandung?”. Tanya Ariff lagi bagi memastikan hal yang sebenar. Balqis menganggukkan kepalanya.
“ Ya…tapi dia pun baru tahu tadi…dua bulan, nah beg tangan Sara tadi tertinggal kat pejabat…dan ni kunci kereta”. Ujar Balqis sambil menghulurkannya kepada Ariff. Ariff menyambutnya.
“ Terima kasih…awak?”.
“ Saya Balqis…teman sekerja Sara…”. Ariff mengangguk perlahan.
“ Ok lah…saya minta diri dulu…tolong bagi perhatian pada Sara…saya simpati pada dia…”. Ujar Balqis lagi kemudian berlalu. Ariff hanya memerhatikan pemergian kereta yang dinaiki oleh mereka tadi sehingga hilang dari pandangannya. Kemudian dia memandu kereta Sara dan memarkir di laman rumahnya. Lantas selepas mengunci pintu pagar dan kereta, dia segera masuk ke dalam rumah. Dilihatnya Sara sedang tertidur di atas sofa di ruang tamu. Ariff menghampiri Sara dan melutut di hadapan Sara selepas meletakkan beg tangan dan kunci kereta di atas meja. Dia memanggil Sara perlahan. Sara membuka matanya, kemudian dia bangkit dari pembaringan.

“ Abang dah balik?”. Ariff mengangguk perlahan. Kemudian dia duduk bersebelahan Sara.
“ Tadi kawan Sara hantar kereta…dia kata Sara pengsan kat pejabat, kenapa tak telefon abang?”. Ariff bertanya lembut. Sara menggeleng perlahan.
“ Balqis kata Sara….”. Ujar Ariff lagi sambil menghalakan pandangannya ke perut Sara.
“ Abang dah tahu? Mm…dua bulan”. Sara ingin bangkit dari duduknya. Ariff menghalang.
“ Tak pe…Sara ok…”. Ujar Sara kemudian berlalu ke dapur. Beberapa minit kemudian dia kembali sambil membawa segelas air oren sejuk.
“ Nah…Sara nak naik atas dulu…solat, mandi….”. Ujar Sara, namun Ariff dapat merasakan kedinginan nada suara Sara. Ariff bangkit ingin mengekori langkah isterinya.

“ Abang minum lah dulu…rehat…Sara ok”. Sara berkata perlahan. Ariff duduk kembali. Sara terus berlalu ke atas. Ariff termenung di sofa, fikirannya melayang mengingati kata-kata Shakir di pejabat tadi dan sikap Sara sebentar tadi. Tadi selepas habis waktu kerja, dia ingin cepat pulang segera bertemu dengan Sara. Dia ingin meminta maaf dengan Sara atas layanannya sejak akhir-akhir ini. Dia bertekad akan berubah dan melupakan segala-galanya tentang Amira. Dia sayangkan Sara, dia cintakan isterinya itu. Namun, dia seperti kelu melakukannya apabila Sara seperti dingin dengannya. Memang silap dia kerana Sara bersikap begitu. pAsti Sara terasa hati, sakit hati, makan hati dan kecewa dengan apa yang berlaku. Bingung Ariff memikirkan apa yang seharusnya dia lakukan, dan sekarang Sara sedang megandungkan anaknya. Kesihatan Sara dan bayi dalam kandungan isterinya itu akan terjejas jika Sara terus tertekan seperti sekarang. Apabila mengingatkan kembali kata-kata Balqis, teman sekerja Sara, Ariff menyesal sendiri. Sara menderita kerananya. Sara tertekan juga kerananya. Rasa kesal itu berbekas di hatinya.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………

“Sara ok?”. Ariff mengusap perlahan belakang Sara. Sara mengangguk perlahan. Paip air ditutup, kemudian Sara menapak keluar dari bilik air sambil dipapah oleh Ariff.
“ Sara tak apa-apa…”.Ujar Sara kemudian bersandar pada bantal di atas katil. Wajahnya pucat. Tubuhnya terasa lemah. Ariff mengurut perlahan bahu isterinya.
“ Tak pe…abang boleh tinggalkan Sara…Sara Cuma nak rehat…”. Ariff merenung wajah isterinya. Sara melarikan pandangan. Sara mengurut dadanya perlahan. Tekaknya rasa loya yang teramat.
“ Sara tak payah pergi kerja lah hari ni…rehat je kat rumah ok?” Ariff mengusulkan cadangannya. Sara menggelengkan kepalanya.

“ Tak…Sara tak boleh cuti…abang pergilah mandi, Sara nak rehat kejap…”. Sara baring perlahan. Perutnya diusap perlahan. Matanya dipejam rapat. Ariff simpati melihat isterinya. Tepat jam 6.30 pagi Sara bangkit dari pembaringannya. Dia menapak ke bilik air untuk mengambil air sembahyang, kemudian dia menunaikan solat subuh dan diperhatikan oleh Ariff. Selepas itu Sara masuk semula ke bilik air untuk mandi. Sara bersiap seadanya. Ariff sudah berada di bawah. Sara bergegas turun ke bawah, namun langkahnya diatur perlahan menuruni tangga.

“ Sara mari…”. Sara terpegun melihat Ariff telah menyediakan sarapan untuknya. Ariff hanya menyediakan roti bakar disapu mentega dan air teh. Sara duduk di kerusi.
“ Minta maaf…Sara susahkan abang…”. Ariff merenung wajah isterinya.
“ Jangan cakap macam tu…dah memang tugas abang, makanlah…nanti kita lewat…hari ni Sara tak payah bawa kereta…abang hantar dan jemput Sara….”. Ujar Ariff kemudian menyuap roti ke mulutnya.
“ Tapi Sara…”.
“ Tak de tapi-tapi lagi Sara…dengar cakap abang…”. Ujar Ariff serius. Sara terdiam.
“ Makanlah…”. Ariff menyuruh lagi. Sara menyuap perlahan roti ke mulutnya, namun belum sempat habis sekeping roti, Sara bergegas bangun ke sinki dan memuntahkan apa yang dimakannya tadi. Ariff bangkit dan mengusap perlahan belakang Sara. Kemudian selepas Sara mencuci mulutnya, Ariff membantu Sara duduk di kerusi. Sara menarik nafas perlahan dan memejamkan matanya sebentar.Ariff hanya memerhati. Kemudian Ariff menghulurkan segelas air masak kepada Sara. Sara menyambut perlahan.

“ Jom…kita dah lambat ni”. Ajak Sara lalu bangkit dari kerusi. Ariff ingin membantu namun dihalang oleh Sara. Akhirnya Ariff menuruti langkah isterinya selepas Sara menyimpan roti tadi. Sara melangkah masuk perlahan ke dalam kereta suaminya setelah Ariff membukakan pintu kereta untuknya. Sara bersandar di kerusi. Ariff menghidpkan enjin kereta dan memulakan perjalanan. Sekali-sekala Ariff menjeling memandang Sara. Sara mengurut dadanya perlahan. Ariff menghentikan keretanya di hadapan pejabat Sara.
“ Betul ke Sara ok ni? Abang tengok muka Sara pucat je…”. Ariff berkata perlahan sambil merenung wajah isterinya.
“ Betul…Sara ok…biasa lah, perempuan mengandung memang macam ni…abang tak payah risau…nanti ok lah tu…”. Sara membalas perlahan. Ariff merenung tajam mata isterinya. Sara menundukkan wajahnya.

“ Sara pergi dulu”. Ujar Sara kemudian menghulurkan tangan untuk disalam. Ariff menyambut tangan Sara. Dia hanya memrhatikan Sara mencium tangannya, kemudian dia mengucup perlahan dahi Sara. Sara membiarkan. Ariff memang biasa berbuat demikian.
“ Sara hati-hati…ada apa-apa telefon abang”. Sempat Ariff berpesan sewaktu Sara mahu menutup pintu kereta. Sara mengangguk perlahan. Setelah melihat Sara sudah hilang dari pandangannya, Ariff memecut laju keretanya. Ariff tidak faham Sara seperti tidak suka dia mengambil berat. Kalau boleh Sara ingin selalu mengelakkan diri darinya.

Tuesday, February 1, 2011

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 19

“ Riff…”. Shakir menegur temannya itu yang sedang termenung. Ariff mengalihkan pandangannya kepada Shakir.
“ Kau ok?”. Shakir bertanya pula.
“ Ok…kenapa pulak?”.
“ Tak de apa-apa…saja Tanya.”. Shakir melemparkan senyuman.
“ Kau perasan tak…dah lama si Shila tak datang pejabat kan?”. Shakir sekadar mahu menghidupkan suasana. Bukan Shakir tidak perasan perubahan terhadap temannya itu sejak akhir-akhir ini.

“ Entah…bukan penting pun pada aku”. Ujar Ariff tidak bersemangat. Shakir melabuhkan punggungnya di kerusi di hadapan Ariff. Ariff sekadar memandang sepi.
“ Kau kenapa Riff? Aku tengok kau macam dah lain…ada masalah bagi tau aku…jangan terus macam ni…”. Shakir menyambung kata.
“ Aku tak de apa-apa lah…”. Ariff memandang jam tangannya sekilas. Sekarang sudah tiba waktu makan tengah hari.
“ Kau selalu macam ni…kau masih fikirkan tentang hal Amira lagi ke?”. Teka Shakir.
“ Kau tak pergi makan ke?”. Ariff membalasnya dengan soalan.
“ Tolong jawab soalan aku boleh tak?”. Ujar Shakir serius. Ariff mengeluh pendek.
“ Aku tak apa-apa ok…”.Ariff masih tidak mahu membuka cerita. Shakir merenung tajam temannya itu.

“ Masa aku lawat kau kat hospital hari tu, aku tengok kau macam dingin dengan Sara…korang berdua ada masalah ke?”. Ariff merenung kembali temannya itu.
“ Tak lah…kami ok je…dah lah…kau pergilah makan…aku ada kerja sikit nak buat”. Ujar Ariff serius.
“ Kau memang dah lain Riff…”. Balas Shakir kemdian berlalu. Ariff hanya memandang dengan ekor matanya pemergian Shakir. Dia tahu Shakir marah kepadanya, selalunya walau dihalau bagaimana sekalipun Shakir tetap tidak akan pergi, namun kali ini tidak. Ariff juga tidak tahu mengapa dia berkelakuan sedemikian. Sejak akhir-akhir ini wajah Amira selalu hadir di ruang fikirannya. Hidupnya selalu tidak tenang memikirkannya. Dia juga tahu layanannya terhadap Sara juga sudah tidak seperti dahulu. Bukan sebab dia tidak lagi sayangkan Sara. Sungguh dia menyayangi isterinya itu. Sebab itulah dia lebih suka mendiamkan diri dan menyendiri kerana apabila mereka meluangkan waktu bersama pasti Sara akan berkecil hati apabila Ariff tidak dapat mengawal emosinya.

Dia tahu tidak sepatutnya Sara dilayan sebegitu, namun dia merasakan itu adalah lebih baik daripada dia mengasari isterinya . Dia Cuma perlukan ruang dan waktu untuk bersendiri. Dia perlu mendapatkan ketenangannya semula. Dia perlukan masa untuk melupakan segalanya dan menerima hakikat Amira yang dicintainya dahulu berada di sekelilingnya dan dia harus berdepan dengan kenyataan bahawa dia akan melihat Amira dengan Adam bersama. Entah mengapa semakin sukar dia menerima kenyataan itu. Dulu selepas Amira pergi, dia boleh sedikit demi sedikit melupakan dan menerima hakikat itu. Namun ketika ini begitu susah dia ingin melakukannya apabila wajah itu sering hadir di ruang mata dan fikirannya. Ariff bermonolog sendirian sehinggalah rakan sepejabat berada di hadapannya. Begitu lama dia berkhayal.
“ Riff…ni Shakir suruh bagi kat kau…”. Tiba-tiba Taufik berada di hadapannya sambil membawa satu plastic berisi satu bungkus nasi. Ariff terkedu. Apabila Taufik ingin keluar dari biliknya, Ariff bersuara perlahan.

“ Terima kasih Fik…”. Ujar Ariff sambil melemparkan senyuman.Taufik sekadar membalas senyuman itu sambil menganggukkan kepalanya. ‘Kau memang kawan dunia akhirat aku Kir’. Ucap Ariff dalam hati. Lantas dia bangkit dan menuju ke bilik Shakir. Waktu itu Shakir kelihatan menghadap computer di hadapannya. Ariff terus masuk dan duduk di kerusi berhadapan Shakir. Shakir meneruskan kerjanya. Dia perasan kehadiran temannya itu, namun sengaja dia membiarkan Ariff memulakan bicara.
“ Kir…terima kasih…aku…”. Akhirnya Ariff bersuara.
“ Sudah lah Riff…aku tak ambil hati pun…tapi Riff, kalau kau layan Sara macam ni mesti dia berkecil hati dengan kau…perempuan ni sensitifnya lain sikit tau…”. Ujar Shakir serius. Ariff merenung temannya itu. Shakir membalas renungan itu.
“ Masalah kau pasal Amira lagi kan?”.

