Pages

Thursday, February 3, 2011

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 21

“ Amboi kak…tak masam ke?”. Tegur Aizat kepada Sara apabila melihat Sara menggigit buah mempelam muda. Bukan satu, sudah tiga empat biji dimakan oleh Sara. Sara hanya menjeling adiknya.
“ Aik…jeling pulak, tengok kakak ni bu…” Ujar Aizat mengadu kepada ibunya. Ibu hanya tersenyum. Sara tersenyum gembira, namun dia masih mengunyah mempelam tadi.
“ Kenapa Ariff tak datang sekali Sara?”. Ibu bertanya sambil tangannya masih ligat mengacau kuah lemak cili api ketam. Sara beria menyuruh ibu memasaknya. Ibu pada mulanya pelik, selalu Sara tidak suka makan ketam, kerana dia kurang pandai mengupas kulitnya. Namun bila memikirkan keadaan anaknya sekarang, dia hanya menurut kehendak anaknya itu.

“ Entah…Sara tak cakap pun nak datang sini…lupa”. Ibu menjeling tajam anaknya. Sara hanya tersenyum simpul.
“ Hei budak ni…nanti Ariff tu cari kamu...telefonlah dia…kalau ye pun teringin nak makan ketam, bagi lah tahu suami kamu tu nak datang sini…”. Bebel ibu. Sara memuncungkan mulutnya. Aizat tergelak melihat aksi kakaknya. Waktu itu ayah tiba-tiba muncul. Semua yang ada di dapur memandang ayah.
“ Ariff telefon…dia cari kamu…dia kata telefon kamu tak dapat…kamu tak bagi tahu dia ke kamu ke mari?”. Sara mencari telefon dalam beg tangan di atas meja.
“ Bateri habis…”. Ujar Sara sambil menunjukkan telefonnya. Ayah menggelengkan kepalanya. Sara menundukkan wajahnya.

“ Maaf ayah”. Ujar Sara gugup.
“ Bukan pada ayah…pada Ariff”. Ayah menjawab pendek kemudian berlalu. Ibu mengusap perlahan bahu anaknya.
“ Dahlah…ayah kamu tu bukan marah…dia Cuma tak nak kamu bertindak macam tu lain kali…”.Pujuk ibu perlahan. Sara hanya mengangguk. Tidak lama kemudian Ariff sampai. Waktu itu mereka semua berada di ruang tamu.
“ Abang…”. Tegur Sara perlahan. Ayah dan ibu hanya memerhati. Ariff melemparkan senyuman. Ayah masih merenung tajam kepada Sara. Ariff merasa hairan.
“ Abang, Sara minta maaf…lupa nak bagi tahu abang tadi…lepas waktu pejabat terus datang sini…masa abang telefon, baterinya habis pulak…maaf ye”. Ujar Sara perlahan. Ariff menghampiri isterinya kemudian duduk di sisi Sara.

“ Tak pelah…tapi lain kali bagi tahu abang ..abang Cuma risau”. Ujar Ariff pula sambil memeluk bahu isterinya. Sara menundukkan wajahnya.
“ Sara ni bukan apa Riff…dia teringin nak makan ketam masak lemak cili api, sampai terlupa nak bagi tahu kamu”. Ibu bertindak membela Sara. Ariff mengeratkan pelukannya. Sara tidak selesa, namun dibiarkan. Kemudian dia merenung wajah isterinya. Setahunya Sara tidak suka makan ketam.
“ Jom makan…”.Ujar Sara. Ayah, ibu dan Ariff hanya tersenyum. Sara tidak mempedulikannya. Dia bangkit menuju ke dapur, dan diikuti oleh ibu. Ayah dan Ariff mengikuti tidak lama selepas itu.
“ Awalnya kita makan hari ni…”. Ujar Aizat sambil memandang kakaknya. Sara menjeling adiknya.

“ Tak nak makan lagi sudah…”. Balas Sara. Ibu hanya menggeleng. Sara sudah mula mahu makan. Ariff hanya memerhati. Ayah dan ibu pun mula menyuap nasi ke mulut. Sara terkial-kial ingin mengeluarkan isi ketam. Ariff mengambil ketam dalam pinggan Sara dan mengeluarkan isinya dari kulit kemudian memasukkan dalam pinggan Sara. Pada mulanya Sara menghalang, namun akhirnya dia hanya membiarkan. Kecur air liurnya memandang isi ketam itu. Ayah dan ibu sengaja tidak mahu memandang. Aizat tersenyum, namun disorokkan dari kakaknya. Sara makan dengan selera sekali. Ariff hanya tersenyum melihat isterinya.
“ Sedapnya bu…”. Ujar Sara lalu membasuh tangan di sinki. Ayah dan Ariff tergelak mendengarnya. Sara hairan.
“ Kenapa? Betul lah…”. Ujar Sara kemudian menolong ibunya mengemas meja. Ibu hanya tersenyum. Ayah, Ariff dan AIzat melangkah keluar dari dapur. Setelah siap berkemas Sara dan ibu bersama-sama menuju ke depan.
“ Kita solat maghrib dekat sini dulu lah Sara…lepas tu baru kita balik”. Ujar Ariff apabila melihat Sara dan ibu muncul dari dapur. Sara hanya menganggukkan kepalanya. Setelah selesai solat maghrib baru lah mereka pulang ke rumah dengan kereta masing-masing. Sara berkeras mahu memandu sendiri ke pejabat pagi tadi walaupun Ariff bertegas mahu menghantarnya. Ariff tidak mahu bertekak hanya kerana perkara sekecil ini. Sara kini sudah sedikit keras hatinya. Sukar mahu dihalang kehendaknya. Sudahnya Ariff hanya mengalah. Tidak mahu Sara merajuk hati, lagi-lagi dengan keadaannya waktu ini.

5 comments:

  1. kan dah degil sara semula... harap2 x lama la mereka dingin......

    ReplyDelete
  2. jgnlah marah sangat...sian ariff kan...dia dah sedar tu....nak lg....!!!!!

    ReplyDelete
  3. Kihkihkih
    x sabar lihat sarah melahirkan;)
    arif jgn lg buat hal, di tinggalkn sarah padan muka;)

    ReplyDelete