“ Aku sendiri bingung Kir…sejak akhir-akhir ni dia selalu hadir menghantui hidup aku…aku tahu dalam hati aku Cuma ada Sara, tapi aku tak tenang bila fikirkan pasal dia…entahlah…aku sendiri tak tahu sampai bila…”. Ujar Ariff lantas menundukkan kepalanya memandang lantai.
“ Kau kata kau sayang Sara, hati kau hanya ada dia…tapi kau tahu tak kau sedang menyeksa dia sekarang? Sanggup kau tengok dia merana Riff? Aku dapat tengok dia sayangkan kau Riff…masa kat hospital hari tu…betapa setianya dia temankan kau…aku tahu perempuan macam dia bukan jenis hipokrit menzahirkan kasih sayang dia pada orang yang dia sayang…kau lebih kenal dia dari aku Riff, aku dapat rasakan dia ikhlas menyayangi kau…kau tak nampak ke Riff?”. Shakir menyambung kata. Ariff memandang tajam temannya itu.

“ Mana kau tahu? Mungkin dia masih cintakan kekasih dia dulu”. Ariff membalas sarkastik. Shakir hanya menggelengkan kepala.
“ Kenapa kau buta nak menilai semua ni Riff? Tak nampak ke kau keikhlasan pada mata dia…tak guna aku nak cakap banyak…Amira tu dah jadi milik orang lain tahu tak…sedarlah Riff…lupakan dia…terima hakikat tu…kau sekarang dah ada Sara…isteri yang kau kata kau sayang…ucapan sayang jika hanya di mulut tanpa diterjemahkan dengan perbuatan tak kan ada makna apa-apa Riff…aku kenal kau…kau bukan lelaki jenis menghancurkan hidup orang lain…tolonglah jangan sia-siakan Sara…aku tak nak kau menyesal nanti”. Ujar Shakir panjang.

“ Aku…”. Kata-kata Ariff terhenti di situ.
“ Kau tahu tak Riff…kau yang seksa diri kau sendiri…dan kau mengheret Sara sama terlibat…jangan terlalu diikutkan perasaan kau tu…lepaskan Amira…bebaskan dia dari segenap ruang hidup kau Riff…selagi kau terus macam ni, kau tak kan tenang…redha Riff…minta lah petunjuk dari Allah…aku tahu kau bukan jenis orang yang tinggalkan solat…tapi dalam hal ni juga kau perlukan bantuanNya…”. Shakir membalas panjang seperti tadi. Ariff masih membisu.
“ Aku tahu kau tak mengasari Sara…tapi layanan dingin kau pada dia…sikap tak endah kau pada dia…kau perasan tak Riff…semua tu menyakitkan hati dia…aku nampak dia menangis Riff lepas keluar dari wad kau ditempatkan…tak kan sebab lain…mesti sebab kau…bila aku dekat, dia kesat air mata cepat-cepat dan lemparkan senyuman pada aku…kau tahu tak dia pendam perasaan Riff…memang kau rasa kau tak salah…tapi kau sedar tak kau dah melukakan hati seorang wanita bergelar isteri yang sah kepada kau…”. Shakir menyambung kata apabila dilihatnya Ariff masih membisu. Ariff mengeluh perlahan. Shakir bangkit menghampiri temannya itu dan menepuk perlahan bahu Ariff. Ariff mendongak dengan pandangan seribu pengertian.

Saturday, January 29, 2011

RuAnG rInDu 7

‘ Salam, selamat pagi…moga hari ini dirimu mempunyai semangat baru dan kekuatan baru ’. Dania membaca mesej yang baru masuk. Pengirimnya adalah orang yang sama. Dia ingin mengetahui pemilik nombor ini, namun hatinya menghalang. Akhirnya dia hanya membiarkan.
“ Nia…jom minum?”.
“ Aku kenyanglah Ria…kau pergi dengan diorang je ya?”. Pelawaan temannya itu ditolak lembut. Ria akhirnya mengangguk. Dania tahu Ria sengaja tidak mahu memaksa. Dia meneruskan kerjanya. Rutinnya perlulah padat bagi memastikan dirinya tidak punyai ruang dan peluang untuk memikirkan hal itu. Dania nekad mahu belajar terima kenyataan.
“ Dania…” Dania menghalakan pandangan kepada pemilik suara.
“ Masuk bilik saya ”. Dania hanya mengangguk. Dia adalah ketuanya di sini. Langkahnya diatur sopan menuju ke bilik ketuanya itu.
“ Ya encik, ada apa-apa yang perlu saya buat?”. Dania berlagak tenang.
“ Duduklah dulu…”.
“ Saya nak hantar awak pergi kursus ke Terengganu…awak tak ada masalah kan?”. Encik Rashid bersandar di kerusinya.
“ Saya seorang je ke encik? ”.
“ Tak…awak dengan Fauzi”. Balas Encik Rashid pendek.
“ Kami berdua je?”.
“ Ya…kamu berdua, kenapa kamu ada masalah ke tentang itu?”.
“ Eh, tak adalah encik…Cuma..”. Kata-kata Dania dipintas.
“ Cuma apa?”.
“ Tak de apalah encik…ok lah…bila kami kena pergi encik?”.
“ Esok..”.
“ Esok?”.
“ Ya”.
“ Ok lah encik, kalau macam tu”.
“ Ok, itu je saya nak bagi tahu, awak boleh keluar sekarang, butiran lanjut pasal kursus tu awak ambil pada Raihana”.
“ Baik, encik…terima kasih”. Dania melangkah keluar. Sejurus keluar, dia melabuhkan punggung di tempatnya. Waktu itu kelihatan Ria dan teman-teman yang lain baru pulang dari minum pagi. Ria menghampirinya.
“ Kenapa bos panggil?”. Ria mengangkat keningnya.
“ Aku kena pergi kursus”. Balasnya pendek acuh tidak acuh.
“ Kau seorang je?”. Ria masih berminat bertanya.
“ Tak. Dengan Fauzi…kat Terengganu”. Ria tergelak kecil.
“ Kenapa kau gelak?’. Soal Dania sambil tersenyum.
“ Kau pun tahu kan kenapa aku gelak…”. Akhirnya mereka sama-sama tertawa.
“ Bila kau kena pergi?”. Tanya Ria lagi.
“ Esok”.
“ Mak ai, esok nak pergi…hari ni baru bos bagi tahu, biar betul bos tu”.
“ Entah…tak pelah…”. Kelihatan Raihana menghampiri mereka berdua.
“ Dania…nah butiran pasal kursus tu”. Ujar Raihana sambil menghulurkan butiran itu .
“ Fauzi dah tahu ke Ana?”. Soal Dania sambil menyambutnya.
“ Dah…bukan main suka lagi bila dapat tahu pergi dengan kau Nia…bertuahlah badan”. Raihana melemparkan senyuman. Ria juga turut tersenyum. Dania menjeling geram.
“ Jangan nak mengada lah korang ni…aku tak nak pergi dengan dia, aku nak memandu sendiri”. Balasnya tegas. Mereka tergelak lagi.
“ Kenapa pula?”. Tiba-tiba satu suara mencelah. Mereka bertiga terkejut apabila tiba-tiba Fauzi mencelah entah dari mana munculnya.
“ Dania…kenapa tak nak pergi dengan saya sekali? Kan lebih senang naik satu kereta…”. Lembut sahaja bahasa lelaki ini. Dania melemparkan pandangan kepada Raihana dan Ria.
“ Dia saja nak memandu sendiri…tak salah kan, biarlah dia”. Ria cuba membantu. Dania tersenyum dalam sembunyi.
“ Tapi…”. Kata-kata Fauzi cepat dipintas oleh Dania.
“ En. Fauzi…senang cakap macam inilah…saya ada hal nak settle, so lebih senang saya memandu sendiri…”.
“ Saya tak de masalah kalau nak hantar awak pergi mana-mana, so apa salahnya kita naik sekali”. Fauzi masih tidak mahu mengalah.
“ Maaflah…saya dah buat keputusan, dan keputusan saya itu muktamad…maaf, saya nak pergi tandas”. Dania segera bangkit dan beredar.
“ Salah ke apa saya cakap?”. Fauzi bertanya kepada Ria dan Raihana. Mereka berdua mengangkat bahu sambil tersenyum.
“ Dania tu sentiasa berangin kan…tak pernah tengok dia ceria…asyik bermurung je saya tengok…kat rumah pun macam tu juga ke Ria?”. Tanya Fauzi serius kepada Ria.
“ Kenapa kau tanya?”. Ria memulangkan soalan.
“ Saja lah…nak tahu, kenapa tak boleh?”.
“ Boleh…tak de lah…dia biasa je…kau yang tak kenal dia kot”. Balas Ria sambil tersenyum. Sengaja dia tidak mahu teman sepejabat tahu masalah Dania.
“ Macam mana nak kenal, baru nak dekat sikit…dia dah lari…”. Ria dan Raihana tergelak mendengar jawapan Fauzi. Fauzi hanya memerhati.
“ Dah lah…jom buat kerja”. Ujar Raihana tegas. Ria mengangguk tanda setuju. Mereka berdua berlalu pergi dari meja Dania. Fauzi merengus geram. Namun akhirnya dia juga melangkah longlai meninggalkan meja Dania.

…………………………………………………………………………………….....
Dua hari berkursus cukup membuatkan Dania terasa penat. Bukan penat berkursus, tetapi penat melayan karenah si Fauzi. Jika diikutkan hatinya, mahu saja dia menengking Fauzi. Tidak habis-habis merimaskan dan menyerabutkan kepala otaknya. Letih rasanya terpaksa berhadapan dengan orang sebegitu. Memang bukan salah Fauzi menyukainya, namun sungguh dia benar-benar rimas dengan sikap lelaki itu. Terlalu mengambil berat. Itulah, inilah…huh. Senang cakap belum apa-apa sudah hendak mengawal itu ini. Seharusnya begitu, begini. Jangan begitu, patut begini. Pelik dia dengan perangai lelaki itu. Sepanjang kursus asyik mahu berkepit sahaja dengannya. Bukan sekali dua Dania melarikan diri, tetapi orang macam Fauzi memang muka tebal, tidak faham bahasa. Nasib baik dia tidak menumpang keretanya, kalau tidak lagi porak-perandalah hidupnya.
“ Dania, nak balik dah ke…jomlah balik sama, saya drive belakang awak”. Tiba-tiba satu suara yang amat cukup dikenali menghentikan lamunan Dania. Dania memandang pemilik suara geram.
“ En. Fauzi…saya ni bukan isteri awak yang perlu di jaga dan dilindungi”. Ujarnya tegas.
“ Kalau isteri, lagi istimewa layanan saya Dania…”. Balas Fauzi sambil tersenyum nakal. Dania menjeling geram. ‘Gatalnya lelaki ini. Menyampah.’ Dania menyumpah dalam hati.
“ Jangan marah, nanti cepat tua”. Ujar Fauzi menambah rasa sebalnya terhadap lelaki itu.
“ Dah lah, pergi balik…”. Ujar Dania sambil menutup bonet kereta.
“ Nak baliklah ni…jom”. Fauzi sengaja menyeksanya lagi. Dania menghentakkan kaki tanda protes. Fauzi pura-pura tidak nampak.
“ Saya nak membeli-belah sikit untuk kawan-kawan kita…jomlah kita pergi sama-sama”. Fauzi masih ada hati untuk bersamanya. Memang Dania akan bertambah gila jika menerima pelawaannya.
“ Saya ada hal…awak pergilah seorang ok…bye”. Dania segera memasuki kereta, lantas menghidupkan enjen. Fauzi pula kelihatan masih memerhatikannya. Sengaja dia pasang radio sekuat yang mungkin. Akhirnya hatinya lega apabila lelaki itu akhirnya melangkah ke keretanya dan memandu pergi. Huh. Tiba-tiba telefon Dania berdering. Dia melihat nama pemanggil di skrin. Darahnya menyirap. Memang muka tembok lelaki ini. Namun dia tetap menjawab panggilan itu.
“ Awak nak apa lagi…saya sibuk ni”. Tanpa salam terus sahaja Dania menerjah Fauzi dengan bahasanya yang kasar. Padan muka. Geram sungguh dia pada orang yang memang tidak faham bahasa ini.
“ Marah ke?”. Fauzi bersuara lembut.
“ Tak lah…suka sangat…”. Dania menekan suaranya. Fauzi tergelak kecil di hujung talian.
“ Awak marah pun, tetap manis…saya suka”.
“ Jangan nak merepeklah Fauzi…saya tak sukalah awak ganggu saya macam ni…”. Fauzi hanya senyap. Mungkin terasa dengan kata-katanya.
“ Ok lah…saya nak letak…bye, assalamualaikum”. Akhirnya Dania memberi kata putus.
“ Nanti…”. Fauzi bersuara akhirnya.
“ Hati-hati memandu ya…ada apa-apa call saya, bye…take care, assalamualaikum”. Fauzi mematikan talian. Geli telinga Dania mendengarnya. Aduhai baik punya bahasa, manisnya madah. Tetapi tetap membuatnya rasa sebal dan rimas terhadapnya. Nasiblah Fauzi. Dania mahu bergerak pergi, namun telefonnya berdering lagi. Dia mengeluh geram. Segera dijawab tanpa melihat skrin telefonnya.
“ Awak ni tak faham bahasa ke hah? Saya dah kata tak suka awak ganggu saya…tak kan itu pun awak tak faham lagi, awak tahu tak rimas? Lemas saya dengan perangai awak…awak fikir saya ni siapa? Isteri awak ke hah? Dengar sini baik-baik, saya bagi amaran pada awak, jangan ganggu saya lagi…terus terang saya kata, saya tak suka awak…menyampah lagi ada…cukup?”. Dania menarik nafas. Tiada suara di hujung talian. ‘Tahu pula senyap. Sudah faham bahasa agaknya’. Getus hatinya. Tiba-tiba ada suara memberi salam.
“ Assalamualaikum…”. Tetapi suara itu bukan milik Fauzi. Dania mengalihkan telefon dari telinga, dan dilihat nombor pemanggil di skrin telefon. Memang bukan nombor Fauzi. ‘Alamak.’ ‘Aku marah pada siapa tadi’.
“ Wa’alaikumsalam”. Dania menjawab lambat.
“ Awak marah pada saya ke?”. Pemilik suara bertanya perlahan.
“ Eh, tak…saya…”. Dania kematian kata.
“ Owh…ingat awak marah pada saya tadi…”.
“ Maaf, awak siapa…nak cakap dengan siapa?”. Dia bertanya berhati-hati. Malu sebenarnya memarahi orang yang tidak dia kenali.
“ Dania…”. Dania tersentap. Dia pelik kerana pemanggil itu tahu namanya. Tetapi dia tidak mengenali pemilik suara ini.
“ Awak siapa?”. Suaranya masih lembut.
“ Tak apalah…agaknya angin awak memang tak elok sekarang…saya tak nak kacau…bye, nanti kita cakap lagi… assalamualaikum ”. Dia mematikan talian. Tiba-tiba darahnya menyirap kembali. Siapa pula kali ini. Dia meneliti semula nombor pada panggilan masuk. Macam pernah dilihat nombor ini. Tapi dia tidak ingat di mana. Namun tidak sampai seminit, dia membuka peti mesej. ‘Ya, inilah pemilik yang selalu menghantar mesej-mesej semangat terhadapku. Dia rupanya, tapi siapa dia’. Rupanya sudah lama dia menghidupkan enjin tanpa menggerakkan kereta. Akhirnya dia meletakkan telefon di sisi, dan mula memandu. Persoalan tadi dibiar sepi. Dia terus memandu ke Pantai Cahaya Bulan. Sudah lama dia ingin ke sana.

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 18

Sara duduk di sofa bersebelahan Ariff selepas meletakkan cawan berisi air nescaffe di hadapan Ariff. Ketika itu Ariff sedang menonton televisyen. Sara memandang sekilas kepada suaminya. Ariff perasan, namun sengaja dia membiarkan. Hatinya tidak tenang. Walaupun dia sedang menonton televisyen, sebenarnya fikirannya melayang ke lain.
“ Abang…”. Panggil Sara perlahan.
“ Mmm…”. Ariff hanya menjawab perlahan, matanya masih menghala ke televisyen.
“ Abang sebenarnya ada masalah ke?”. Tanya Sara lagi. Ariff mengalihkan pandangannya kepada Sara.
“ Masalah? Masalah apa pulak…tak de lah”. Ariff menjawab perlahan tapi serius.
“ Kalau abang tak de masalah, kenapa Sara tengok abang dah lain…Sara bukan nak merungut, tapi kalau Sara ada salah apa-apa, bagi tahu Sara…”. Lantas Ariff menggeleng.
“ Sara tak de salah apa-apa…dah lah Sara…pergilah tidur”. Ariff menjawab serius seperti tadi.
“ Kita tak boleh terus macam ni…kita kena selesaikan perkara ni”. Ujar Sara tegas. Ariff merenungnya tajam.
“ Perkara apa yang kita nak selesaikan Sara? Kita tak pernah bergaduh pun kan…apa yang Sara nak?”. Tanya Ariff agak lembut. Sara cuba membalas renungan suaminya, namun akhirnya dia kalah.
“ Sara pasti abang tahu apa maksud Sara…abang betul-betul dah lain, kalau Sara salah terus-teranglah bang…jangan layan Sara macam ni…”. Sara sudah bersuara sendu. Ada genangan air mata di tubir matanya. Ariff mengalihkan pandangannya, dia sebenarnya tidak sanggup melihat Sara menangis.
“ Cakap lah bang…jangan diam macam ni…apa yang tak kena?”. Tanya Sara lagi. Ariff memandang isterinya semula.
“ Sara…tak de apa yang tak kena dengan kita…apa yang abang nak Sara tahu, abang sayangkan Sara”. Ujar Ariff lembut sambil memegang bahu isterinya. Waktu itu Sraa sudah menangis. Ariff mengelap air mata yang mengalir di pipi isterinya dengan tangan.
“ Sshhh….jangan nangis sayang, abang tak nak tengok Sara menangis macam ni…”. Ujar Ariff lagi sambil mengelus perlahan bahu Sara.
“ Apa salah Sara bang? Kenapa perkahwinan kita mesti macam ni…abang cakaplah kalau abang tak lagi perlukan Sara”. Ujar Sara sambil tersedu-sedu. Ariff menarik Sara dalam pelukannya.
“ Sara, abang tak suka Sara cakap macam tu…dahlah…jangan menangis…abang tak suka Sara bazir air mata macam ni…sshhh…”. Sara melepaskan pelukannya dari Ariff.
“ Abang masih cintakan Amira?”. Tanya Sara dengan air mata yang masih bersisa. Ariff memandang tajam wajah isterinya.
“ Apa Sara cakap ni? Kan abang kata, abang Cuma sayangkan Sara sorang je…jangan tuduh abang macam tu”. Ujar Ariff tegas, namun otaknya ligat berfikir dari mana Sara mengetahui segalanya.
“ Tapi hati abang masih untuk dia kan? Abang tak dapat lupakan dia kan”. Ujar Sara dalam gugup. Ariff merenungnya tajam.
“ Boleh tak Sara jangan merepek bukan-bukan…dah lah, pergi naik tidur…tinggalkan abang sendiri”. Ujar Ariff tegas. Sara menjauhkan duduknya dari Ariff.
“ Sara tak faham…kenapa abang tetap nak macam ni”. Sara masih berani membidas.
“ Sara…dah lah…jangan paksa abang berkeras…abang tak nak berkasar dengan Sara…”. Ujar Ariff lembut. Sara merenung suaminya, air matanya mengalir lagi. Dia bangun kemudian mengatur langkah menuju ke biliknya di atas. Ariff hanya memerhati. Dia tahu Sara berkecil hati. Dia tahu pasti Sara akan menangis sepanjang malam, namun entah mengapa hatinya tega dan keras untuk mengatur langkah ke atas memujuk isterinya. Dia sendiri bingung. Hatinya luluh memperlakukan isterinya sebegitu, namun dia kalah dengan emosinya sendiri. Kadang-kadang dia membenci dirinya sendiri kerana melayan Sara, isteri yang disayanginya begitu. Hubungan mereka berlanjutan begitu. Ariff mengambil sikap mendiamkan diri, Sara juga begitu. Masing-masing dengan hal tersendiri. Walaupun begitu, Sara masih menjalankan kewajipan zahirnya seperti biasa.

………………………………………………………………………………………………………………………………………
“ Kau ok Sara?”. Balqis teman sekerja Sara bertanya.
“ Ok…”. Sara membalas lemah. Kepalanya berdenyut-denyut, namun dia cuba menyelindungkannya dengan senyuman.
“ Aku tengok muka kau pucat…kau tak sihat ke?”. Sara hanya menggelengkan kepalanya.
“ Aku sihat…”. Ujar Sara lantas melemparkan senyuman kepada teman sekerjanya itu. Kelihatan senyuman itu dalam keterpaksaan.
“ Kau ada masalah ke?”. Balqis masih lagi berminat untuk bertanya tentang keadaan temannya itu.
“ Aku ok lah…tak ada apa-apa masalah…kau ni…”. Sara tersenyum lagi. Balqis sekadar menggelengkan kepalanya.
“ Ye lah tu…ok lah…tak apa kalau macam tu…tapi kan cuba kau tengok muka kau kat cermin…serius…pucat”. Ujar Balqis dan berlalu. Sara mengatur langkah ke tandas. Dilihat wajahnya di cermin. Memang pucat. Pagi tadi dia langsung tidak menjamah apa-apa. Dia sekadar menyiapkan sarapan untuk Ariff, itu pun tidak diusik oleh Ariff. Katanya dia sudah terlewat. Sara tidak memaksa. Sara mengemaskan baju yang dipakainya. Kemudian dia membelek wajahnya semula, dia cuba tersenyum manis. Sara melangkah keluar dari tandas. Tiba-tiba kepalanya terasa berdenyut-denyut lagi. Kerap dia sakit kepala begini sejak akhir-akhir ini. Dia berjalan menghampiri dinding dan bersandar padanya. Sebelah tangannya memicit-micit kepala yang berdenyut tadi. Penglihatannya terasa kelam dan kabur. Tiba-tiba dia rebah ke lantai. Waktu itu Balqis yang kebetulan lalu di situ segera menghampirinya dan terjerit perlahan.
“ Sara!!”. Tubuh Sara dipangku perlahan. Pandangan Sara terus gelap. Dia tidak sedarkan diri. Balqis agak cemas apabila melihat Sara tidak sedarkan diri. Pipi Sara ditampar perlahan, Sara masih tidak bergerak. Balqis semakin kaget melihat keadaan temannya. Lantas dia menjerit memanggil rakan sekerjanya yang lain. Mereka yang mendengar terus mengerumuni Sara dan Balqis.
“ Kenapa?”. Ada satu suara dalam ramai-ramai itu.
“ Sara…dia pengsan…entah, tolong call ambulans cepat…”. Ujar Balqis panik.
“ Ada apa ni?”. Tiba-tiba Khairul, Timbalan Pengarah mencelah.
“ Mmm…encik,ni …Sara pengsan…saya tak tahu, tiba-tiba dia jatuh…tapi tadi memang muka dia pucat…bila saya Tanya…”. Kata-kata Balqis terhenti apabila Encik Khairul memintas.
“ Sudah…jom kita bawa dia ke hospital”. Ujar Khairul lantas menyuruh Balqis dan Shahira memapah Sara ke keretanya. Setelah Sara berada di dalam kereta ketuanya itu, Balqis segera masuk ke dalam kereta di sisi Sara dan memanggil Khairul.
“ Jom encik…”. Encik Khairul merenung pekerjanya itu. Balqis membalas renungan ketuanya itu dan bersuara.
“ Jangan pandang saya macam tu, saya temankan Sara…nanti senang kalau apa-apa, saya bukan nak ambil kesempatan ponteng kerja…dah lah encik, cepat…saya risau ni…”. Ujar Balqis tergesa-gesa. Khairul terus masuk ke tempat duduk pemandu dan memecut keretanya. Balqis memangku kepala Sara. Setelah sampai di hospital, Sara diberi rawatan kecemasan. Balqis dan Khairul menunggu di ruang menunggu.
“ Sara dah kahwin kan?”. Tanya Khairul kepada pekerjanya Balqis. Balqis mengangguk perlahan.
“ Kena bagi tahu suami dia….”. Ujar Khairul lagi.
“ A’a…tapi encik, saya tak tahu nombor suami dia…telefon dia tinggal kat pejabat tadi”. Balas Balqis. Waktu itu Doktor yang merawat Sara keluar dari bilik rawatan. Balqis segera bangkit dari kerusinya. Khairul hanya menjadi pemerhati.
“ Awak siapa?”. Doktor itu bertanya kepada Balqis.
“ Saya kawan dia…kenapa dengan kawan saya tu doctor?”. Tanya Balqis resah.
“ Dia?”. Tanya doctor itu lagi sambil mengunjukkan tangan kepada Khairul.
“ Dia bos saya dengan pesakit tu…ada yang tak kena ke doctor dengan kawan saya tu?”. Balqis bertanya lagi.
“ Mari ikut saya…”. Ujar doctor itu lagi. Balqis berpaling kepada Khairul sebentar. Khairul menganggukkan kepalanya supaya menuruti arahan doctor. Balqis mengikut langkah doctor itu masuk ke bilik rawatan yang menempatkan Sara.
“ Sebenarnya kawan awak ni tak ada apa-apa, biasa bagi wanita hamil macam dia…Cuma dia dalam keadaan tertekan sekarang…dia perlukan rehat yang secukupnya…dan juga perlu menjaga pemakanan supaya mengambil makanan yang berkhasiat…kandungannya agak lemah…”. Balqis tekun mendengar penerangan doctor kemudian bertanya.
“ Berapa bulan doctor?”.
“ Dua bulan….”. Ujar doctor itu pendek. Balqis menghampiri Sara dan menggenggam tangannya. Sara hanya memandang sepi.
“ Baiklah doctor…terima kasih…”. Ujar Balqis lagi. Doktor itu mengangguk dan berlalu.
“ Kau baru tahu ke?”. Tanya Balqis kepada Sara. Sara menganggukkan kepalanya perlahan.
“ Nak bagi tahu suami kau tak? Nah….”. Tanya Balqis lagi sambil menghulurkan telefonnya. Sara menggelengkan kepalanya.
“ Tak pe lah…nanti balik aku bagi tahu”. Ujar Sara perlahan. Balqis merenung temannya pelik.
“ Any something wrong Sara?”.
“ Tak de apalah…aku penat…boleh kau tolong telefonkan teksi, aku nak balik rumah…”. Ujar Sara lemah. Ketika itu Khairul masuk ke bilik itu. Sara memandang hairan kepada ketuanya itu. Balqis memahaminya lantas bersuara.
“ Tadi Encik Khairul yang hantar kita ke sini…”. Khairul hanya melemparkan senyuman. Sara membalas senyuman itu, namun agak kelat.
“ Jom lah…saya hantar awak balik rumah…Balqis papah dia”. Ujar Khairul tegas. Balqis keluar sebentar dan mengambil ubat di kaunter, kemudian memapah Sara. Setelah Sara dihantar ke rumah, Balqis dan Khairul pulang ke pejabat. Balqis berjanji petang nanti selepas waktu kerja dia dan Shahira akan menolongnya menghantar kereta dan barang-barang Sara yang tertinggal di pejabat tadi ke rumah.

Wednesday, August 18, 2010

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 17

“ Awak…nak makan?”. Sara menghampiri suaminya dan bertanya selembut mungkin. Ariff merenung isterinya.
“ Tak nak”. Ariff membalas pendek.
“ Tapi…awak memang belum makan lagi kan?”. Sara cuba memujuk perlahan.
“ Saya tak nak…awak makanlah”. Ujar Ariff serius. Sara hanya mampu menganggukkan kepalanya. Sara terus berlalu. Dia ke dapur hanya untuk mengemaskan meja dan menyimpan lauk. Sungguh dia tiada selera untuk makan. Agak lama dia termenung di dapur. Kemudian apabila terasa tubuhnya penat dia bangkit dan ingin naik ke biliknya. Sebelum itu sempat dia membuat air nescaffe untuk Ariff.

“ Air…”. Sara meletakkan cawan atas meja berhadapan Ariff. Ariff sekadar mengangguk.
“ Saya naik atas dulu ye…”. Ariff hanya membisu. Sara terus melangkah. Begitulah Ariff sejak akhir-akhir ini. Lebih banyak termenung dan bersendirian. Ariff tidak lagi mengendahkan dia seperti dulu. Sara cuba bersabar dengan karenah suaminya. Dia tahu dulu Ariff juga pernah bersabar dengan karenahnya.

Sara terus merebahkan tubuhnya ke atas tilam sejurus naik ke biliknya itu. Tubuhnya terasa begitu penat. Kepalanya berdenyut-denyut. Lantas dia cuba memejamkan matanya untuk tidur. Tidak lama kemudian Ariff naik dan merebahkan tubuhnya di sisi Sara. Sara pura-pura tidur. Ariff memandang sekilas kepada isterinya. Wajah isterinya pucat. Namun Ariff menyangkakan Sara sudah tidur.

“ Maafkan saya…saya tak berniat nak layan awak macam ni…”. Ujar Ariff perlahan sambil mengusap perlahan rambut isterinya. Setelah itu dia berpaling membelakangkan isterinya. Sara membuka matanya. Dia dapat mendengar dengan jelas apa yang diperkatakan oleh Ariff tadi. Namun tidak lama kemudian dia memejamkan matanya semula dan cuba untuk tidur. Oleh sebab tubuhnya terlalu penat, dia terlena beberapa ketika kemudian.
……………………………………………………………………………………………………………………………………..
“ Awak…saya nak balik rumah ibu kejap…lepas maghrib saya balik rumah”. Sara memohon keizinan Ariff untuk ke rumah ibunya selepas pulang waktu kerja hari itu. Kebetulan Ariff juga pulang awal petang itu. Ariff hanya menganggukan kepalanya, kemudian berlalu. Sara memang terasa hati dengan sikap Ariff sejak akhir-akhir ini, namun dia tidak mahu memanjangkan perkara itu. Hubungan mereka berdua memang agak dingin.
“ Tunggu…”.Ujar Ariff apabila Sara ingin menghidupkan enjin keretanya. Sara mengalihkan pandangannya kepada Ariff.

“ Naik kereta saya”. Ujar Ariff lagi. Sara memandang suaminya hairan.
“ Saya pergi sekali…”. Sara menganggukkan kepalanya, lantas mengunci keretanya dan masuk serta duduk di kerusi di sebelah pemandu. Apabila sampai sahaja di rumah ibunya, segera Sara ingin turun dari kereta. Ariff menghalang Sara daripada keluar dengan memegang bahu isterinya. Sewaktu dalam perjalanan tadi, mereka masing-masing hanya membisu.

“ Jangan lupa…panggil saya abang, bahasakan diri awak Sara…”. Ujar Ariff namun nada suaranya serius. Sara menganggukkan kepalanya. Kemudian dia dan Ariff masuk ke dalam rumah ibunya bersama-sama. Ibu dan ayah hanya tersenyum panjang melihat anak dan menantu mereka.
“ Ibu…ayah…sihat?”. Tegur Ariff dan menyalami kedua mertuanya. Ibu dan ayah mengangguk serentak. Ariff melemparkan senyuman. Waktu itu di rumah hanya ada ayah dan ibu sahaja, yang lain masih belum pulang. Sara juga turut menyalami ibu dan ayahnya. Setelah itu, Sara duduk di sofa berhadapan ayah dan ibunya. Ariff menuruti langkah Sara dan duduk di sisi Sara. Dia merapatkan tubuhnya ke sisi Sara, sehingga bahu kanan Ariff berada di bawah bahu kiri Sara dan tangannya di lunjurkan di atas sofa membelakangkan tubuh Sara. Sara hanya membiarkan. Dia tahu, Ariff sengaja berbuat demikian.

“ Tuang air ni Sara…”. Ujar ibu kepada anaknya sambil mengunjukkan ke arah teko di hadapannya. Sara menuruti arahan ibunya.
“ Awal kamu balik kerja hari ni…sempat singgah ke mari…”. Ayah membuka bicara.
“ A’a ayah…lama tak datang sini…Sara rindu kat ibu dengan ayah”. Jawab Ariff lantas memaut bahu Sara sebentar dan tersenyum. Sara membalas senyuman itu. Dia tahu Ariff sedang berlakon, namun dia juga turut perlu berlakon dengan baik di hadapan ibu dan ayahnya. Ibu tersenyum melihat aksi anak dan menantunya.

“ Bu…mana yang lain? Tak nampak pun…”. Ariff menyambung bicara lagi.
“ Mmm…Aizat pergi main bola…abang-abang dan kakak-kakak kamu masing-masing kat rumah mereka lah…sibuk…”. Jawab ibu sambil tersenyum. Ariff membalas senyuman ibu mertuanya. Sara hanya mendengar.
“ Sara…ambilkan abang air masak…”. Ujar Ariff sambil merenung isterinya. Sara menganggukkan kepalanya. Lantas dia bangkit menuju ke dapur. Ayah dan ibu tersenyum lagi. Ariff perasan ayah memerhatikan Sara dari tadi. Tidak lama kemudian Sara tiba dengan segelas air masak di tangan. Dihulurkan air itu kepada suaminya. Ariff menyambutnya dengan senyuman.

“ Abang…Sara nak naik bilik jap ye…nak ambil barang…”. Ujar Sara. Ariff hanya menganggukkan kepalanya. Ibu juga waktu itu bangkit dan ingin menuju ke dapur. Tinggal ayah dan Ariff dan mereka berbual kosong. Ariff cuba beramah dengan ayah mertuanya. Sememangnya Ariff tidak lokek senyuman. Tidak lama selepas itu Sara turun sambil tangannya memegang satu beg plastic. Ariff hanya memerhati dari jauh. Sara menghampiri suami dan ayahnya.

“ Abang…kunci kereta…Sara nak letak dalam kereta, takut terlupa nanti”. Ujar Sara dan melempar senyuman kepada ayahnya.
“ Apa tu?”. Ayah bertanya.
“ Baju Sara ayah…dulu tak bawa semua…sara nak pakai pergi kerja”. Ayah hanay menganggukkan kepalanya. Ariff menghulurkan kunci kereta kepada isterinya. Sara menyambutnya kemudian terus menuju ke luar kereta dan memasukkan ke dalam kereta.
“ Sara ada buat apa-apa yang tak elok ke Ariff sepanjang perkahwinan kamu berdua?”. Ayah bertanya serius.

“ Tak de ayah…Sara isteri yang baik, dia tak pernah sikit pun mengecewakan saya ayah…saya beruntung dapat isteri macam dia…kami bahagai ayah…ayah janganlah risau”. Jawab Ariff serius. Waktu itu Sara baru mahu masuk ke rumah. Dia terdengar perbualan Ariff dan ayahnya. Air matanya terasa ingin jatuh. Namun segera dia mengawalnya. Dia cuba melemparkan senyuman dan tertawa. Dia berjanji dengan dirinya sendiri bahawa apa yang terjadi antara dia dan suaminya biarlah tidak diketahui oleh ibu dan ayahnya. Sara masuk ke dalam rumah dan terus menuju ke dapur. Malam itu mereka makan malam di rumah ibu. Selepas makan malam, Ariff dan Sara meminta diri untuk pulang. Dalam perjalanan pulang ke rumah, Ariff membuka bicara.

“ Kita kekalkan je panggilan tadi…kalau kita berbohong pun, nanti terbongkar juga…”. Sara merenung suaminya. ‘ Kita memang dah banyak bohong ayah dan ibu wak…’. Ujar Sara dalam hati.
“ Sara….”. Ariff memanggil isterinya perlahan apabila dilihatnya Sara termenung dan renungannya masih pada Ariff. Sara terkejut.
“ Ye…awak cakap apa?”. Ujar Sara. Ariff memandang tajam wajah isterinya. Sara terkedu kemudian menutup mulutnya.

“ Maaf…saya…eh Sara terlupa…abang…”. Jawab Sara gugup. Ariff tergelak perlahan. Sara menundukkan wajahnya. Tidak lama kemudian Ariff serius kembali.
“ Saya serius…lagi pun lebih elok panggilan tu…secara jujurnya saya lebih selesa macam tu…”. Ujar Ariff sambil merenung isterinya sebentar kemudian menumpukan semula fokusnya kepada pemanduan. Sara dapat merasakan Ariff jujur dan ikhlas dengan kata-katanya tadi. Setelah itu masing-masing hanya membisu sehingga sampai ke rumah. Setibanya di rumah, masing-masing menguruskan hal sendiri dan masuk tidur selepas itu.
………………………………………………………………………………………………………………………………………

Tuesday, July 27, 2010

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 16

Hari itu, Ariff dibenarkan oleh doctor keluar daripada hospital. Setelah tiga hari ditahan di wad, dan selama itu jugalah Sara tidak jemu-jemu berulang- alik ke hospital dari rumah untuk menjaga Ariff. Ariff masih seperti sebelum ini, lebih banyak mendiamkan diri. Mama dan papa perasan tentang hal itu. Sara pula hanya menjalankan kewajipannya sebagai seorang isteri kepada suaminya.

Sungguh papa tidak berkenan dengan sikap Ariff yang kurang mengendahkan Sara, walaupun masih sakit tetapi papa dapat merasakan hubungan antara keduanya agak dingin. Papa juga dapat melihat Sara cuba untuk mengambil hati Ariff, sedangkan Ariff seperti tidak mengendahkan kehadiran Sara. Papa simpati melihat keadaan itu, dia tidak tahu apa puncanya. Apabila ditanya ke pada isterinya Puan Jamilah, mama juga hanya menggeleng kepala.

“ Sara…”. Sara menoleh kepada bapa mertuanya sambil tangannya masih ligat mengemas barang suaminya. Waktu itu Ariff berjumpa doctor yang merawatnya.
“ Kenapa pa?”.
“ Kamu dengan Ariff ada masalah ke? Ariff ada buat apa-apa dengan kamu?”. Tanya papa serius. Sara menggelengkan kepalanya.
“ Kami tak de apa-apa pa, kami ok je..Ariff baik, tak pernah buat apa-apa yang tak baik pada Sara…Sara beruntung dapat suami macam anak papa tu”. Ujar Sara sambil tersenyum. Namun papa perasan senyuman itu dipaksa. Ariff dapat mendengarnya kerana waktu itu dia baru mahu masuk ke bilik dia ditempatkan semasa mendapat rawatan. Apabila sudah memastikan papa dan Sara hanya mendiamkan diri, Ariff masuk ke bilik itu.

“ Eh pa…bila sampai?”. Ariff sekadar berbasa-basi. Di kerlingnya Sara sekilas. Sara sudah siap berkemas. Papa menghadiahkan senyuman untuk anaknya itu.
“ Tadi…mama cakap kamu keluar hospital hari ni…papa sengaja datang ambil kamu…lagipun kereta Sara masuk bengkel, dia datang dengan teksi tadi…biar papa hantar kamu balik”. Ariff memandang isterinya sekilas.
“ Kenapa tak bawa kereta saya?”. Tanya Ariff sambil merenung isterinya.
“ Mm…saya…”. Sara hanya menundukkan pandangannya. Ariff mengalih pandangannya kepada papanya.

“ Tak pe lah…mm, pa nanti papa hantar Ariff kat pejabat dulu ye…lepas tu baru hantar Sara balik rumah”. Ujar Ariff. Papa merenung anaknya. Ariff memahami renungan itu.
“ Ariff ada kerja sikit pa kat pejabat…dah lama Ariff cuti”.
“ Hari ni kan hari cuti, Esok kan ada…pergi pejabat esok je lah…”.

“ Tak pe pa, Ariff da sihat kan…kalau tak, takkan doctor bagi Ariff keluar hari ni…dah lah pa…jom…”. Papa sekadar mengangguk. Tidak mahu bertelagah dengan anaknya itu hanya tentang perkara sekecil itu. Ariff melangkah ingin keluar. Di ambil beg di tangan Sara dengan lembut. Sara hanya membiarkan. Dia menuruti langkah suami dan bapa mertuanya. Papa menghantar Ariff ke pejabat seperti yang diminta oleh anaknya tadi, kemudian membawa Sara pulang ke rumahnya. Sara hanya mengikuti cadangan papanya. Menurut papa, mama mahu berjumpa dengannya.

Sampai sahaja di rumah, Sara terus masuk menyalami ibu mertuanya. Mama bertanya tentang Ariff. Papa lebih dahulu menjawabnya. Sara sekadar mengiyakan jawapan bapa mertuanya. Selepas itu papa mengajak menantunya ke ruang luar di laman rumah mereka berhadapan kolam renang milik keluarga mereka.Pada mulanya Sara merasa berat hati, namun mama menyuruhnya menuruti langkah papa. Sara duduk di hadapan bapa mertuanya. Papa membuka kata apabila Sara sudah melabuhkan punggungnya di kerusi.

“ Papa minta maaf kalau papa menyinggung perasaan kamu…papa juga bukan nak masuk campur hal kamu berdua, tapi papa dapat rasakan kelainan dan jurang antara kamu dan Ariff, dulu papa tengok kamu berdua elok je…sekarang dah lain…cuba cerita kat papa, apa masalahnya…apa yang papa boleh bantu, papa bantu…”. Ujar papa panjang lebar. Sara menarik nafasnya. Dia sudah tidak boleh berbohong lagi. Namun hatinya juga berat ingin menceritakan keadaan sebenar, yang dia sendiri juga kurang pasti situasinya.

“ Sara…papa kenal anak papa…”.Ujar papa lagi apabila Sara masih lagi membisu.
“ Papa rasa Sara yang silap?”. Papa menggelengkan kepalanya.
“ Sara…papa tak rasa semua ni puncanya datang dari Sara…terus teranglah dengan papa, Ariff tak kan salahkan Sara”. Sara hanya menundukkan kepalanya.
“ Entahlah pa…Sara tak tahu…mungkin Sara yang silap”. Sara masih tidak mahu membuka cerita sebenar.

“ Sara…jangan terus menyalahkan diri sendiri, walaupun papa tak kenal Sara macam papa kenal dan tahu hati budi Ariff sebab dia anak papa, tapi papa tahu Sara seorang anak dan isteri yang baik”. Ujar papa lagi.
“ Tak pa…”. Jawab Sara pendek. Papa merenung menantunya.
“ Sara bukan isteri yang baik, kalau tak Ariff tak kan layan Sara macam ni”. Ujar Sara, waktu itu dia sudah menangis. Walau cuba ditahannya, namun dia tidak mampu. Papa sekadar memerhati pada mulanya.

“ Sara…jangan cakap macam tu…”.
“ Ariff memang seorang lelaki yang baik untuk Sara, dia tak salah…Sara yang salah sebab tak pandai layan dia…kalau Sara pandai layan dia, tentu dia tak kan masih ingatkan Amira”. Papa merenung tajam menantunya. Namun renungan itu ada simpati. Sara masih lagi teresak-esak.

“ Maksud Sara?”. Tanya papa.
“ Sara tak tahu pa, siapa Amira dulu dalam hidup Ariff…Sara juga tak salahkan Ariff…Sara tak tahu…”. Waktu itu mama menghampiri keduanya, lantas terus duduk di sisi menantu kesayangannya itu dan mengusap perlahan-lahan bahu Sara. Sara terkejut, namun dia tidak mampu menahan air matanya dari terus mengalir. Papa hanya menjadi pemerhati. Mama memeluk erat menantunya apabila Sara semakin teresak-esak. Hatinya turut pedih melihat keadaan Sara.

“ Sabar Sara…menangislah…mama ada untuk Sara”. Papa membiarkan dulu Sara menangis dalam pelukan isterinya. Apabila tangisan Sara sudah reda, papa menyuakan air yang dibawa oleh Puna Jamilah ketika ke sini tadi kepada Sara. Sara menyambutnya sambil tersenyum tawar. Papa dan mama hanya memerhati. Mereka merasa sayu melihat menantu mereka menangis tadi. Sara mumbuka kata.

“ Sara minta maaf…Sara tak pernah salahkan Ariff…dulu sebelum Sara berkahwin dengan Ariff pun Sara mencintai orang lain, lepas tu orang yang Sara cinta tu bertunang dengan orang lain atas pilihan keluarga. Masa Sara kahwin dengan Ariff pun Sara masih cintakan orang tu, Sara tahu tindakan Sara salah…mencintai orang lain yang bukan suami Sara…Ariff tahu…dia bersabar dengan sikap Sara….dia tunggu Sara ma, pa…dia sanggup bagi masa pada Sara…Ariff layan Sara dengan baik sekali…Sara betul-betul terharu…makin lama Sara dapat lupakan lelaki tu, Sara janji dengan diri Sara sendiri yang Sara akan belajar meyayangi dan mencintai Ariff sepenuh hati Sara…Ariff adalah anugerah terbaik untuk Sara sebagi seorang suami…secara jujurnya ma…pa…Sara dah mula sayangkan dia…Sara nak bersama dia sampai akhir hayat Sara…Sara betul-betul sayangkan Ariff…Sara…”. Sara mengelap air mata yang mengalir di pipinya. Mama mengelus lembut bahunya. Papa hanya menjadi pendengar dan pemerhati.

“ Sara tak tahu sejak bila…tapi Sara memang sayangkan dia…Sara sendiri tak pasti masih kah ada ruang lagi atau tidak untuk Sara dalam hati Ariff”. Sara menyambung kata.
“ Ariff tahu Sara sayangkan dia?”. Tanya mama sambil merenung menantunya. Sara sekadar mengangkat bahunya tanda tidak tahu.
“ Sara…Amira tu sebenarnya bekas tunang Ariff…mereka memang saling mencintai sebelum Amira memilih untuk bersama Adam. Ariff memang kecewa tentang itu, tapi setahu papa dia memang dah tak cintakan Amira lagi sebab tu dia bersetuju kahwin dengan Sara dulu…masa tu papa dah Tanya betul-betul pada Ariff…”. Ujar papa. Sara mendengar tekun penerangan bapa mertuanya. Mama dapat mengagak masalah Ariff dan Sara ada kaitannya dengan Amira.

“ Ye Sara…Ariff tu tak kan pungut balik orang yang pernah buang dia…mama tahu dan kenal sangat Ariff…dia anak mama…tapi mama pun tak suka dia layan Sara macam ni…mungkin dia tak dapat terima hakikat…bila Amira muncul lagi”. Mama pula menyambung kata.
“ Mama tahu Amira dan Adam dah balik?”. Tanya Sara. Mama sekadar mengangguk.
“ Entah lah ma…Sara tak tahu nak cakap apa…mungkin Ariff hilang ketenangan bila nampak Amira bahagia di samping Adam…”. Ujar Sara lagi.

“ Mama dengan papa pernah terserempak dengan mereka hari tu, tapi mereka tak perasan kami…kami fikir Ariff akan biasa je walaupun Amira dah pulang…kamu pernah terserempak dengan Amira?”. Mama bertanya lagi. Sara menganggukkan kepalanya.
“ Sara boleh nampak Amira bahagia dengan Adam…tapi Sara juga perasan Amira seperti menyimpan satu perasaan yang Sara sendiri tak pasti bila Sara tengok renungan Amira pada Ariff…Ariff pulak seakan tidak senang dengan kebahagiaan mereka…pada mulanya Sara tak tahu…tapi masa Shakir datang rumah…Sara terdengar perbualan mereka tentang Amira…Ariff macam tak boleh terima hakikat tu…Sara tak tahulah ma…pa…Sara tahu Ariff bukan sengaja layan Sara macam ni, mungkin dia tertekan atau apa…Sara tak tahu…”. Sara menyambung kata. Kedua-dua mertuanya hanya memerhati dan mendengar. Mereka simpati terhadap menantunya.

“ Minta maaf mama Tanya…Ariff dan Sara pernah ‘bersama’ kan?”. Tanya mama sambil merenung wajah menantunya. Papa pula hanya membuang pandang kea rah lain waktu itu. Sara sekadar mengangguk kemudian menundukkan wajahnya. Waktu ini sudah hampir 10 bulan tempoh perkahwinan mereka, dan mereka sudah menjalankan kewajipan itu sejak lebih empat bulan yang lalu. Cuma sejak akhir-akhir ini, mereka tidak melakukannya. Masing-masing seperti memerlukan ruang sendiri. Sara termenung memandang air di kolam renang. Papa dan mama pula member ruang itu kepada Sara untuk menenangkan diri. Tidak lama kemudian Sara bersuara.

“ Sara pun sebenarnya tak suka nak buka cerita rumah tangga Sara dengan Ariff…Sara akan tetap sabar dan setia tunggu sampai Ariff boleh lupakan Amira dan terima hakikat sepenuhnya tentang itu…tapi andainya jodoh kami tak panjang Sara redha…”. Cepat papa dan mama menggelengkan kepala.

“ Tak Sara…jangan cakap macam tu…kami dapat rasakan Ariff sayangkan Sara…dan kami tahu dia juga tak kan lepaskan Sara…Cuma dia sebenarnya keliru dengan dirinya sendiri…nanti papa akan nasihatkan dia….”. Ujar papa. Sara menggelengkan kepalanya.
“ Jangan pa…tak pe…Sara tak nak Ariff fikir Sara memerlukan simpatinya dengan menyuruh papa masuk campur hal rumah tangga kami…Sara tahu niat papa dan mama baik…Sara beruntung dapat mertua sebaik papa dan mama…Sara cerita semua ni pun bukan sebab nak meraih simpati papa dan mama…”.

“ Kami tahu Sara….kami tahu”. Ujar mama lalu menarik menantunya ke dalam pelukan. Waktu itu Aisya baru pulang dari kuliah. Dia hairan melihat mama memeluk kakak iparnya dan ketika itu kakak iparnya juga sedang menangis. Hatinya turut sayu melihat keadaan itu. Bukan dia tidak tahu, dalam banyak-banyak menantu, menantu inilah yang paling mamanya sayang. Bukan mahu membeza-bezakan, memang mamanya sayang dan senang dengan semua menantunya, namun pada Sara menantunya yang ini, sayang mama lebih lagi.

“ Tak pe lah ma..pa…sara tak apa-apa…Sara pasti satu hari nanti Ariff akan berubah…lagi pun Ariff tak pernah berkasar dengan Sara…dia sentiasa layan Sara dengan baik…Cuma sejak akhir-akhir ini…hubungan kami agak dingin…tapi papa dan mama jangan risau…semuanya akan baik nanti…”. Ujar Sara sambil cuba tersenyum seikhlas mungkin.
“ Sara…papa tahu Sara menantu yang baik…sebab tu papa berkeras nak Sara berterus-terang pada kami…bukan kami mahu masuk campur hal kamu berdua…tapi papa tak sampai hati tengok Ariff layan Sara macam tu…sedangkan Sara hanya berdiam diri”. Ujar papa pula.

“ Tak pe pa…Sara ok…Sara cuba faham keadaan Ariff…papa dan mama janganlah risau…Ariff suami Sara…Sara dapat rasakan dia memang untuk Sara…Cuma dia perlukan masa…Sara janji akan tetap setia bersama dia sehinggalah Sara dengar dengan telinga Sara sendiri yang Ariff tak perlukan Sara, baru Sara akan pergi…”. Sara berkata serius. Waktu Aisya menghampiri mereka. Sara mengelap air matanya pantas.
“ Kak….”. Tegur Aisya sambil melemparkan senyuman. Sara membalas senyuman itu. Papa dan mama berpandangan seketika, kemudian Aisya tersenyum kepada kedua orang tuanya. Tiba-tiba telefin bimbit milik Sara berbunyi. Apabila melihat nama pemanggil yang tertera di skrin, lantas dia menjawabnya. Papa, mama dan Aisya yang da di situ sekadar memerhati.

“ Hello…wa’alaikumsalam…maaf wak…saya kat rumah mama ni…tadi papa ajak datang rumah…kejap lagi saya balik…”. Sara memandang bapa mertuanya sebentar, kemudian menyambung kata kepada pemanggil di hujung talian sana. Selepas selesai, dia menyimpan kembali telefonnya ke dalam beg tangan.
“ Ariff telefon…Sara nak balik kejap lagi…”. Sebelum habis Sara menghabiskan katanya, papa bersuara.
“ Papa hantar Sara…”.

“ Tak pe pa…Ariff ambil, dia datang sini…tadi dia dah sampai rumah…Sara dah cakap Sara boleh balik sendiri, tapi dia berdegil nak juga datang”. Ujar Sara kemudian tersenyum. Namun mama dan papa perasan senyumannya kelat.
“ Abang Ariff tu sayang kat kak Sara tau…sebab tu tak bagi kak Sara balik sendiri…”. Tiba tiba Aisya mencelah. Sara hanya tersenyum. Mama dan papa merenung menantunya. Mereka tahu apa yang dirasakan menantunya sekarang. Aisya pula tadi sekadar mahu menghidupkan suasana ceria. Dia tahu abangnya dan Sara sedang ada masalah, walaupun dia tidak tahu kisah sebenar, namun dia dapat rasakan abang dan kakak iparnya sedang dilanda sesuatu dalam rumah tangga mereka. Buktinya apa yang didengar secara tidak sengaja tadi dan ketika itu kakak iparnya sedang menangis.

“ Sara nak pergi tandas kejap ye…nanti kalau Ariff da sampai cakap suruh tunggu kejap ye ma…”. Ujar Sara dan diikuti oleh anggukan ibu mertuanya. Sara membasuh mukanya. Dia memakai make up semula bagi menghilangkan kesan air mata. Dulu sewaktu dia menangis di rumah semasa Shakir datang ke rumah tidak lah seteruk ini, jadi dapat dilindung hanya dengan membasuh muka, kali ini tidak lagi. Kalau dia membiarkan wajahnya, pasti Ariff perasan. Dia tidak mahu keadaan itu berlaku.

Tidak lama kemudian Ariff sampai, dia hanya singgah sebentar. Selepas itu, mereka berdua terus pulang apabila Ariff meminta diri. Sara hanya menurutinya. Papa dan mama hanya memerhati. Aisya juga hanya mendiamkan diri. Waktu ini dia dapat merasakan abangnya tiada keinginan bergurau-senda seperti selalu, Ariff seakan sudah berubah menjadi orang lain.

Thursday, July 22, 2010

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 15

Pagi itu Ariff tidak bangun seperti biasa. Lazimnya dia akan bangun sebelum Sara, walaupun masih baring di atas katil , dia membiarkan Sara mandi dahulu. Namun pagi ini tidak, Sara bangkit seawal jam 5.30 pagi, Ariff masih diulit mimpi. Sara terus mandi dan selepas itu dia mengejut Ariff. Hari itu dia tidak boleh solat kerana uzur. Apabila disentuh badan Ariff panas.

“ Awak…”. Sara memanggil suaminya perlahan. Ariff hanya menyahut dengan suara yang perlahan. Sara memegang dahi Ariff. ‘Panas’. Ujarnya perlahan.
“ Awak demam ni…mm..macam mana ni”. Sara kaget sendirian. Sungguh dia risau dengan keadaan Ariff, namun bingung.

“ Saya sejuk…”. Ujar Ariff lemah. Lalu Sara bangkit dan mematikan suis penghawa dingin di biliknya kemudian menyelimutkan suaminya dengan selimut tebal yang diambil di dalam almari. Sara menggaru kepalanya perlahan. Namun akhirnya dia bangkit dari katil dan bersiap seadanya. Kemudian dia menghampiri Ariff dan berkata perlahan.
“ Awak kita pergi klinik ye?”. Ariff hanya menggelengkan kepalanya.
“ Tapi awak demam ni…nanti melarat kalau dibiarkan…”. Sara bersuara serius. Ariff masih menggeleng dan menarik selimutnya.

“ Awak ni degil lah…macam budak-budak…”. Ariff hanya membisu. Sara dapat merasakan Ariff terasa dengan kata-katanya apabila Ariff memalingkan wajahnya. Sara terdiam sebentar. Kemudian duduk di sisi suaminya.
“ Awak saya minta maaf…saya tak niat nak buat awak kecil hati…saya Cuma bimbang…kalau melarat nanti awak juga yang tanggung kan”. Ujar Sara perlahan.
“ Saya Cuma nak rehat…nanti saya makan panadol”. Ariff membalas perlahan.
“ Awak ni memang degil…”. Sara berkata dalam hati.

“ Huh…ok lah kalau macam tu…saya pergi buat sarapan dulu…nanti awak makan panadol lepas makan”. Ariff hanya mengangguk lemah. Sara terus turun ke bawah untuk menyediakan sarapan. Dia hanya memasak bubur nasi untuk Ariff. Selepas selesai, dia naik ke atas sambil membawa bubur nasi yang dimasaknya tadi. Lalu mengejutkan suaminya.

“ Awak…makan dulu, nanti lepas tu boleh awak makan ubat”. Ujar Sara sambil membantu Ariff bangun. Ariff hanya menyuap sesudu dua, setelah itu dia menghulurkan mangkuk bubur kepada Sara. Sara menggeleng perlahan.
“ Awak tak boleh macam ni…makanlah banyak sikit”. Ujar Sara, namun Ariff menjawab lemah.

“ Saya tak ada selera”. Sara menyambut mangkuk itu dan meletakkan di atas meja di sisi katil. Lalu menghulurkan panadol dan air masak kepada Ariff.
“ Terima kasih…awak pergi lah kerja, saya ok…Cuma nak rehat”. Ujar Ariff selepas menelan ubat.
“ Tak apa..saya ambil cuti setengah hari…nanti petang lepas zohor saya masuk kerja”. Sara membalas tegas. Ariff hanya diam. Sara bangkit perlahan apabila melihat Ariff ingin menyambung tidurnya, namun ketika Sara mengambil dulang berisi mangkuk bubur dan gelas air masak tadi untuk dibawa ke dapur Ariff memanggilnya.

“ Awak…tolong ambilkan telefon saya…dail nombor Shakir”. Sara meletakkan dulang itu kembali kemudian mengambil telefon Ariff di atas meja solek.
“ Tolong cakap dengan dia…saya cuti hari ni”. Ariff menyambung kata. Sara hanya menuruti arahan Ariff. Selepas itu dia turun ke dapur. Ariff ingin menyambung tidur, namun kepalanya berdenyut-denyut. Dia memicit-micit kepalanya perlahan. Sara masih di bawah, meneruskan kerja-kerjanya di dapur. Dia sengaja membiarkan Ariff berehat. Apabila jam menunjukkan pukul 10 pagi, Sara naik ke biliknya. Dia lihat Ariff tiada atas katil, Sara memanggil perlahan.

“ Awak…”. Namun panggilannya tidak bersahut. Sara mendekatkan kepalanya ke pintu bilik air. Senyap. Sara mengetuk pintu bilik air. Namun masih senyap seperti tadi. Hatinya jadi tidak enak, lantas dia menolak pintu dan terkejut melihat Ariff terbaring di atas lantai. Lantas dia memangku kepala Ariff.
“ Awak…”. Sara kaget. Dia menangis. Ariff masih tidak bergerak.
“ Awak, bangunlah…jangan takutkan saya…kenapa awak tak panggil saya tadi”. Ujar Sara dalam tangisan. Namun akhirnya, dia bangkit dan menarik Ariff perlahan keluar dari bilik air. Dengan susah payah dia melakukannya. Selepas itu, dia mendail nombor rumah mama.

“ Mama…Ariff”. Ucap Sara dengan air mata yang tidak tertahan. Mama juga gelisah mendengar suara menantunya.
“ Kenapa, Sara?”.
“ Ariff…dia demam, lepas tu masa Sara kat bawah tadi…dia…entah Sara tak tahu…dia terlantar kat lantai bilik air…ma…tolong Sara ma…”.
“ Sabar Sara…nanti mama dengan papa datang”. Ujar mama dengan segera. Nasib baiklah rumahnya dengan Ariff tidak berapa jauh. Sara memangku kepala Ariff dan memanggil nama suaminya perlahan. Air matanya masih mengalir seperti tadi. Sungguh dia risau dengan keadaan suaminya.

Tadi sewaktu dia meninggalkan Ariff di bilik, dia fikir Ariff hanya akan berehat di atas katil, tidak disangkanya Ariff akan terjatuh dalam bilik air. Wajah Ariff pucat. Tidak lama kemudian papa dan mama sampai. Mereka membawa Ariff ke hospital. Sewaktu doctor sedang merawat Ariff, Sara duduk di sisi ibu mertuanya.
“ Sara minta maaf ma…Sara yang salah, Sara yang tak jaga Ariff dengan betul..Sara….”. Kata-kata Sara terhenti di situ. Puan Jamilah memandang sayu wajah menantunya.

“ Jangan salahkan diri Sara…Ariff memang macam tu…dia kalau sakit memang tak suka menyusahkan orang, tak sedar akhirnya dia buat orang lain susah hati pasal dia”. Ujar mama sambil mengusap bahu menantunya.
“ Ariff ada sakit apa-apa ke ma sebelum ni?”. Sara bertanya serius. Mama hanya menggeleng. Waktu itu doctor mengahmpiri mereka. Sara terus bangun.

“ Macam mana dengan suami saya doctor? Dia tak apa-apa kan?”. Tanya Sara gelisah. Doktor merenung wajah kedua-dua wanita di hadapannya. Sara semakin resah.
“ Suami puan tak apa-apa, Cuma dia perlukan rehat yang secukupnya…dia sebenarnya tertekan…mungkin ada sesuatu yang mengganggu fikirannya”. Sara merenung lama wajah doctor itu. Mama pula memandang wajah menantunya.

Baru Sara teringat, Ariff memang kelihatan agak tertekan sejak dua menjak ini, mereka sudah tidak mesra seperti dahulu. Ariff lebih suka menyendiri dan tidak banyak meluangkan masanya bersama-sama Sara. Walaupun mereka sudah melakukan kewajipan zahir dan batin dan hidup sebagai pasangan suami isteri yang sempurna, namun Ariff seperti ingin menjauhkan diri daripada Sara. Sara perasan, walaupun Ariff tidak berkasar dengannya tetapi layanan Ariff terhadap Sara berlainan sekali.

Waktu lapang yang ada tidak lagi dihabiskan bersama, masing-masing dengan hal sendiri. Sungguh Sara tidak mahu begitu, namun dia tidak mahu menyoal Ariff tentang kelainan itu. Ariff memang masih lagi seorang suami yang mengambil berat terhadap Sara, tetapi Sara dapat merasakan jurang yang wujud antara mereka. Sara tahu tentu Ariff memikirkan tentang Amira. Siapa Amira sebenarnya dia tidak tahu, tetapi dia tahu pasti ada kisah cinta antara mereka dulu.

Jika tidak mengapa Shakir mengatakan Amira adalah orang yang dicintai dan disanjung oleh Ariff ketika Shakir bertandang ke rumah mereka dulu. Sara tidak tahu kisah sebenar dan sejauh mana kisah cinta mereka. Tiada sesiapa yang pernah memberitahunya. Memang dia cemburu memikirkan suaminya masih memikirkan orang lain di saat dia sudah bergelar isteri kepada lelaki itu. Tetapi dulu dia juga begitu, masih menyintai Zammil waktu di permulaan perkahwinan mereka. Jika dibandingkan, dia lebih teruk kerana masih menyintai lelaki lain yang bukan suaminya. Ariff tidak, tapi dia juga tidak dapat membaca hati Ariff.

“ Sara…”. Mama menegur Sara dan menyentuh bahunya lembut. Doktor itu tadi juga masih memandang Sara.
“ Ye ma…mm…Sara…”.
“ Tak pe lah Sara, mungkin Ariff ada masalah di pejabat…”. Mama memandang doctor sekilas. Doktor tadi tersenyum kemudian bersuara.
“ Beginilah puan, biarkan pesakit berehat…puan berdua jangan bimbang sangat, dia masih stabil…ok puan, saya minta diri dulu”. Ujar doctor muda itu kemudian berlalu. Mama dan Sara keduanya mengangguk. Waktu itu papa menghampiri mereka. Papa bertanya keadaan Ariff, mama yang menjawabnya. Sara sudah masuk ke bilik yang menempatkan suaminya.

“ Awak…”. Sara memanggil Ariff perlahan. Ariff memandang isterinya.
“ Saya minta maaf, tak sepatutnya saya tinggalkan awak sorang-sorang kat bilik tadi…saya…”.
“ Tak pe lah…bukan salah awak, tadi saya nak ke tandas, saya ingat saya mampu nak pergi sendiri…tiba-tiba kepala saya berdenyut-denyut, saya jatuh”. Ujar Ariff perlahan. Waktu itu mama dan papa masuk. Sara meminta diri ke tandas. Air matanya tidak tertahan. Dia melajukan langkahnya. Apabila sampai di satu sudut yang agak sunyi dan jauh sedikit dari ruang lain dalam hospital itu, Sara berhenti dan menyandarkan tubuhnya ke dinding.

Dia menangis di situ. Hatinya berkecamuk. Antara sedih, takut, bimbang, kecewa, kecil hati dan sebagainya. Dia sedih, takut dan bimbang melihat keadaan Ariff sebelum Ariff dirawat tadi, kecewa dan berkecil hati dengan sikap Ariff yang seakan dingin dengannya. Dia sendiri bingung memikirkannya. Ariff sudah berubah, tidak seperti dahulu. Tiada lagi gurau senda dan gelak tawa.
…………………………………………………………………..

Wednesday, July 21, 2010

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 14

“ Assalamualaikum…”. Ariff dan Sara berpandangan apabila ada orang memberi salam. Sara bangkit dari sofa dan membuka pintu.
“ Wa’alaikumsalam…ye..”. Orang itu hanya tersenyum sambil merenung Sara. Sara bertapak ke belakang sedikit.

“ Siapa Sara?”. Ariff bertanya dari dalam.
“ Mmm…ni…”. Kata-kata Sara terhenti apabila Ariff tiba-tiba berada di belakangnya.
“ Owh….kau Shakir…yang kau tersenyum-senyum tu kenapa? Masuklah…”. Waktu itu Sara memberi ruang kepada Shakir untuk masuk. Ariff pula menepuk-nepuk bahu temannya itu.
“ Sorry lah…cantik pulak aku tengok Sara ni…dulu masa kahwin pakai make up…ni nampak lain…tapi cantik”. Puji Shakir ikhlas. Sara hanya menunduk. Ariff pula sudah tergelak mendnegarnya.

“ Ahh kau ni…ada-ada je…”. Ujar Ariff sambil mengajak temannya itu duduk di sofa berhadapan televisyen. Sara terus menuju ke dapur.
“ Wah…bila dah kahwin ni aku tengok makin berseri pulak rumah kau ni”. Shakir membuka kata. Ariff tersenyum lagi.
“ Kau ni…tadi puji Si Sara…ni rumah aku pulak…apa hal kau ni?”. Ariff mengangkat keningnya.

“ Ek eleh aku puji pun salah ke?”.
“ Tak lah”. Ariff tergelak lagi.
“ Kenapa kau tak telefon dulu tadi sebelum datang?”. Ujar Ariff sambil mengalih siaran televisyen.
“ Alah…malas, kau mesti ada je kat rumah kan…”. Balas Shakir sambil tersenyum. Ariff sekadar mengangguk. Waktu itu Sara menghampiri mereka sambil menatang dulang berisi teko dan cawan. Ariff dan Shakir hanya memrhati Sara menuangkan air ke dalam cawan kemudian diletakkan di hadapan Ariff dan Shakir.

“ Jemputlah minum”. Ujar Sara kepada Shakir sambil tersenyum, kemudian dia berlalu ke dapur. Setelah agak lama Ariff mendapati Sara di dapur, dia memanggil.
“ Sara…”. Sara menyahut dari dapur, kemudian dia menghampiri suaminya.
“ Buat apa kat dapur tu? Duduklah sini…”. Sara tersenyum.
“ Sara tengah goreng pisang…tunggu kejap ye”. Ujar Sara dan berlalu.
“ Risau sangat isteri dia….”. Ujar Shakir pula sambil tersengih nakal. Ariff membalas senyuman itu. Shakir memerhati ke ruang dapur, kemudian merapatkan sedikit tubuhnya kea rah Ariff kemudian bersuara perlahan.

“ Riff…tadi aku ada jumpa Amira…dia Tanya pasal kau”. Wajah Ariff berubah serius.
“ Dia Tanya apa?”.
“ Dia Tanya bila kau kahwin…lepas tu dia ada cakap menyesal atas perbuatan dia dulu”. Waktu itu Sara ingin ke depan menghantar goreng pisang, namun apabila terdengar Ariff dan Shakir bersuara agak perlahan seperti berbincang sesuatu, Sara tidak jadi mengatur langkah. Dia berdiri di sisi dinding dan mendengar perbualan mereka.

“ Jadi…”. Ariff menyambung kata.
“ Kau dah maafkan dia kan Riff? Kau dah lupakan dia kan?”. Ujar Shakir serius. Ariff hanya mendiamkan diri, tidak lama kemudian baru lah dia bersuara.
“ Hari tu aku ada terserempak dengan dia…masa tu aku dengan Sara”.
“ Dia ada cakap pasal tu…sudah-sudah lah Riff…lupakan dia…kau dan dia dah ada hidup masing-maisng kan”.
“ Aku tahu…aku memang dah tak cintakan dia…tapi hati aku sakit…bila aku tengok dia bahagia dengan Adam, aku macam tak boleh terima hakikat tu….dia dulu milik aku Kir…”. Ujar Ariff sambil menundukkan wajahnya.

“ Kau cemburu?? Riff…kau tak boleh macam ni tahu tak…tak adil semua ni untuk Sara…”.
“ Kenapa pulak? Aku bukan duakan Sara pun kan…Amira tu pun dah ada Adam kan…bukan aku nak rampas kebahagiaan dia pun…dan aku tak cemburu ok”. Balas Ariff serius. Namun suaranya masih ditahan agar tidak didengar oleh Sara di dapur. Sedangkan waktu itu Sara dapat mendengarnya. Ada air mata mengalir di pipinya. Ariff masih serius seperti tadi. Shakir hanya menggelengkan kepalanya.

“ Kau ni…memanglah kau tak duakan dia dari segi zahirnya, tapi kau sedar tak dalam hati kau tu masih ada Amira yang kau cintakan dulu…yang kau sanjung-sanjung…kau sebenarnya masih tak redha dengan semua ni…tak elok Riff kau terus macam ni…”. Ujar Shakir panjang. Ariff merenung temannya, kemudian matanya beralih sebentar ke ruang dapur.

“ Entah lah Kir…”. Ariff menyandarkan tubuhnya ke sofa. Sara mengesat air matanya dengan hujung baju yang dipakainya. Kemudian dia membasuh muka agar hilang kesan air mata di wajahnya. Kemudian dia membelek wajahnya di cermin yang tergantung di sudut kiri dapur, apabila puas hati dengan wajahnya dia mengatur langkah ke ruang tamu. Waktu itu Ariff dan Shakir masing-masing hanya membisu. Ariff memerhatikan isterinya.
“ Makan lah…maaf lambat sikit tadi”. Sara memandang Ariff sekilas.

“ Duduklah…”. Ujar Ariff perlahan sambil menepuk perlahan sofa di sebelahnya.
“ Tak pe lah…Sara nak naik atas dulu ye?”. Sara meminta izin. Ariff merenung hairan isterinya. Sara membalas renungan itu, namun akhirnya dia meminta diri ke dapur. Ariff memandang sekilas kepada Shakir. Waktu itu Sara sudah berjalan ke dapur.
“ Tunggu kejap ye Kir…”. Shakir sekadar mengangguk. Ariff berjalan ke dapur.
“ Kenapa? Awak tak selesa ke dengan kawan saya?”. Tanya Ariff serius dan sedikit risau.

“ Tak lah…kepala saya pening…saya nak tidur dulu…boleh?”. Sara terpaksa berbohong. Ariff merenung tajam isterinya.
“ Awak ok?”.
“ Saya ok..jangan risau…saya naik dulu ye wak...nanti awak bawa ke dapur je pinggan dan cawan tu, esok saya basuh…”. Ujar Sara perlahan. Ariff menyentuh tangan isterinya.

“ Awak…”.
“ Betul..saya ok…saya Cuma nak rehat, tidur…”. Sara membalas sentuhan suaminya. Akhirnya Ariff mengangguk dan melepaskan pegangan tangannya.
“ Ok..awak naik atas dulu…nanti lepas Shakir balik, saya terus naik atas k?”.
“ Tak pe..awak berbual lah dengan Shakir…saya nak tidur je…tak apa…”. Balas Sara. Ariff merenung isterinya kemudian mengangguk. Sara terus naik ke atas. Kemudian Ariff pula mengatur langkah ke ruang tamu.

RuAnG rInDu 6

“ Dania, kau ok ke?”. Ria mengetuk perlahan pintu bilik temannya. Senyap. Namun beberapa minit kemudian, Dania membuka pintu. Ria menunjukkan wajah simpati.
“ Aku ok…jangan risau, aku nak tidur dulu”. Dania menahan sebak di dada.
“ Nia…kau kena kuat, sampai bila kau nak macam ni…buktikan pada dia Nia, kau boleh hidup tanpa dia…kau nak ke dia tengok kau masih menangisi dia walau dah berbulan lamanya…kuatkan semangat Nia, tabahkan hati, aku sayangkan kau”. Dania merangkul erat tubuh Ria.

“ Aku tahu…tapi aku memang lemah Ria, hati aku sakit…jiwa aku hancur tengok orang yang selama ni milik aku bermesra dengan orang lain…aku tak mampu lupakan dia…”. Dania menangis di bahu Ria. Waktu itu kelihatan Maya dan Naina merenung simpati ke arahnya.
“ Nia…tekadkan hati kau, lupakan dia…ingat Nia, dia akan jadi milik orang yang sah tak lama lagi…lepaskan dia dengan tenang Nia, kau akan dapat lebih baik dari dia…percayalah Nia…dia tak layak untuk orang baik macam kau”. Dania meleraikan pelukan.

“ Terima kasih…aku tahu korang ambil berat pasal aku…aku akan cuba…Naina terima kasih tadi”. Naina mengangguk perlahan.
“ Aku nak tidur dulu…”. Ujar Dania perlahan. Mereka bertiga mengangguk. Ria berundur sedikit ke belakang kemudian menutup pintu. Setelah itu Dania mengunci pintu dan merebahkan tubuh ke katil. Menangis lagi. Huh. Tiba-tiba telefonnya bergetar tanda ada mesej masuk.

‘ Tanda kekuatan seorang wanita adalah tabah menghadapi dugaan…air mata merupakan senjata wanita, namun alirannya tanpa henti akan menggugat keteguhan keperibadianmu ’. Dania terpana. Dia melihat nombor pengirim. Nombor itu tidak dikenalinya. Dia membaca sekali lagi mesej itu. Pengirim ini seperti tahu keadaannya waktu ini. Tidak lama kemudian, mesej kedua masuk dengan pengirim yang sama.

‘ Allah itu Maha Adil…percayalah Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita…kadang-kadang sesuatu yang baik bagi kita adalah sebaliknya untuk kita, dan kadang-kadang sesuatu yang buruk bagi kita adalah baik untuk kita…Hikmah dugaan itu terlalu manis untuk disingkap…belajar meredhai takdir yang terukir…percayalah ketenangan itu pasti milik anda ’. Kata-kata itu membuatnya bangkit dan terduduk. Setelah itu mesej ketiga masuk. Namun ia hanya kata-kata penutup ringkas.

‘ Allah itu sentiasa ada untuk kita, assalamualaikum ’. Dania termenung sebentar, setelah itu dia mengatur langkah ke bilik air. Baru dia teringat, dia belum bersolat isyak. Lama dia berteleku di atas sejadah. Setelah usai solat isyak, dia bangkit mengerjakan solat hajat pula memohon ketenangan dan kekuatan. ‘ Tuhan berilah aku kekuatan…ketabahan menghadapi dugaanMu ini ’.
……………………………………………………………………………………….
“ Han…kau buat apa dengan anak dara orang tadi”. Nizam membuka kata. Dia perasan Farhan leka dengan telefonnya.
“ Tak de apa…”. Balas Farhan pendek kemudian meletakkan telefonnya di sisi.
“ Habis tu, tadi kau buat apa?”. Soal Nizam hairan. Farhan melemparkan senyuman.
“ Saja Tanya keadaan dia…”.
“ Lepas tu?”.
“ Tak de apa…dia tak layan pun”. Nizam tergelak kecil.

“ Kau ni buang tabiat ke apa…tak kan baru putus, nak pasang yang lain kot?”. Nizam bertanya sinis.
“ Merepeklah kau ni…kau ingat aku jenis macam tu ke?”. Soal Farhan sambil mengangkat keningnya.
“ Tak lah…tapi manalah tahu kan”. Nizam menyambung senyum.
“ Tak de lah…dah tiga kali aku terserempak dengan perempuan tu…dan setiap kali tu juga lah dia sedang menangis…entahlah…aku simpati”. Farhan mengeluh pendek.

“ Kau ni, tak de masalah…cari masalah”. Balas Nizam. Farhan melemparkan senyuman. Nizam menggelengkan kepalanya.
“ Habis tu, tadi dia tak layan…kau tak rasa jatuh standard ke…”. Nizam sengaja memerli.
“ Dia memang tak layan…tapi aku dapat nombor telefon dia”. Farhan tersenyum nakal. Nizam merenung hairan.
“ Kau kata dia tak layan kau, macam mana kau boleh dapat nombor dia pula?”.
“ Biasalah…”. Farhan mengulum senyum.
“ Kau ni Han…kau mengayat ke?”. Soal Nizam sarkastik.
“ Sampai ke situ pula kau…aku ni baru je putus, tak kan la nak test yang baru…aku minta dari kawan dia”. Farhan tersenyum lagi.

“ Mak ai kau…beria betul kau ni…entah-entah kau dah tangkap cintan ke apa dengan perempuan tu…”.
“ Tak de lah…betul…aku tak de rasa apa-apa pun…Cuma aku…entahlah, simpati pada dia”.
“ Banyaklah kau punya simpati…senang-senang pula kawan dia bagi kau nombor dia?”.
“ Tak senang juga…yang ni aku mengayat lah…hehe”. Farhan tersenyum nakal.
“ Kau ni Han macam-macam”. Nizam membalas senyuman temannya.
“ Aku bukan mengayat kat kawan dia tu pun…Cuma slow talk je lah…tapi kawan dia tu jenis sayang kawan punya…siap pesan lagi kalau aku buat hal, dia sendiri datang cari aku…”. Ujar Farhan sambil menguntum senyum.

“ Kau pulak, ada nak buat hal ke?”. Nizam sengaja mengusik.
“ Tak de keje lah aku nak buat hal dengan anak dara orang…kau ni pun…”. Mereka tertawa serentak.
“ Tadi kau cakap dah tiga kali terserempak dengan perempuan tu…kau jumpa kat mana?”. Soal Nizam setelah menghabiskan tawanya.
“ Perempuan…perempuan…nama dia Dania lah…alah yang aku cerita bagi bungkusan tertinggal kat kaunter pembayaran tu…masa tu kali pertama aku jumpa”. Nizam tergelak kecil.

“ Ya lah…Dania ek nama dia…sedap nama…cantik ke orang dia wei?”. Farhan merenung tajam.
“ Eh-eh kau ni…lain macam je soalan”. Nizam tergelak lagi.
“ Aku saja je lah Tanya…kau ni pun”. Giliran Farhan pula tertawa.
“ Nak kata cantik sangat, tak lah…tapi manis, sedaplah mata memandang”. Ujar Farhan sambil tersenyum.
“ Lain macam je senyum kau tu Han…”. Nizam sengaja memerli temannya.
“ Kau jangan nak fikir bukan-bukan lah…aku tak de niat apa-apa pun…”.
“ Ya lah…aku saja je tadi…jangan ambil serius, tapi kalau kau berkenan pun apa salahnya”.

“ Merepeklah kau…aku malas nak fikir pasal cinta-cinta ni, buat sakit kepala je…single macam kau kan senang, betul tak?”.
“ Betul…hati tak sakit, jiwa pun tenang”. Balas Nizam tegas. Farhan mengangguk tanda setuju dengan pendapat temannya itu.
“ Ok lah wei…aku nak solat isyak dulu…lepas tu nak tidurlah, esok ada mesyurat pagi-pagi buta”. Farhan bangkit dari sofa dan mengatur langkah perlahan. Nizam juga menuruti langkah temannya. Setelah usai solat, dia kembali ke ruang tamu, manakala Farhan terus masuk tidur.

Tuesday, July 20, 2010

RuAnG rInDu 5

“ Jom makan Han…”. Ujar Nizam sambil melabuhkan punggungnya di atas sofa berhadapan Farhan. Farhan masih leka termenung.
“ Wei, kau ni apa hal”. Tegur Nizam agak kuat dan menyebabkan Farhan sedikit terkejut.

“ Hah? Apa kau cakap tadi…aku tak dengar”. Farhan melemparkan senyuman.
“ Memanglah tak dengar, berangan entah sampai ke mana…aku ajak pergi makan…jom lah”.
“ Malaslah…”. Balas Farhan pendek.
“ Kau ok ke?”. Tanya Nizam serius.
“ Ok je…kenapa pula?”. Farhan sengaja tidak mahu membuka cerita.

“ Ok kau tak macam ni…kenapa, ceritalah…kau gaduh ke dengan Tasha ke?”. Farhan tergelak kecil.
“ Tak de istilah gaduh dah…aku ngan dia dah putus…it’s over”. Ujar Farhan tenang.
“ Kau bergurau kan Han?”.Nizam membetulkan duduknya.
“ Betul”. Balas Farhan pendek sambil merebahkan badannya.
“ Kiranya dah settle la kan…hari tu kau yang beria nak putus kan”. Farhan duduk kembali.

“ Tapi, bukan aku yang minta putus…dia”. Nizam merenung wajah temannya.
“ Biar betul?”. Soal Nizam seakan tidak percaya.
“ Betul lah…tak kan aku nak buat cerita pula”.
“ Habis tu?”.
“ Habis tu apa pulak? Dah habis, habislah…”. Nizam tergelak kecil.
“ Aku tengok, kau macam tak ok je…kau sayangkan dia lagi ke?”.
“ Tak..Cuma mungkin aku perlukan masa..”. Farhan menghalakan pandangannya ke arah televisyen.

“ Dia dah ada orang lain ke?”. Tanya Nizam berhati-hati.
“ A’a…nak kahwin dah tak lama lagi”. Farhan berlagak tenang.
“ Huh…kau kecewa?”.
“ Entah…tak jugak”.
“ Sikit adalah kan?”.
“ Eh kau ni…nak perli aku ke?”. Farhan merenung temannya.

“ Tak lah…aku Tanya je…biasalah tu, mesti kau terasa juga…lama-lama nanti hilanglah…”. Farhan hanya mengangguk.
“ So, sekarang kau single lah…”. Nizam tergelak kecil. Farhan juga turut sama tergelak.
“ Kau rasa aku yang rugi ke, dia yang rugi?”. Farhan bertanya perlahan.
“ Hei, positifla beb…lepaskan dia dengan tenang…tiada istilah rugi…kau dan dia berhak cari kebahagiaan masing-masing”. Balas Nizam sambil menepuk bahu temannya. Farhan mengangguk.

“ Ya lah…jom pergi makan”. Nizam melemparkan senyuman.
“ Tadi aku dengar kata tak nak…malas lah”. Nizam sengaja memerli temannya.
“ Itu tadi…ni sekarang…jom lah”. Farhan mematikan suis televisyen. Dia bangkit sambil mencapai kunci kereta di meja sisi. Nizam turut sama bangkit sambil tersenyum.
………………………………………………………

“ Jom lah…”. Ria masih memujuk Dania dari tadi.
“ Aku malaslah Ria…kau pergi je lah dengan diorang ek?”. Suara Dania juga seperti memujuk.
“ Ala…tak best tak de kau…kau tak kesian ke kat aku?”. Ria bersuara sedih.
“ Ria kau bukan nak buat apa pun, nak pergi makan je pun…lepas siap makan kau baliklah…”. Dania masih cuba berkeras. Sebenarnya dia bukannya tidak simpati melihat Ria tidak jemu memujuknya keluar makan bersama teman-teman lain, namun hatinya menghalang. Ada rasa tidak enak dan sendu yang seakan lekat setelah bertamu sekian lama.

“ Sampai hati kau, Nia…tak pe lah…aku pun tak nak pergi lah”. Ria segera bangkit menuju ke pintu. Dania menggeleng perlahan.
“ Hei, mak nenek…mengada betul lah…nak merajuk-rajuk dengan aku…ya lah, aku pergi”. Dania bersuara geram. Ria berpaling dan tersenyum.
“ Aku sayang kau Nia”. Ujar Ria sambil tersenyum dan berlalu keluar. Setelah pintu ditutup rapat, Dania mengeluh sendirian. Namun tidak lama kemudian dia melangkah ke bilik air dan mengambil wuduk. Setelah usai menunaikan solat maghrib, dia segera bersiap seadanya.

Tepat jam lapan, Ria terpacak di hadapan pintu bilik Dania. Mereka berempat menaiki kereta Maya. Sengaja mereka membuli Maya memandu keretanya. ‘ Entah dari mana datangnya idea gatal si Naina mahu berkunjung ke restoran mewah ini. Katanya sengaja nak belanja makan. Naina itu bila datang perangai gilanya, memang tidak kedekut nak belanja makan.

Siang tadi katanya dia sudah berbaik semula dengan bekas teman lelakinya. Memang kelakar, pasal itu pun sampai sanggup berhabisan duit untuk teman-teman. Memang tak faham. Tapi kalau aku jadi dia pun, mesti gembira sangat, dapat kembali bersama dengan orang yang kita sayang. Mesti akulah orang yang paling bahagia. Eh, kenapa pula aku fikir sampai ke situ. Teman lelaki Naina itu dah sah memang orang baik-baik, Cuma si Naina yang banyak karenah sikit. Mana nak tahan kalau hari-hari di ajak pergi membeli belah. Nasib baiklah dia berubah sedikit demi sedikit selepas putus dengan teman lelakinya dulu. Kini dia berjanji akan mengubah perangainya itu.

Tapi dalam kes aku ini, aku ditinggalkan kerana dia curang dengan perempuan lain yang kini sudah pun bergelar tunangannya. Dia buta dengan kecantikan dan kemewahan dunia. Aku benci dia. Kalau pun dia ingin kembali, dia tidak patut diberi peluang. Manusia macam dia tidak perlu diberi peluang kedua. Dia tidak layak bahagia sebab buat aku merana dan menderita berbulan lamanya sehingga kini. Aku yang lemah. Bodoh masih mengingati insan macam dia’.

“ Woi…berangan apa?”. Naina menegur Dania. Ria dan Maya tergelak kecil.
“ Minah ni kalau tak berangan, memang tak sah…tu rezeki depan mata…cepat makan, berangan tak habis-habis”. Naina menyambung kata. Dania tersenyum manja.
“ Senyum-senyum…aku lekuk nanti baru tahu..dah makan”. Naina membalas senyuman temannya. Dania mula menikmati makanan. Namun fikirannya masih memikirkan hal tadi.
“ Kenapa?”. Dania bertanya hairan apabila melihat mereka bertiga seperti berbisik perlahan.

“ Tak de apa lah…makanlah cepat”. Ria cepat menggesa.
“ Mana boleh tak de apa…cepat cakap kenapa?”. Dania tidak percaya dengan kata-kata mereka. Waktu itu dia terpandang seseorang. Orang itu juga memandangnya sambil merangkul erat tunangnya itu. Dania kaku sebentar, namun kemudian dengan perlahan dia meletakkan sudu dan garpu di atas pinggan.
“ Aku nak pergi tandas kejap”. Dania segera bangun.

“ Nia…”. Ria cuba menghalang.
“ Aku pergi kejap je…tunggu sini”. Ujarnya tegas. Mereka saling berpandangan. Namun Dania tidak mengendahkan. Dia segera ingin ke tandas. Air matanya sudah laju membasahi pipi. Tanpa dia sedari, dia terlanggar seorang lelaki. Dania jatuh terduduk.

“ Cik…cik tak apa-apa?”. Dania memandang wajah lelaki yang dilanggarnya. Dia hairan melihatnya.
“ Maaf, saya tak apa-apa…”. Dania segera bangkit dan bergegas ke tandas. Di tandas dia menangis lagi.
“ Nizam, kau tunggu kat kereta kejap ye…”. Ujar Farhan perlahan.
“ Kau nak pergi mana? Anak dara orang tu…biarlah”.
“ Alah kejap je…”. Akhirnya Nizam mengangguk. Farhan menunggu di luar tandas. Dania keluar setelah memastikan air matanya kering.

“ Awak…”. Dania terkejut dengan sapaan lelaki tadi. Namun aku merenungnya. ‘ Lelaki itu ’.
“ Awak ok?”. Dia bertanya perlahan.
“ Ok…”. Dania menjawab pendek dan ingin berlalu.
“ Nanti..”. Dia menoleh kembali.
“ Awak…”. Kata-katanya terhenti di situ. Waktu itu Ria menghampiri mereka.

“ Nia…kau..”. Ria juga kehilangan kata.
“ Aku nak balik…korang makanlah dulu…aku tunggu kat kereta”. Ujarnya dan berlalu. Ria memandang lelaki di hadapannya.
“ Awak kenal dia?”. Farhan mengangguk perlahan.
“ Tapi saya tak kenal pun sebenarnya, Cuma dah beberapa kali terserempak…setiap kali tu juga lah, dia sedang menangis…awak kawan dia ke?”. Farhan cuba merungkai kata.
“ A’a…”. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Ria segera menjawab panggilan.

“ Nia dah tunggu kat kereta…korang dah siap makan belum? Ok…pergi kat kereta dulu…aku datang kejap lagi”. Ria mematikan talian.
“ Nia?”. Farhan masih menanti.
“ Ya…nama dia Dania, dia ada masalah sikit”. Ria tidak mahu membuka cerita pada orang yang tidak dikenalinya.
“ Masalah?”.
“ Mmm…biasalah…masalah cinta”. Ria menekup mulutnya.
“ Oops…ok lah, saya kena pergi dulu ni”. Ria melangkah pergi, namun dihalang perlahan oleh Farhan.

“ Nanti…”. Ria menoleh ke arah Farhan.
“ Boleh bagi saya nombor telefon dia?”. Minta Farhan penuh mengharap.
“ Awak nak buat apa?”. Tanya Ria hairan.
“ Mungkin saya dapat bantu dia”. Ria menjawab panggilan apabila telefon itu berdering lagi.

“ Ya…ok, aku datang sekarang”. Ria memandang wajah lelaki dihadapannya.
“ Mmm…saya…”. Ria menggaru perlahan kepalanya. Farhan masih seperti tadi. Akhirnya Ria membuat keputusan drastik.
“ Ok, bagi saya telefon awak”. Farhan pantas menghulurkan telefonnya.
“ Saya tak nak dengar awak mempermainkan dia atau menyakitkan hati dia…kalau tak, saya sendiri cari awak”. Ria menyimpan nombor Dania di situ dan mendail nombornya di telefon Farhan, kemudian memadam di ruang nombor di dail. Farhan hanya memerhati.
“ Nah…saya dah simpan atas nama Dania…ingat saya dah simpan nombor awak…kalau awak buat hal siaplah awak”.

“ Baik bos”. Ria mahu tergelak, namun ditahannya. Setelah itu dia bergegas pergi. Farhan hanya tersenyum, kemudian berbisik perlahan. ‘ Sayang kawan rupanya ’. Farhan menyambung gelaknya. Tiba-tiba telefonnya bordering. Segera dijawab.
“ Ok…aku datang sekarang”. Farhan melangkah pergi. Namun, bibirnya mengucap perlahan. ‘ Dania ’.